Thursday 22 March 2012

TESTIMONI EVERGREEN : DIABETES, TIDAK PERLU AMPUTATION / AMPUTASI

Ello.... Hari saya teruskan menaip testimoni dari Shaklee k.... Tajuk Hari ni ialah:-

TIDAK PERLU AMPUTASI

Pada usia empat puluh tujuh tahun, dunia Encik Alias Bin Mohd hancur berkecai apabila doktor menasihatkannya untuk memotong kaki kiri akibat penyakit kencing manis yang semakin teruk. Bagaimana, katanya, untuk dia menyara isteri dan tujuh anaknya jika kakinya dipotong? Bagaimana, katanya untuk dia meneruskan kehidupan sekiranya dia tidak dapat lagi menggunakan kaki kirinya? Bagaimana?

Kisah Alias:

Ketika  masih berkhidmat dengan Angkatan Tentera sepuluh tahun yang lepas, saya telah didaignosis dengan penyakit kencing manis peringkat awal. Doktor telah menasihatkan agar mengawal diet saya dan tiada rawatan diperlukan. Sepanjang tempoh itu saya tidak menyedari sebarang masalah serius dan tidak mengindahkan penyakit tersebut. Tanpa diketahui, penyakit tersebut perlahan-lahan memberi kesan kepada diri saya. Pada September 1999, saya menyedari luka mula bernanah di kaki kiri saya dan kulit kaki saya bertukar menjadi biru dan keungguan.

Pada mulanya saya mendapatkan rawatan traditional tetapi ia tidak dapat menyembuhkan luka tersebut, malah semakin teruk. Kemudian saya cuba mendapat rawatan di hospital kerajaan: tiga pembedahan telah dijalankan untuk membersihkan luka luar. Saya juga perlu mengambil suntikan insulin secara tetap untuk mengawal kadar gula darah. Tetapi luka tersebut tetap semakin teruk sehinggakan tulang di dalam kaki saya boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi saya tetap meneruskan rawatan hospital dengan harapan ia akan pulih.

Menjelang akhir bulan, saya tidak boleh berjalan dengan normal. Saya lesu dan tiada selera untuk makan. Dulu berat saya 180 paun tetapi ia menurun sehingga berat asal. Akhirnya doktor menasihatkan jika saya ingin menyelematkan nyawa, saya perlu memotong kaki kiri. Ketika itu saya merasakan dunia dan impian untuk keluarga saya seakan terhenti. Saya menjadi takut dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Bagaimana saya dapat mencari rezeki yang mencukupi untuk keluarga jika saya tidak bekerja? Bagaimana saya mampu menyekolahkan anak-anak saya? Kenapa ini berlaku? Saya tidak buat salah. Saya berkhidmat untuk negara dengan penuh rasa bangga. Kenapa ini terjadi? Tidak Adil!

Kemudian, jiran saya Megat Hamzah dan rakan perniagaan Shaklee beliau, Nor Hasni Mat Piah dan S. Gopal mendapat tahu pahit gentir yang saya alami dan mencadangkan agar saya mencuba, sekiranya pemakanan tambahan dapat membantu meringankan penderitaan yang saya hadapi. Dengan tiada harapan lain, saya ikuti nasihat mereka. Hampir seminggu kemudian, selera saya semakin bertambah dan saya boleh berjalan jauh sedikit. Harapan saya untuk pulih berkobar semula. Menjelang minggu ketiga, luka saya mula sembuh; luka menjadi kering, daging baru tumbuh dan mula menutup luka tersebut. Warna kulit di kawasan tersebut juga beransur-ansur berubah kepada normal. Semua orang menyedari perubahan tersebut. Bagi saya, keajaiban mula menyinari kehidupan saya dan keluarga.

Peristiwa tersebut turut memeranjatkan doktor saya. Bayangkan: beliau yang telah menasihatkan untuk memotong kaki saya dan saya mungkin hilang keupayaan sepanjang hidup saya! Satu lagi perkara baik juga berlaku. Dengan pemakanan yang dicadangkan oleh Shaklee, penyakit kencing manis saya kini di bawah kawalan dan doktor berkata saya tidak perlu lagi mengambil suntikan insulin! Saya berupaya mengekalkan pekerjaan saya, menyara keluarga dan melihat anak-anak saya membesar. Saya boleh menikmati kehidupan ini semula! Saya berterima kasih kepada Megat Hamzah, Nor Azni dan Gopal yang kerap melawat untuk melihat keadaan saya. Saya tidak mempunyai banyak wang dan mereka di Shaklee ini hanya datang kerana ingin membantu saya. Mungkin ini adalah sebahagian dari apa yang mereka lakukan di Shaklee.. membantu orang seperti saya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itulah testimoni yang kuat dari Shaklee.. Malangnya saya tidak dapat masukkan gambar sebelum dan selepas kerana copy yang saya ada adalah photostat copy...Saya tunjukkan gambar Shaklee Diabetes Supplement Program saja la... Jika ada love ones anda yang mengalami masalah kesihatan seperti ini, apa kata cuba mengambil pemakanan tambahan, ia mungkin membantu....


Nak lebih info atau nak beli produk Shaklee, hubungi saya:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat FAn Page:  HEALTHY BY NATURE
 
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment