Wednesday 25 April 2012

ANAK KU SELSEMA LAGI!!!

Sekarang ni kita ramai sangat orang yang sakit selsema, demam dan batuk.. terutamanya kanak-kanak... Kalau saya baca status kawan-kawan di Facebook, banyaknya yang kata anak sakit atau sakit lagi... Jadi hari ni saya nak tulis sikit pasal selsema pada kanak-kanak...

Adalah normal jika kanak-kanak diserang selsema 6-9 kali dalam setahun kerana imun sistem mereka belum lagi dibina sepenuhnya untuk menentang virus atau bakteria selsema.

APA ITU SELSEMA

Selsema terjadi apabila virus atau bakteria penyebab selsema masuk kedalam tubuh badan melalui pernafasan dan kemudiannya akan berkembang dalam sistem pernafasan kita. Kesan dari ini adalah demam, sakit badan, hidung tersumbat, sakit tekak dan batuk.

APA YANG PERLU DIKETAHUI

Menurut pakar kanak-kanak yang selalu saya jumpa apabila anak-anak saya sakit, selsema yang disebabkan oleh virus tidak boleh diubati dengan antibiotik. Hanya dengan antibodi badan sahaja dan dengan memberi ubat demam, batuk dan selsema anak akan sembuh..
Bagi selsema yang disebabkan oleh bakteria pula, kita boleh memakan antibiotik untuk sembuh. Saya sendiri tidak tahu bagaimana nak membezakan ini tetapi menurut pembacaan saya, kalau nanah pada kahak, atau kelihatan ada nanah pada hidung atau tonsil, ianya disebabkan oleh bakteria. Anda mesti sering diberitahu oleh doktor, kalau demam lebih dari 3 hari datang semula untuk pemeriksaan. Ini adalah kerana demam berpanjangan mungkin disebabkan oleh bakteria dan doktor akan mengambil sampel darah untuk memastikan hal ini.

Satu pengalaman dengan anak saya; anak saya telah diserang selsema dan batuk tapi tidak demam. Selepas beberapa hari barulah demam naik. Doktor memeriksa telinganya, dan didapati ianya merah. Kata doktor ini disebabkan oleh bakteria dan bukan virus.

APA YANG BOLEH DIBUAT

Memang banyak petua untuk meredakan selsema dan batuk ni.. Disini saya tulis petua moden ja sebab kalau petua traditional banyak sangat dan ada yang belum sempat buat...

Mengeluarkan mukus dan Melegakan pernafasan dengan menggunakan air garam dan syringe mentol (bulp syringe)

Langkah 1

Letakkan tuala di bawah bahu bayi anda untu meningkatkan kepalanya agar mukus keluar melalui hidung dan bukan ke masuk saluran hidung.

Langkah 2
  
Sediakan air garam  dengan menggabungkan sudu teh 1/4. garam dengan air suam 1/2 cawan. Isikan 'bulp syringe' dengan air garam dengan menekan mentol pada hujung syringe.(Bulp syringe adalah penitis yang mempunyai penyedut seperti mentol dihujungnya)

Langkah 3

Titiskan 2 hingga 3 titis air garam ke dalam setiap lubang hidung dan biarkan titisan dalam hidung selama 30 hingga 60 saat. Terbalikkan bayi pada perutnya untuk membantu mukus keluar melalui hidung. Boleh guna tisu atau kain untuk mengelap mukus yang keluar.

Langkah 4

Picit mentol sryinge untuk mengeluarkan air atau udara, masukkan 1/4 - 1/2 inci bujung tube syringe ke dalam hidung bayi. Lepaskan mentol yang sedang dipicit tadi untuk menyedut mukus dari salur hidung bayi.

Langkah 5

Bersihkan sryinge dengan kain dan picit untuk mengeluarkan kandungannya. Ulangi proses penyedutan pada lubang hidung sebelah pula.

Langkah 6
  
Lap kawasan luar lubang hidung dan gulung tisu di bahagian dalam lubang hidung untuk menarik keluar mana-mana mukus yang masih tertinggal. Pastikan syringe dibersihkan dan dicuci dengan air panas selepas penggunaan.


Selain dari itu, Stim dari air panas boleh melegakan mukus untuk melegakan pernafasan. Kalau dirumah anda ada shower air panas, boleh buka air sehingga stim keluar dan bawa anak masuk kedalam bilik mandi.. Macam SPA...  Ada juga yang mencadangkan untuk meletak kristal bermenthol untuk membantu memecahkan kahak. Namun minta kebenaran dari doktor sekiranya ia sesuai untuk umur anak anda.

Bagi saya, saya juga cuba tingkatkan imun sistem anak-anak saya dengan pengambilan supplemen. Kerana apabila imun sistem tinggi, lebih senang tubuh badan melawan virus atau bakteria. Ini supplemen yang sesuai untuk anak-anak yang sedang membesar.. Yang bestnya, Omegaguard dan Meal Shake boleh di beri kepada bayi 1 tahun keatas. Manakala Chewable vitamin C untuk kanak-kanak 4 tahun keatas.


 
Nak cuba vitamin Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...




1 comment:

  1. terima kasih atas info... saya skang tengah selsema gak nih..

    saya pakai kunyit idop je..

    http://mari.tengok.tv

    ReplyDelete