Sunday 19 February 2012

3 RAHSIA UTAMA KAMI AMALKAN UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN SELAMA 2 TAHUN

Apabila saya menyusukan anak saya yang berumur 20 bulan, ramai yang hairan macam mana saya masih boleh menghasilkan susuibu yang cukup untuk anak saya. Sebenarnya, setakat 20 bulan tidaklah mengejutkan sangat, ada kawan-kawan saya ada yang sampai 3 tahun atau 4 tahun masih boleh menyusukan anak mereka. Bila difikir dan dibincang dengan kawan-kawan, kami menyedari 3 perkara yang sangat penting dalam menjayakan penyusuan 2 tahun...


Rahsia #1 
Pastikan pemakan adalah lengkap dan seimbang dari segi nutrisi. Ini khasnya pada waktu sarapan, lunch dan dinner.
- makanan diperlukan oleh tubuh untuk penghasilkan susu.
Memang kita selalu disarankan untuk memakan 500 extra kalori apabila menyusu tetapi jangan sekadar makan untuk memenuhi kalori ini. Seperti contoh memakan makanan ringan memanglah mengandungi kalori tinggi tetapi nutrisinya tidak lengkap atau mungkin tidak ada nutrisi lansung.
Ada ibu-ibu yang takut nak makan banyak, khuatir nanti jadi gemuk. Hanya makan agar tidak rasa lapar. Bagi keadaan ini, ibu-ibu patut mengamalkan pemakanan yang sihat. Janganlah makan makanan yang berminyak, digoreng, nasi jangan terlalu banyak dan sebagainya. 


Rahsia #2
Banyakkan minum air. Berapa banyak nak minum? Kalau kita baca pasal kesihatan tubuh badan, selalunya disyorkan 8 gelas air sehari, namun apabila kita menyusu mungkin kita akan merasa lebih cepat haus. Sebenarnya sebanyak mana hanya diri anda yang mengetahuinya. Namun ianya tidak boleh dipandang remeh. Susu itu sendiri dalam bentuk cecair maka air sangat penting.
Peranan air dalam tubuh badan kita adalah besar; Darah adalah 80 peratus air. Air juga mengalir keseluruh tubuh badan untuk mengagihkan nutrient ke sel-sel. Air juga membolehkan otot berfungsi dengan lebih lancar. Sekiranya tubuh badan dalam keadaan 'dehydration' - semua organ kita akan terjejas. Ini mungkin juga menjejaskan penghasilan susuibu.


Rahsia #3
Satu lagi rahsia kami adala pengambilan supplement. Saya tekankan ini kerana ianya sangat penting. Mengapa? Sebab supplemen membantu tubuh badan berfungsi dengan lebih lancar. Sebagai contoh pengambilan b complex membantu sistem tubuh berada di dalam keadaan tenang dan rehat. Susuibu akan lebih mudah terhasil dengan keadaan si ibu gembira dan tenang berbanding runsing dan keletihan. B Complex juga berfungsi sebagai pemecah gula dalam sistem tubuh maka ianya sangat penting bagi memastikan seseorang mempunyai tenaga yang cukup. Vitamin C juga membantu kita cepat sembuh bila kita sakit.
Pengambilan Omega sangat membantu agar lemak yang diambil dari pemakanan seharian tidak mendatangkan kemudaratan. Ianya membantu memecahkan lemak di dalam tubuh si ibu dan secara langsung akan meningkatkan kadar DHA dalam susuibu. Selain itu contoh lain yang boleh saya beri ialah pengambilan ESP sebagai sumber protein yang cepat diserap oleh tubuh badan. Oleh itu susuibu dehasilkan dengan lebih cepat. Sebenarnya banyak lagi kebaikan vitamin namun saya akan mudah terangkan bagi mereka yang memerlukan khidmat consultation secara intensif.


Tidak Yakin?
Pengalaman saya sendiri dan beberapa kawan-kawan saya telah membuktikan ini. Kami telah dapati kami hanya dapat menghasilkan susu yang sedikit atau mengalami susu merundum apabila kami tidak menjaga pemakanan kami.

Dalam hal penyusuan, memang pemakananlah menjadi asas kepada penghasilan susuibu. Satucara yang muda untuk digambarkan ... bolehkah sebatang tebu tumbuh dan menghasilkan air tebu yang banyak jika tanah dimana ianya ditanam kurang air dan galian...

Saya memang seorang yang kuat makan... namun saya pastikan pengambilan supplement asas tidak saya abaikan. Saya percaya sebaik mana pemakanan saya, pasti ada kekangan. Seperti contoh bagaimana saya nak penuhkan keperluan Kalsium, 1000mg sehari jika saya hanya memakan sumber kalsium dengan minum 2 gelas susu dan 2 keping roti sehari. Cheese hanya sekali sekala. Yogurt, aduii jarang sangatlah ada dalam pet ais. ... fuuuhhh, hanya mereka yang mengamalkan 3 rahsia besar ini sahaja yang tahu kehebatannya!

Nak lebih info lagi, hubungi saya:-

EMAIL:   juliemauryn@yahoo.com
SMS:      0122395501
atau Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL (PM saya ok)
Salam Sayang dari Heathy by NAture...
**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment