Sunday 4 March 2012

SERBA SEDIKIT INFO PASAL : BARAH/CANCER

Hello.. Hari ini saya ingin bercerita pasal barah atau kancer.. Saya mempunyai seorang teman rapat yang mengidap penyakit barah. Kena detect pada umurnya lebih kurang 32 thn. Teman saya ni telah menjalani sesi kimoterapi sebanyak 2 kali kerana barahnya telah berulang selepas kimoterapi pertama. Keadaan emosi seorang pengidap barah sangat menyedihkan. Mereka sering dihantuii dengan fikiran yang mereka mungkin akan meninggal dunia.

Memang sangat sukar untuk mengharungi keadaan ini. Sebab itu dalam entry ini, saya ingin mengalak para pembaca orang untuk cuba mencegah penyakit ini.

Apa itu barah: merupakan klasifikasi penyakit yang merujuk kepada keadaan sel-sel yang tidak normal berkembang dan merebak dengan cepat. Sel-sel badan yang normal akan membesar dan membahagikan diri dan akan berhenti membesar. Dari masa ke semasa, sel-sel normal ini akan mati. Namun berbeza pada sel-sel kanser, ia hanya terus membesar dan membahagi di luar kawalan dan tidak mati seperti yang sepatutnya.

Tanda amaran: terdapat banyak simptom barah, tetapi saya nak share beberapa keadaan sebenar yang telah dilalui oleh beberapa teman saya.
1) Period tidak normal. Terlalu banyak darah yang keluar sehingga menjadi lemah dan rasa boleh pengsan : kanser pada rahim
2) Gastrik sering menyerang. Sehingga terasa gas nak keluar dari kerongkong. Simptom terakhir, Buang air besar beserta darah : Kaser pada kolon
3) Terasa gatal pada dada. Tapi bila digaru tidak memberi kesan, masih terasa gatal. Seolah-olah gatal tersebut datang dari dalam tubuh: Kanser pada hati

Punca: Sebenarnya tidak dapat dipastikan tetapi ramai yang berpendapat ianya disebabkan oleh faktor persekitaran dan gaya hidup kita. Namun terdapat satu penerangan yang saya baca.. berkenaan radikal bebas antara punca penyakit kronik ini.


Apa Itu Radikal Bebas?
Radikal bebas adalah molekul-molekul tidak stabil yang mampu menyerang dan merosakkan sel-sel yang sihat. Radikal bebas boleh terhasil dari dalam tubuh kita sendiri:

Di dalam tubuh, setiap proses sel normal yang melibatkan oksigen akan menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas sangat mudah terikat dan menyerang lemak, karbohidrat, protein, enzim dan DNA. Ini adalah antara sebab terjadinya penyakit kanser.
 

Dari persekitaran pula, radikal bebas boleh berasal dari:
-pencemaran udara (asap rokok, kendaraan bermotor)
-radiasi ultraviolet (sinar matahari, sinar X) 

-bahan racun dalam pestisida, insektisida, atau bahan cat 
-makanan berlemak (makanan olahan, makanan yang digoreng, dipanggang)
-alkohol dan kopi
-stress berlebihan
 

Bagaimana cara mengawal radikal bebas?
Salah satu cara untuk mencegah atau memperlambat kerosakan akibat radikal bebas adalah dengan antioksidan. Tubuh sendiri sebenarnya mampu menghasilkan antioksidan dalam bentuk enzim, tetapi sekiranya terlalu banyak radikal bebas dari persekitaran terlalu banyak, maka jumlah enzim tidak memadai dan tidak mampu menghadapi serangan radikal bebas yang banyak ini. Oleh karena itu tubuh memerlukan antioksidan dari luar dalam bentuk vitamin dan mineral yang boleh diperoleh dari makanan ataupun supplement. Antioksidan yang sudah banyak dikenal adalah vitamin A (beta karotin), vitamin C, vitamin E dan mineral selenium.



Ini saja yang saya boleh share pasal penyakit barah.. Mungkin banyak lagi penyebabnya.
namun, apa2 pun adalah baik kita jalani hidup dengan lebih sihat. Banyakkan bersenam, jaga diet harian, kurangkan merokok dan macam2 lagi... Juga berdoalah agar kita sentiasa dilindungi....

 Credit: anakku wiraku


Nak lebih info atau nak beli produk Shaklee, hubungi saya:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
atau Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL 
 
Salam Sayang dari Heathy by NAture...
**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment