Thursday, 24 May 2012

DTX COMPLEX MEMBERI PERLINDUNGAN UNTUK HATI ANDA

Hello, hari ni saya terasa pula nak share pasal DTX Complex, satu produk exclusive dari Shaklee. Mungkin sebab dah mula mood Perayaan Pesta Menuai, dan minggu depan nak balik kg. jumpa mama tersayang.. he he...

Ok, Mula-mula sekali saya ingin terangkan kepentingan mencuci atau detox hati.... (Itulah kegunaan DTX ni)..

Ramai orang mengambil keputusan untuk melakukan detox hati untuk meningkatkan tahap kesihatan dan mengurangkan berat badan mereka. Tugas organ Hati adalah membuang toksin-toksin daripada tubuh. Secara asasnya ia adalah seperti penuras.


Didunia serba moden ini, hati kita mungkin bekerja secara berlebihan disebabkan oleh banyak faktor termasuklah hormon, pencemaran alam sekitar seperti racun perosak, kafein, alkohol, gula dan pemanis, lemak trans atau ubat-ubatan. Semua ni terpaksa diproses dan dikeluarkan dari badan kita, dan Hatilah salah satu organ yang menjalankan tugas ini...

Apabila hati terlebih-lebih bekerja, terjadilah satu keadaan dimana organ penting ini akan berada dalam keadaan tertekan atau stress.... Dalam keadaan ini, hati tidak dapat memetabolismakan lemak dengan betul. Oleh kerana toksik tidak diproses dengan baik, ia juga boleh membawa kepada masalah jerawat, ketidakseimbangan hormon termasuk PMS, kesukaran mencerna lemak, kembung perut, berasa letih selepas memakan, tendon dan otot jadi lemah, cepat marah dan kemurungan.






3 Penyakit Berkenaan Dengan Hati adalah:-     


  •  Cirrhosis
  •  Hati Berlemak (Fatty Liver)
  •  Hepatitis











Produk Shaklee yang DTX Compex memberi perlindungan untuk Hati anda.


DTX complex menyediakan makanan sokongan bagi fungsi hati yang sihat dengan satu formula herba yang unik dengan antioksidan. Kebaikannya:-


  • Mempertingkatkan cici-ciri aliran hempedu.
  • Membekalkan Antioksidan yang menyahtoksikkan hati
  • Melindungi dan meransang keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat


Terdapat beberapa kawan yang membeli DTX Complex dari saya. Mereka kata mereka sering makan luar  dan makanan 'fast food'.

Ada pula yang memakan DTX kerana beliau pernah dijangkiti penyakit Hepatitis. Biar beliau telah sembuh, beliau tidak mahu perkara itu berulang semula kerana rasa merana, lemah bila ada hepatitis ni.. Tak sanggup katanya. Jadi beliau amalkan DTX complex setiap hari.

Ada pula seorang pengamal Shaklee yang mempunyai masalah alergi dan masalah kulit, telah memakan vitamin c dan lain-lain vitamin. Beliau give up mengambil semua vitamin ni, cuba makan DTX complex  sahaja dalam beberapa minggu. Nampak kesan alergi tu kurang, lepas tu baru beliau mula makan vitamin lain.

Saya juga pernah share produk ni dengan seorang Dietitian (Pakar Dietik) katanya, "Boleh tak u share produk ni pada abang2 saya, mereka tu selalu minum alkhohol"....


Ini rupa DTX Complex... Suami saya pun kini mengamalkannya..








Ok, sekian untuk hari ini k...


Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, 23 May 2012

SELAMAT TAK MENYUSUKAN ANAK SEMASA MENGANDUNG

Menurut pembacaan saya dari berbagai sumber termasuklah Babycenter, menyusukan anak semasa mengandung secara amnya, adalah selamat. Tubuh badan seorang ibu boleh menghasilkan susuibu biarpun sedang mengandung. Dan sekiranya siibu telah bersalin dan ingin menyusukan kedua-dua anaknya pun boleh juga - Ini dipanggil penyusuan tandem.

Anda mungkin risau tentang penghasilan susuibu yang tidak cukup nutrisi atau kuantiti susuibu yang tidak cukup, namun tubuh badan seorang ibu sangatlah menakjubkan. Apa yang perlu dititik beratkan adalah pemakanan yang sihat, seimbang dan pastikan meminum air (cecair) yang cukup. Perlu tak makan lebih?? Ikut petunjuk badan kita; makan bila rasa lapar dan minum bila rasa haus. Tapi kalau sepanjang hari tidak pandai rasa lapar, hmmm, lain crita lah pulak tu....

Disini ada beberapa perkara yang perlu diketahui oleh ibu mengandung dan menyusu:-

1) Disebabkan perubahan hormon, nipple siibu semasa mengandung adalah lebih lembut ('tender'). Maka semasa menyusukan anak, nipple mungkin akan merasa sakit, pedih atau luka.

2) Penghasilan susuibu mungkin akan terjejas sedikit.

3) Perubahan dalam rasa susuibu. Perubahan ini mungkin akan dikesan oleh anak yang menyusu. Ini adalah kerana semasa mengandung susuibu akan bertukar kepada colostrum. Colostrum adalah susuibu yang kaya dengan nutrisi, sangat penting bagi bayi yang baru lahir. Mungkin ada anak menyusu akan berhenti menyusu pada masa ini, namun jika anak anda nak terus menyusu, jangan risau tentang colostrum akan habis diminum. Colostrum akan terus dihasilkan sehinggalah keperluan kepada bayi baru lahir di penuhi. 

4) Dalam perjalanan menyusukan anak, badan anda mengeluarkan hormon yang dipanggil oxytocin. Oxytocin adalah hormon yang menyebabkan tindakan 'let down'. Ini adalah satu tindakbalas dimana susuibu akan keluar dari payu dara apabila nipple diransangkan. Oxytocin juga adalah penting semasa nak bersalin. Ia merupakan hormon yang penting untuk kontraksi (contraction) semasa nak bersalin. Terdapat kebimbangan oleh beberapa ibu, dimana jika menyusukan anak semasa anda hamil, oxytocin yang dihasilkan mungkin menyebabkan terjadinya kontruksi. 



Namun, JANGAN RISAU. JUMLAH OXYTOCIN YANG DIHASILKAN SEMASA MENYUSUKAN ANAK TIDAK CUKUP UNTUK MEMBERI KESAN KONTRUKSI KEPADA UTERUS ANDA. (pada kandungan yang normal k)

Dalam beberapa keadaan, untuk berada dalam keadaan yang selamat, mungkin doktor akan menasihatkan anda untuk berhenti menyusukan anak sebelum baby dalam kandungan dilahirkan. Keadaan ini adalah seperti berikut:-

- Siibu pernah melahirkan bayi pra-matang
- Siibu pernah melalui keguguran
- Siibu pernah mengalami masalah pendarahan

Menyusu semasa mengandung merupakan pilihan siibu sendiri. Sekiranya penyusuan tandem bukan satu pilihan yang baik untuk siibu, maka, adalah lebih baik untuk cerai susu (wean) dengan anak sebelum baby dalam kandungan dilahirkan. Jika ditunggu sehingga adik baru dilahirkan, mungkin anak anda akan terasa seolah-olah diasingkan..

Sentuh sedikit pasal supplement tambahan, jika anda berniat untuk menambah supplement semasa mengandung, boleh cuba produk Shaklee.. Ini adalah Set Semasa Mengandung:- (**PASTIKAN DAPATKAN KONSULTASI DARI SAYA SEBELUM MAKAN NI K)



Ok, sekian untuk hari ini k...
Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Monday, 21 May 2012

BABY 5 BULAN MAKAN 'SOLID', TERPAKSA ADMIT KERANA 'INTUSSUSEPTION'

Memandangkan sekarang ni isu bagi baby makan sebelum 6 bulan sangat HOT, jadi saya ingin kongsikan satu cerita pasal perkara ni...

Kemarin saya ada membaca satu entry dari blog seorang ibu dari Sabah (Ibu Nadia) berkenaan dengan anaknya yang telah mula makan solid pada usia 5 bulan. Anaknya nampak ok dengan pengambilan solid food ni.. Nampak kenyang dan happy. Tetapi 2 minggu selepas tu ini yang berlaku...... Penulisan dibawa adalah dari blog si ibu sendiri..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Intussuseption - penyebab Irfan kena admit

Hari sabtu lepas, Irfan kena admit di Hospital Likas...  Diagnosa : Intussuseption.

Bahasa kampung : usus besar makan usus kecil...


Malam hari Jumaat tu, Irfan menyusu macam tidak pandai kenyang.. Lepas tu, simptom yang dialami :-

* Bangun seawal 5am, merengek-rengek dan nangis-nangis macam ada yang dia tidak selesa..
Pastu saya bangun and angkat dia, start muntah-muntah pula..

* Tidak berenti muntah sampai 8.30am.. dari 5am sampai 8.30am, 2x buang air besar.. Muka sudah pucat and badan sudah semakin lemah...

* Tidak mau minum susu lansung! bayangkan dari 5am sampai 9am??

Bersiap-siap, sampai bahagian kecemasan Hospital Likas dalam 9.20am, 10am jumpa doktor...
Bila? doktor tanya, air besar dia, ada darah x? memang tiada pula pagi tu... Doktor suruh bagi susu, then Irfan menyusu... banyak juga dia minum, tapi lepas tu muntah balik.. Masuk bilik doktor, doktor cucuk tempat buang air besar tu.. memang keluar darah dan darah beku sikit-sikit...

Pastu rujuk bahagian pakar sakit pediatrik.. Kena admit.. Penyakit ni ada 2 kaedah rawatan... pertama, 'pam air'.. 3kali pam, kalau tidak berjaya terpaksa menggunakan kaedah yang kedua, PEMBEDAHAN.. ngeriii~~~

Untuk lebih lanjut mengenai Intussuseption, klik SINI
Penyakit ini biasanya dialami oleh bayi berusia 3 bulan sehingga 2 tahun...

Ni adalah wajah-wajah baby Irfan masa kena admit hari tu... =( sooodihhh mak, nak..

(Maaf ya, saya tidak postkan gambar untuk menjaga privacy tuan punya blog)

Syukur Ya Allah, tidak sekritikal mana... (Baby Ifran telah melalui rawatan 'pam air')

doktor cakap, ini berpunca daripada kuman.. bila dah ada kuman, akan meransang kembung perut.. bila dah kembung perut, akan meransang usus untuk bekerja.. bila tiada benda yang mau diproses dalam usus tu, usus besar tu buat lah usus kecil macam makanan dia.. ini lah terjadinya intussuseption..

lagi 1 sebab, selagi baby belum berumur 6 bulan, JANGAN SEKALI-KALI bagi dia makan... haaa, kang jadi macam ni pulak... lepas 6 bulan, baru bagi makan... Pengajaran untuk saya sendiri, so anak yang lepas ni, saya tidak akan bagi makan sebelum umur 6 bulan.. FYI, Irfan da start makan masa umur 5 bulan.. Silap saya.. Walaupun ada banyak lagi mommies out there yang bagi anak makan seawal 3 bulan tapi baby sihat, saya anggap ini adalah nasib saya dan yang paling penting, pengajaran yang berguna untuk saya... next time lebih berhati-hati..


Posted by Nadia Dzarief at 10:00 PG
Labels: Irfan, Kesihatan 
http://www.ilovenadeya.blogspot.com/2011/12/intussuseption-penyebab-irfan-kena.html
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa itu Intussusception?



Sebahagian daripada usus memasuki sebahagian usus yang lain dan menyebabkannya tersumbat - seolah-olah teleskop

Bukan hanya usus sahaja yang terperangkap tetapi ia membawa bersamanya salur darah dan mesentry (tisu seperti langsir yang ada salur darah).

Salur darah tersebut akan tersumbat akibat tekanan dan boleh menyebabkan sel usus bengkak dan akhirnya sel tersebut mati.

Adakalanya usus boleh bocor, kuman boleh merebak ke dalam darah dan menyebabkan kematian pesakit.

Penyebab Intussusception

Hampir 90% tidak diketahui puncanya.
Ia boleh berlaku pada umur 3 bulan sehingga 6 tahun.
Kanak-kanak lelaki lebih ramai terkena berbanding perempuan.
Ada juga sebilangan kecil dikaitkan dengan jangkitan virus atau bakteria tertentu.
Ada juga mengaitkannya dengan ketumbuhan kecil seperti polyps dan pembengkakan kelenjar pada usus.

Perawatan

Kanak-kanak akan dimasukkan ke dalam wad dan akan tidak dibenarkan makan dan minum. Air akan dimasukkan melalui salur darah.

X ray diperlukan untuk melihat sekiranya terdapat sumbatan pada usus. Seterusnya Ultrasound boleh membantu untuk membuat diagnosis.

Bagi perawatan seterusnya, barium enema boleh digunakan untuk membuat diagnosis dan dalam pada masa yang sama boleh meleraikan masalah intussusception.

Semasa barium enema dilaksanakan, sejenis cecair yang dicampurkan dengan bahan pewarna dimasukkan melalui sejenis tiub khas ke dalam punggung bayi. Kemudian x-ray khas akan mengambil gambar usus berkaitan. Dalam masa yang sama, tekanan yang dihasilkan di dalam usus akibat barium enema tadi akan meleraikan simpulan dan menyelesaikan masalah intuss.

Apapun, barium enema juga mempunyai risiko kecil untuk usus terkoyak dan sukar dilaksanakan sekiranya kanak-kanak terlalu uzur. Ada juga risiko untuk kejadian semula selepas enema.

Sekiranya barium enema gagal, maka cara terakhir ialah merawat instussusception melalui pembedahan. Doktor akan meleraikan usus tersebut secara manual, jika tidak boleh, maka usus tersebut akan dipotong dan dibuang. Usus yang nomal akan dijahit semula (end to end anastomosis).

Kesimpulan

Intussusception boleh berlaku pada kanak-kanak seawal 4 bulan. Oleh itu sekiranya anak anda menghidap sakit perut yang teramat dan tidak berhenti dengan pujukan, beserta dengan muntah dan berak berdarah, intussusception mungkin penyebabnya.

Sumber: http://drazwan.blogspot.com/2009/03/intussusception.html
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itulah serba sedikit pasal Intussusception.. Biar pengalaman ibu Nadia menjadi pedoman bagi kita.. Dan semoga entry ini sedikit sebanyak memberi info....


Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Sunday, 20 May 2012

EU FOUR PACK: SET MENYUSU BAGI IBU MENYUSU ALAH PADA HERBA

Sekiranya anda antara ibu-ibu yang ada alahan dengan herba.. Seperti contoh mungkin ceret beret setiap kali makan herba.. Ataupun anak anak sering ceret beret apabila anda memakan herba... Eu Four Pack adalah set penyusuan yang sesuai untuk anda..

Set ini mengandungi Vitalea, Vit C, Vit B Complex dan Ostematrix. Boleh tambah Energizing Soy Protein....

Perasan tak, tiada Alfalfa.. Alfalfa ni dikategorikan sebagai Herba juga. Memanglah Alfalfa ni milk booster, tapi janganlah risau kalau tak dapat makan ni... Masih boleh tingkatkan supply juga..

Sebenarnya Alfalfa ni mengandungi sumber protein dan kalsium serta galian lain yang diperlukan oleh tubuh si ibu untuk menghasilkan susuibu. Namun kandungan protien dan kalsium yang terdapat di dalam alfalfa adalah pada takat minima sedangkan ibu yang menyusu memerlukan protien dan kalsium yang lebih memandangkan ia diperlukan oleh tubuh ibu sendiri untuk membina darah dan memastikan ketumpatan tulang disamping keperluan penghasilan susuibu demi perkembangan dan pembesaran anak yang dikandung ataupun disusukan.

Sebab itulah kami cadang Set Eu Four Pack, Set paling asas untuk mereka yang ada alahan ini... Kalau mampu boleh tambah ESP sebagai sumber protin anda. Jika tidak pastikan anda memakan atau minum protin dari sumber makanan ok....

Jangan risau tengok ni... Ini adalah kata-kata seorang ibu selepas memakan Eu Four Pack....


(testimoni credit to Norita)

Ini Eu Four Pack:-


Jadi ibu-ibu yang ada masalah ini, jangan risau ok... Eu four pack juga mampu membantu...


Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, 17 May 2012

KALSIUM DAN OMEGA-3: SUPPLEMEN PENTING SEMASA MENGANDUNG SELAIN ASID FOLIK/OBIMIN

Sepanjang masa mengandung pemakanan vitamin merupakan perkara yang penting dalam memastikan perkembangan dan pembesaran bayi dalam kandungan.
Asid Folik/Obimin yang diberi oleh mana-mana doktor hospital atau klinik bersalin perlu diambil setiap hari. Namun selain dari itu terdapat 2 supplemen yang perlu dititik beratkan juga untuk memastikan kesihatan siibu dan perkembangan bayi terjaga. Dua supplemen ini adalah kalsium dan Omega-3.

KALSIUM

Apabila anda mengandung, bayi anda memerlukan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat; untuk perkembangan jantung yang sihat, saraf, dan otot; untuk perkembangan degupan jantung yang normal dan membantu dalam kebolehan pembekuan darah. Jika anda tidak mendapat kalsium yang cukup dalam diet anda apabila sedang hamil, bayi anda akan menarik mineral ini daripada tulang anda. Ini boleh menjejaskan kesihatan anda sendiri di kemudian hari.


Jumlah Kalsium yang diperlukan oleh wanita mengandung adalah:

Wanita yang berusia lebih daripada 18thn:  1,000 miligram (mg) sehari sebelum, semasa dan selepas kehamilan

Wanita 18thn ke bawah: 1300 mg

Ramai antara kita sukar untuk mendapat mineral yang penting ini dengan secukupnya. Untuk memenuhi keperluan harian ini, pastikan pemakanan harian terdiri dari empat hidangan produk tenusu atau makanan lain yang kaya dengan kalsium sehari.

Walaupun selepas bayi anda yang dilahirkan dan anda telah selesai dalam perjalanan penyusuan, pengambilan kalsium perlu diteruskan. Anda akan memerlukan mineral untuk membantu menguatkan tulang dan mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis) di kemudian hari.


Sumber kalsium dari makanan

Produk tenusu susu dan lain-lain adalah kaya dengan kalsium. Begitu juga dengan ikan dalam tin dan makanan diperkaya kalsium seperti minuman bijirin, jus, soya dan beras, dan roti. Namun tidak semua jenama adalah diperkaya dengan kalsium ye, jadi periksa label.

1 cawan plain yogurt susu skim: 488 mg
1 cawan yogurt buah-buahan tanpa lemak: 345 mg
1/2 cawan bahagian-skim ricotta keju: 337 mg
3 auns sardin (toskan pepejal dengan tulang): 324 mg
8 auns susu tanpa lemak: 301 mg
1 cawan jus oren yang diperkaya kalsium: 300 mg
1 auns keju Gruyere: 287 mg

1 auns keju mozzarella: 222 mg
1 auns keju cheddar: 204 mg
3 auns tin ikan salmon merah jambu, dengan tulang dan cecair: 181 mg
1/2 cawan bayam yang dimasak: 136 mg

1 cawan keju kotej tanpa lemak: 125 mg
1/2 cawan lobak rebus: 98 mg

1 sudu besar biji bijan: 88 mg
1 auns (kira-kira 23 badam panggang kering keseluruhannya): 75 mg
2 keping roti gardenia: 143mg

Perlu tak anda mengambil supplemen?

Untuk pengetahuan, tidak ada kalsium dalam Asid Folik atau Obimin. SSElain dari pemakananan. anda boleh mengambil suplemen kalsium.

Pastikan jumlah kalsium keseluruhan, yakni dari makanan, supplemen dan air tidak melebihi 2500mg.


Pengambilan vitamin D dan magnesium yang mencukupi adalah perlu agar badan anda menyerap kalsium dengan efektif.



Asid Lemak Omega-3

Omega-3 adalah asid lemak yang penting untuk kesihatan dan perkembangan bayi dalam kandungan. 2 jenis Omega-3 yang penting adalah EPA dan DHA. EPA menyokong jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. DHA menyokong otak, mata, dan sistem saraf pusat iaitu mengapa ia adalah unik penting untuk wanita mengandung dan menyusu.

Omega-3 telah didapati penting untuk pembangunan neurologi dan penglihatan bayi. Walau bagaimanapun, ramai orang tidak sedar akan kepentingan nutrien ini. Omega-3 juga digunakan selepas bersalin untuk menghasilkan susu ibu. Dengan setiap kehamilan berikutnya, omega-3 dalam tubuh ibu akan terus berkurangan. Kajian telah mengesahkan bahawa menambah EPA dan DHA kepada diet seorang wanita hamil mempunyai kesan positif kepada pembangunan bayi. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaan yang lebih tinggi omega-3 boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi. Ini termasuklah EKZEMA dan ASMA.

Pengambilan EPA dan DHA juga dapat membantu dalam mengurangkan risiko kelahiran pra-matang dan mengurangkan risiko 'pre-eklampsia'. Kekurangan Omega-3 akan meningkatkan risiko ibu untuk berada dalam keadaan kemurungan. Ini menjelaskan mengapa terjadinya kecelaruan mood postpartum.

Ini adalah product Shaklee yang membekalkan Kalsium dan Omega 3:
Ostematrix - Bukan sahaja membekalkan Kalsium malah Magnesium, vitamin d dan lain-lain mineral untuk pembentukkan tulang.. Yang bestnya, ia membantu dalam masalah sembelit....

OmegaGuard- Sumber dari minyak ikan yang terbaik. Membekalkan DHA dan EPA.




Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.





Wednesday, 16 May 2012

IBU MENYUSU: SIAPA PERLU MAKAN VITAMIN

Setiap orang tidak sama. Setiap orang mempunyai masalah masing-masing. Oleh sebab ini, siapa yang perlu makan vitamin sebenarnya ditentukan oleh diri masing-masing. Mungkin bagi kita pengambilan vitamin ni tidak penting, namun ada berpendapat tidak salah untuk mendapat lebih nutrisi harian sekadar untuk memastikan kesihatan terjamin.

Sememangnya tidak semua orang perlu memakan vitamin. Kalau anda adalah seorang yang mempunyai pemakanan harian yang lengkap, selalu bersenam, bebas dari stress, mendapat rehat yang cukup, tiada penyakit yang perlu dirawat.... Maka tidak perlulah memakan vitamin. Namun ada doktor yang berpendapat, 'It is better to have a little bit extra, just to ensure you get everything needed'. Seperti pelajar yang cemerlang di sekolah, mengapa ibu bapa mereka masih perlu mencari tuition diluar? Ini hanya untuk memastikan anak mereka sentiasa dalam momentum pembelajaran yang betul dan sentiasa cemerlang. Tak salah kalau ada duit :)

Ramai ibu berpendapat mereka tidak perlu memakan vitamin kerana pemakanan mereka seimbang dan sudah memadai. Namun ada sesetengah kes, saya rasa si ibu perlu pertimbangkan semula keperluan vitamin mengikut keadaannya ; antara situasi yang perlu pertimbangan : (Credit to Norita untuk poin dibawa)

1. Si ibu yang makan tidak teratur dan tidak seimbang. Nutrisi dalam susuibu dipengaruhi oleh apa yang si ibu makan. Jika si ibu makan dengan tidak teratur ditambah tidak seimbang, bayi hanya akan mendapat zat yang sedia ada dalam badan ibu. Jika si ibu kekurangan zat besi ini boleh menjejaskan perkembangan dan pertumbuhan bayi.

2. Perkembangan dan berat bayi pada 6 bulan pertama tidak memberansangkan. Ini biasanya dipengaruhi oleh sumber vitamin dari badan ibu sendiri. Ada kebarangkalian ibu kekurangan zat besi, protien dan kalsium.

3. Hasil perahan sedikit walaupun si ibu minum 2-3 liter dan pam yang konsisten setiap 2-3 jam. Satu sesi perahan seharusnya dilakukan dalam 10-20 minit tetapi tidak lebih dari itu kerana ia boleh menyebabkan si ibu tertekan dan puting susu melecet.

4. Si ibu adalah seorang yang bekerjaya dan mempunyai banyak tekanan di tempat kerja. Tekanan ini jika tidak di atasi akan menyebabkan si ibu mengalami kemerunduman susu kerana penghasilan susu yang lancar adalah ketika hormon oksitosin dirembeskan dengan banyak.

5. Si ibu sering keletihan dan mengalami masalah  sakit pinggang, sakit kaki malah sering sakit kepala. Keletihan yang melampau boleh menjejaskan penghasilan susu kerana ia akan mempengaruhi mood si ibu.

6. Si ibu kelihatan sangat tua dan tidak setara dengan umur. Ada yang kelihatan sangat kusam dan kedutan pada wajah. Ini kerana  zat dalam badan telah digunakan untuk disalurkan kepada bayi melalui susuibu, malangnya ia tidak diganti dengan baik.

7. Anak yang disusukan sering sakit. Memang benar susuibu kaya dengan antibodi namun jika anak mudah sakit dan ianya berlarutan, sesuatu harus dilakukan dan pergantungan pada ubat bukan penyelesaian terbaik. Si ibu perlu juga berusaha memastikan susunya kaya dengan nutrisi agar anak mendapat antibodi yang lebih baik untuk sistem imunisasinya.

8. Si ibu sering sakit. Apabila si ibu dalam keadaan tidak sihat, maka perlu lebih banyak vitamin (contohnya vitamin C)  untuk merawat dan menghasilkan susuibu. Adakala kesakitan yang dirasai oleh si ibu mempengaruhi perasaannya dan ini boleh menjejaskan penghasilan hormon oksitosin dan apabila ini berlaku, susuibu mempunyai risiko untuk menurun penghasilannya.

9. Si ibu di dapati mengandung dan ingin meneruskan penyusuan buat si manja. Apabila si ibu di dapati mengandung ,doktor akan memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan baik maka barulah disarankan si ibu itu meneruskan penyusuan bagi anak yang sedang dan masih menyusu. Walaubagaimanapun kebiasaannya doktor akan menyarankan pengambilan supplement di utamakan kerana badan ibu perlu 'supply' makanan[ vitamin] kepada dua anaknya, di dalam kandungan dan anak yang sedang disusukan.

10. Ibu yang mempunyai masalah jiwa tertekan, emosi yang sering tidak stabil dan mudah marah....hakikatnya apabila keadaan ini tidak di atasi, maka penghasilan susu akan merosot secara perlahan-lahan. Ini kerana emosi yang terganggu pastinya menjejaskan penghasilan hormon oksitosin. Hormon oksitosin adalah sangat perlu dalam penghasilan susuibu yang lebih lancar terutama apabila hormon prolatin adalah tinggi. Ibu yang ada masalah ini perlukan cukup b complex dan kalsium.

Nak baca testimoni... Hmmm tak payah pegi jauhlah, baca testimoni saya ni.. KLIK DISINI


Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, 15 May 2012

ALFALFA COMPLEX MEMBANTU MENGHILANGKAN KEPUTIHAN TIDAK SIHAT

Kemarin saya ada buat post pasal keputihan.. Keputihan yang tidak sihat memang tidak menyenangkan, selain rasa gatal dan bau, ia juga mungkin akan merosakkan salur falopia dan boleh menyebabkan sukar untuk mengandung.




Alfalfa complex merupakan satu tumbuhan yang dapat membantu tubuh badan detox. Ia juga mencuci keseluruhan tubuh badan termasuklah bahagian sulit. Disini saya kongsikan testimoni beliau k...



Bila ada orang tidak percaya, ini komennya:


Itulah testimoni of the day.... Jika anda mengalami keputihan jangan segan jumpa doktor k, atau cuba makan alfalfa ni.. Sekian.....

Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, 14 May 2012

KEPUTIHAN : JANGAN DIPANDANG REMEH

Keputihan merupakan cairan yang keluar dari vagina secara berlebihan. Pengeluaran cairan ini adalah normal pada seorang wanita, berlaku terutamanya bila nak period, masa subur, bila stress dan apabila terdapat kelebihan hormon estrogen. Keputihan juga sering berlaku pada wanita hamil. Cairan yang keluar ini tidak semestinya gejala penyakit keputihan.

Sekiranya cairan yang keluar adalah jernih dan tidak berbau busuk, ini adalah keputihan yang sihat. Keputihan yang tidak sihat mempunyai ciri-ciri seperti ini;



Keputihan boleh dikenalpasti dengan terdapat lelehan berwarna putih atau kuning kehijauan yang keluar dari vagina/faraj wanita. Lelahan ini akan disertai oleh bau yang kurang menyenangkan serta membawa kegatalan kepada alat sulit seseorang wanita itu.

Sebab utama terjadinya keputihan ini adalah kerana kelembapan dibahagian sulit hingga menyebabkan pertumbuhan bakteria atau pun kulat.

Janganlah anggap keputihan ini tidak merbahaya. Bakteria yang menyebabkan keputihan itu mampu ‘menyerang’ tiub fallopio dan uterus seseorang wanita yang dijangkiti keputihan. Kesan daripada itu ia boleh membawa kepada kesukaran untuk seseorang wanita yang dijangkiti keputihan untuk hamil.

Selain dari itu, bakteria daripada jangkitan keputihan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada tiub follopio. Jika berlaku kerosakkan ini maka risiko untuk seseorang yang dijangkiti keputihan untuk hamil adalah tipis sekali.

Bagi ibu hamil pula, perlulah berjumpa doktor kalau ada rasa gatal2 dan bau yang semacam je.. kerana bayi boleh dijangkiti bakteria apabila bayi dilarirkan secara normal.

Antara langkah bijak yang perlu diambil segera adalah dengan menghalang keputihan ini daripada dijangkiti. Dan jika kita sudah dijangkiti keputihan, kita perlu merawatnya dengan kadar yang segera. Untuk mencegah keputihan daripada berlaku, kita boleh melakukan beberapa perkara seperti berikut:-

1) Tidak menggunakan pencuci vagina (douche - mencuci vagina dengan menggunakan tube)
2) Sentiasa menukar seluar dalam dengan yang bersih
3) Sentiasa bersih tangan sebelum menyentuh vagina
4) Amalkan tidur yang cukup
5) Pastikan kerap menukar pad atau panti liner
6) Elakkan stress…

Contoh di atas hanya sebahagian sahaja antara langkah untuk mengelakkan keputihan. Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk mencegah dan merawat keputihan ini. Contohnya cara penggunaan antibiotik serta terapi alternatif untuk merawat keputihan.

Oleh itu segeralah merawat keputihan jika anda telah dijangkitinya, jangan anggap perkara ini remeh kerana kesannya keatas kehidupan anda amatlah besar.

Dari segi supplement pula.. Alfalfa dapat membantu mengatasi masalah ini. Ramai yang berkata alfalfa ni rumput.. he he he.. Bukan sekadar rumput, Alfalfa merupakan raja segala tumbuhan. Ia mengandungi banyak nutirsi dan membantu dalam banyak masalah kesihatan. Ia juga berkemampuan untuk detox tubuh badan dan mencuci sistem dalaman termasuklah bahagian sulit. INGAT :  JANGAN MAKAN ALFALFA SEKIRANYA ANDA MENGANDUNG..... berjumpalah dengan doktor ye...



Harga Alfalfa tidak lah begitu mahal... PM saya ye kalau nak tahu harganya.... Besok saya akan buat satu entry testimoni berkenaan alfalfa membantu menghilangkan keputihan tidak sihat ok... Nantikan ya....

Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.





Thursday, 10 May 2012

PERBEZAAN MENGAMBIL SUPPLEMENT SHAKLEE DAN MILK BOOSTER LAIN

Cakap pasal milk booster ni memang lain orang lain pendapatnya dan lain caranya. Ini adalah kerana memang banyak sangat milk booster di dunia ini, baik petua moden mahupun yang lama menjadi turun temurun.

Tetapi bagi saya, penghasilan susuibu ini semuanya bergantung kepada beberapa konsep iaitu:-
1) kekerapan mengosongkan payu dara
2) pemakanan yang berkhasiat cukup dari segi nutrisi dan kalori
3) air yang cukup
4) Kehidupan yang kurang stress dan rehat yang cukup

Ini antara yang penting dalam penghasilan susuibu. Apabila keempat-empat ini tidak dipenuhi, lama kelamaan susu akan bekurang. Saya bercakap atas pengalaman sendiri k.... dimana saya telah mencuba 3 jenis teh untuk menambah susuibu tapi satu pun tidak berkesan. Saya juga pernah makan ubat domperidone namun tidak ada kesannya juga.

Selepas saya mencuba supplemen Shaklee barulah saya sedar betapa pentingnya item no:2 tadi; iaitu memastikan makanan harian kita cukup, lengkap dengan nutrisi yang disarankan. Memang bila difikir secara logik, bagaimana nak hasilkan susu kalau tiada ingredient kan..

Samalah apabila kita mengambil longan kering, sup papaya, bayam, yang merupakan milk booster kepada ramai ibu-ibu menyusu. Semua ini kaya dengan nutrisi yang diperlukan dalam penghasilan susuibu.


Yang sudah pasti apabila kita mengambil supplemen, kita tahu pemakanan kita lengkap dan konsep no 2 tadi sudah dipenuhi. Tinggal sahaja 3 konsep yang perlu kita usahakan sendiri. Satu lagi yang best adalah apabila kita mengambil supplemen, kita dapat meningkatkan kesihatan kita dan baby juga. Mungkin juga akan dapat bonus seperti kulit makin cantik, rasa lebih bertenaga, ekzema anak bertambah baik atau sembuh terus dan lain-lain lagi. Seperti contoh yang dirasaii oleh Ibu Siti Sharina:-




So, perbezaannya sudah dapat dilihat k.. Tidaklah saya katakan milk booster seperti logan, fenugreek tu tidak baik.. Memang baik.. namun boleh juga makan logan kering ni walaupun makan supplemen Shaklee.. Namun apa-apa pun minta konsultansi dari pengedar sekiranya nak tambah milk booster lain.

Ok semua setakat disini sahaja k... Saya akhiri dengan

HAPPY MOTHER'S DAY 2012


Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Wednesday, 9 May 2012

KEARAH KEHIDUPAN SIHAT TANPA KANSER

Bulan lepas, banyak sangat saya dengar berita yang sedih dimana orang yang kenali telah diserang penyakit kronik kanser. Ini membuat saya ingin share sedikit info pasal kanser ini. Info ini saya petik dari Flyer Shaklee.

KEARAH KEHIDUPAN SIHAT TANPA KANSER

In Malaysia, cancer is the third leading cause of premature death. According to the National Cancer Registry of Malaysia (NCR),  21,773 Malaysian are being diagnosed every year.
It is estimated that one in four Malaysian (1:4) will develop cancer by 75 years old. Breast, colorectal (bowel), lung, cervical and nasopharyngeal are the top 5 cancers affecting both male and female in Malaysia.

Apa itu Kanser?
Kanser adalah penyakit pada sel-sel. Sel di bina oleh gen-gen dalam ubuh badan. Apabila gen ini berkembang atau bertambah secara tidak normal dan tumbuh menjadi satu ketulan, ia menjadi kanser.
Pada masa kini, kanser menjadi salah satu penyebab utama kematian kerana kita terdedah kepada risiko seperti merokok, diet yang tidak sihat, alkohol, pendedahan kepada cahaya matahari yang excessive,
radiasi, masalah genetik, kurang bersenam dan masalah berat badan.

Bagaimana Mencegah Kanser?
Dengan mengetahui faktor penyebab kanser, maka bolehlah membantu kita mencegah penyakit ini. Dianggarkan lebih kurang 40% dari semua kanser boleh dicegah. Selain dari menukar
cara hidup kearah hidup sihat, penambahan supplemen dalam diet anda juga boleh membantu dalam mencegah kanser.

Kajian telah menunjukkan bahawa nutrien-nutrien dibawah boleh membantu mengurangkan risiko Kanser dan membantu kearah kesihatan yang optimum.

Biji pumpkin, Biji Plantago, Bunga Japanese Honey Suckle dan bunga Safflower
Imun sistem yang kuat memainkan peranan yang penting dalam mencegah dan mengurangkan risiko kanser. Campuran tumbuhan yang unik ini telah dikaji secara klinikal dan meningkatkan penghasilan interferon semulajadi, yang mana sangat penting dalam meningkatkan imun sistem

Resveratrol
- Mengandungi properti anti-kanser dan anti-inflammotory
- Boleh menghalang perkembangan sel kanser termasuklah: payu dara, prostat, perut, kolon, prancreas dan kanser thyroid

Kalsium
-Penting untuktulang, gigi dan proses metabolik dalam tubuh badan
-'National Cancer Institute' telah membuat kajian dan menunjukkan; Bagi wanita yang telah lepas menopos, lebih banyak jumlah kalsium yang dimakan dari sumber supplemen mahu pun makanan, lebih kurang 1300 mg per hari, didapati lebih rendah risiko Kanser.
- Satu kajian terbaru didapati terdapat pengurangan dalam terjadi semula kanser colon (precancerous polyps) dengan pengambilan supplemen kalsium

Carotenoids
-Beta dan alpha-carotene, astaxanthin, lycopene, lutein dan zeaxanthin carotenoids telah pun dikaji dengan meluas tentang kebaikannya kepada kesihatan
-Mengandungi properti antioksidan yang tinggi
-Dengan pengambilan caratenoid yang tinggi, kajian telah menunjukkan risiko pelbagai kanser lebih rendah. Ini termasuk kanser paru-paru, bladder, perut, prostat, kepala, leher dan hati dengan pengambilan carotenoids.

Vitamin E
-Vitamin antioksidan yang kuat
-Kajian telah menunjukkan pengambilan vitamin E sebagai supplemen dapat menggurangkan risiko kanser prostate

Vitamin C
-Anti oksidan yang sangat efektif
-Membantu dalam melindungi tubuh badan akibat kerosakkan dari radikal bebas. Radikal bebas dihasilkan dengan pendedahan kepada toksin dan bahan cemar seperti asap rokok
-Kajian telah menunjukkan bahawa Pengambilan vtamin c yang lebih tinggi dapat mengurangkan berlakunya kanser pada mulut, kerongkong dan vocal chord, esofagus, perut, colon-rectum dan paru-paru.


TINGKATKAN  IMUN SISTEM KITA DENGAN 'NUTRISI SHAKLEE UNTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH SIHAT'

VIVIX

Satu campuran botanikal yang unik. Kandungan: Polyganum Cuspidatum, Muscadine Grape, European Elderberry dan Purple carrot. Kaya dengan polyphenol yang membantu dalam kesihatan optimum.




SET ACE
Supplemen antioksidan yang kuat. Membantu dalam melawan radikal bebas dan meningkatkan sistem perlindungan tubuh badan.

NUTRIFERON
Campuran Pumpkin Seed, Platango seed, Japanese Honey Suckle dan Safflower. Meningkatkan pengeluaran interferon tubuh badan secara semulajadi. Secara tidak lansung ini meningkatkan sistem imun.

 OSTEMATRIX
Matrix yang unik mengandungi Kalsium, Vitamin D,  Magnesium dan lain-lain lagi. Keberkesanan penyerapan oleh tubuh badan telah dibuktikan secara klinikal.
 
Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.






Tuesday, 8 May 2012

KITARAN HAID TIDAK TERATUR

Risaunya dah 3 bulan tak datang!!!


Itulah antara mesej yang banyak saya terima. Haid yang tidak teratur adalah satu keadaan dimana anda tidak dapat menjangka bila haid akan datang. Kitaran haid yang normal adalah dalam lingkungan 23 hingga 35 hari

Kitaran haid tidak teratur

Apakah ciri-ciri kitaran haid normal dan tidak teratur???

Sekiranya kitaran haid anda agak lari sedikit, ia sebenarnya masih dikategorikan sebagai kitaran normal...  
Sebagai contoh, anda mungkin mempunyai haid pada tempoh 23 hari pada satu bulan dan pada bulan seterusnya kitaran adalah 35 hari. Ini adalah normal.


Ciri-ciri haid yang tidak teratur teratur adalah seperti berikut:

1.Mempunyai kitaran haid pada jarak yang sangat pendek atau terlalu panjang

2. Tidak mempunyai haid pada beberapa bulan dan diikuti dengan haid yang kerap (contohnya, dua kali dalam satu bulan). Dan lepas tu haid tidak muncul lagi untuk beberapa bulan.
 
3. Haid tidak datang beberapa bulan dan kemudian pendarahan berlaku berterusan selama beberapa minggu.
 
4. Tompok-tompok darah keluar pada jarak diantara haid

Antara sebab-sebab haid tidak teratur adalah:-
  • Pertambahan atau penggurangan Berat badan yang mendadak
  • Terlebih bersenam
  • Pemakanan tidak sihat (atau diet yang terlalu tinggi dalam karbohidrat)
  • merokok
  • penggunaan dadah
  • penggambilan kafein yang tinggi
  • Pengambilan alkohol secara berlebihan (mengganggu fungsi hati dalam metabolima estrogen dan progesteron)
  • masalah dalam pemakanan (eating disorder)
  • tekanan yang meningkat
  • Sindrom ovari polisistik (PCOS)
  • Rahim tidak normal (fibroid / sista / polip / endometriosis)
  • Ketidakseimbangan hormon
  • ubat-ubatan
  • kimoterapi
  •  Baru melahirkan anak, keguguran, atau D & C
  • Breastfeeding
Walaubagaimanapun, diingatkan kitaran haid boleh menjadi tidak teratur apabila kita mengandung, breastfeeding atau masalah-masalah lain, seperti sindrom ovari polisistik.

APAKAH YANG BOLEH MEMBANTU?

Satu cara untuk mendapatkan kitaran haid yang teratur, adalah dengan menstabilkan hormon tubuh badan. Tubuh badan sebenarnya mempunyai keupayaan untuk mengimbangi hormon. Apa yang diperlukan adalah pemakanan yang seimbang dan lengkap. Namun sekiranya pemakanan kita tidak lengkap, maka pengambilan supplemen sangat2 membantu...

 Makanan tambahan yang digariskan di bawah adalah beberapa supplemen yang memastikan badan anda mempunyai semua nutrien yang diperlukan. Adalah lebih baik untuk menggambilnya dengan konsisten selama lebih dari 3 bulan kerana supplemen tidak bertindak dalam satu malam sahaja...

Multivitamin - Vitamin asas yang penting untuk semua. Pengambilan multivitamin akan memastikan diet harian anda adalah cukup dan lengkap.

Vitamin b complex- Untuk menangani kesan-kesan stress (stress merupakan salah satu penyebab haid yang tidak teratur). Vitamin ini kerap dipanggil vitamin anti-stress kerana ia digunakan untuk memperbaiki kerosakan yang disebabkan oleh stress.

Magnesium - Mineral ini telah dikelaskan sebagai 'penenang semulajadi', jadi ia adalah penting dalam diet sesiapa yang mengalami haid yang tidak teratur. Malah, sesiapa sahaja yang sentiasa sibuk akan mendapat manfaat daripada tambahan magnesium. Tekanan sering faktor dalam ketidakteraturan haid, dan mineral ini dapat membantu dalam keseimbangan gaya hidup yang tertekan.

Antioksidan- antioksidan seperti vitamin A, C, E dan Sellenium membantu menghindarkan sel badan menjadi tidak normal. Seperti contoh sekiranya anda mempunyai masalah endometrial hyperplasia (penebalan dinding rahim), adalah baik untuk mencegah sel ini berkembang. Pencegahan adalah dengan mengambil vitamin antioksidan

Asid Lemak yang Penting (Essential Fatty Acids)
Omega-3 dan Omega-6 asid lemak yang telah terbukti untuk menggalakkan kitaran haid yang stabil. Banyak kebaikkan jika kita menambah asid lemak ini untuk diet anda. Ini termasuklah membantu apabila  tahap adrenalin tinggi (dalam kes tekanan), pengambilan alkohol yang tinggi dan tahap kolesterol yang tinggi. Jika badan anda TIDAK mendapat asid lemak yang cukup, kitaran anda boleh terjejas. Anda tidak boleh rugi dengan menambah supplemen ini pada diet anda.

Saya ingin mempromosikan GLA complex dari Shaklee... kerana multivitamin dan b complex memang sudah dikenali ramai....   

Gamma Linolenic Acid adalah sejenis asid omega 6 yang banyak ditemui pada borage, evening primrose dan blackcurrant. 
GLA Complex Shaklee adalah dari produk dari tumbuhan borage yang mengandungi kepekatan GLA yang lebih tinggi dari Evening primrose dan blackcurrant. Apa yang best pada GLA complex ni adalah ia mengandungi Vitamin E. Kombinasi ini sesuai untuk membantu dalam menstabilkan hormon dan kitaran haid. Dan satu bonus lagi... Vitamin E ni adalah vitamin untuk kecantikan kulit.. Sambil menstabilkan hormon mungkin juga kulit bertambah cantik... Ini rupa GLA complex ni...


Kitaran haid tidak teratur, GLA


Ini adalah beberapa pengamal GLA Complex yang nampak hasil yang positif....
 
Kitaran haid tidak teratur









Itulah antara kebaikan GLA Complex ni.... Kalau siapa-siapa yang berminat, cuba dapatkan pada bulan ini: JULAI 2013.. Kerana bulan ni ada offer untuk produk GLA COMPLEX...


Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Monday, 7 May 2012

1.5oz dahulu... Kini 8-9 oz pada satu sesi perahan...




Inilah hasil perahan Lizar.. 17 oz untuk 2 sesi sahaja... Ini Lizar sudah pun start kerja...

Lizar bukanlah ibu yang bertuah, tiada masalah sepanjang perjalanan masa penyusuannya.. Beliau hanyalah seorang 'supermum' yang tidak pernah putus asa... Sama seperti ibu-ibu diluar sana, beliau pernah menghadapi rintangan yang besar dalam perjalanan penyusuannya.

Semasa Lizar melahirkan anak, susuibu Lizar juga tidak mencukupi.. terpaksa tambah Formula.. Berat badan anaknya bertambah dengan sedikit sahaja, orang disekeliling menegur untuk bagi formula je....Namun dengan semua ni, Lizar terus bertekad dan berusaha.. Lizar dulu hanya mengepam dengan menggunakan tangan... bayangkan lah...

Pada satu ketika, Lizar tidak mepunyai stok yang mencukupi untuk anaknya. Beliau cuba mencari alternatif yang selamat untuk ibu dan juga anak. Setelah tergerak hati, Lizar mencuba SET B.... Walaupun agak slow peningkatannya, namun mampu juga buat stok untuk baby tersayang.. dan akhirnya, ini lah hasilnya...

DARI 1.5oz SAHAJA, KINI BOLEH DAPAT 8-9 oz PADA SATU SESI.....

Dan tanpa disedari, Lizar juga boleh rasa tubuh badannya lebih bertenaga dan kesihatan juga meningkat..
Kini Lizar bukan sekadar pada SET B saja... Beliau telah menambah supplement Shaklee lain untuk memenuhi keperluan pemakanannya...

Bagi ibu-ibu diluar sana yang masih tertanya-tanya macam mana nak tingkatkan susuibu anda, cubalah cara ibu Lizar...... Seperti kata Beliau, untuk menjayakan penyusuan ini.. perlulah

1) Kerap mengosongkan payu dara - directfeed dan pam
2) Amalkan pengambilan air harian yang mencukupi
3) Penuhi keperluan pemakanan harian - Kalau selalu makan cincai, cuba penuhi dengan mengambil supplement
4) Jangan stress
5) Banyakkan berdoa

Teruskan usaha dan jangan putus asa ok mums semua....

Ini adalah SET B:-


Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Thursday, 3 May 2012

AKHIRNYA BERJAYA TURUNKAN BERAT.. KE BERAT MASA BUJANG....

 sekadar gambar hiasan

Achieved my target 54kg. I lost 5kg in 4 months, with running, swimming & consuming lecithin daily. NO diet involved!

Itu lah kata-kata Jun setelah berjaya menurunkan berat badannya kepada berat asal masa bujang dulu. Jun adalah ibu kepada 2 orang anak, berumur 44.tahun, yang juga merupakan seorang pesakit thyroid satu ketika dulu. Semasa diserang penyakit thyroid, berat badan Jun telah menurun sehingga 50kg dan nampak terlalu kurus. Kini sakit thyroidnya telah pun sembuh tetapi Jun perlu makan ubat thyroid seumur hidupnya. Selepas mengambil ubat thyroid beratnya meningkat dan terlalu sukar untuk diturunkan semula.

4 bulan lepas Jun telah bertanya jika ada supplement yang boleh membantunya menurunkan berat badan kerana berat badan tidak boleh turun biar pun beliau melakukan senaman setiap hari. Selama 2 tahun beliau mengamalkan berenang setiap hari tapi tiada kesan penurunan berat. Saya pun cuba google berkenaan masalah untuk menurunkan berat badan bagi mereka yang makan ubat thyroid seumur hidup. Terkejutnya saya bila membaca ramai yang mempunyai masalah sama.. Biar bersenam dengan teruknya berat badan masih lagi sama. Ini disebabkan oleh kesan ubat thyroid tersebut.

Namun demikian saya suggest juga Jun untuk mengambil lecithin untuk membantu memecahkan lemak. Saya juga menasihatkan beliau untuk makan banyak buah dan minum banyak air.  Jun mula makan lecithin pada awal bulan November 2011.

Selepas sebulan, sebotol lecithin habis dimakan. Jun makan 6 biji sehari oh...  Jun mengadu tiada perubahan yang berlaku pada berat badannya walaupun beliau memakan banyak buah dan swimming secara intensive. Kataku, sabar.. mungkin lemak terlalu tepu. Saya mengesyorkan untuk menambah fiber untuk mengangkut keluar lemak.  Jun juga menambahkan larian treadmill dalam senaman hariannya.

Pada pertengahan bulan Januari 2012, gembiranya saya bila Jun mengatakan beratnya telah turun ke 57kg. 2kg turun... Namun Jun masih sangsi, katanya, "berat saya memang macam ni turun naik, sebab ubat yang saya makan.." Jun juga berhenti memakan fiber kerana dia rasa mual setiap kali memakan fiber..

Pada 4 April 2012, Jun kata beratnya turun lagi ke 56.5kg dan Jun tidak percaya akan turun lagi, katanya  "mungkin berat saya ni tidak boleh turun lagi".... 

Akhirnya, semalam (3 Mei 2012) Jun menulis di FB wallnya mengatakan berat badannya telah turun sebanyak 4kg dalam masa 4 bulan.  Kini beratnya adalah 54kg.. Berat sebelum berkahwin dulu.....

Bagi anda yang masih dalam usaha nak menurunkan berat badan, rajin-rajinlah bersenam kerana memakan pemecah lemak sahaja mungkin memerlukan masa yang lama untuk nampak kesan. Jun berlari di treadmill setiap hari selama 45 minit dan terpaksa bersenam lebih intensif kerana makan ubat thyroid...  Anda pun pasti boleh... Jadikan ini satu motivasi k....

Jika nak tahu apa Program kurus Shaklee... Ni dia...


Lecithin - pemecah lemak
Heb lax - Membantu tubuh dalam proses pembuangan
Cinch -  Minuman pengurusan berat badan


Nak cuba set menurunkan berat badan Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Wednesday, 2 May 2012

TIADA SUSU LEPAS BERSALIN ATAU SEKADAR TANGGAPAN KITA SAHAJA?

Seorang ibu pernah bertanya pada saya, 'Dengan memakan vitamin, susu akan terhasil dalam sehari dua selepas anak dilahirkan tak?  kerana pada masa melahirkan anak pertama, susu tidak keluar'...

Memang ramai ibu-ibu yang risau jika keadaan ini berlaku.. Susu seolah-olah tidak keluar selepas melahirkan anak. Namun saya ingin tukar soalan tadi kepada: Benarkah susu tidak keluar atau ini anggapan ibu sahaja?

Saya cerita semula pengalaman penyusuan anak keduai saya, pada umur anak saya 2 hari, saya telah mula menyusukan anak dan selama beberapa hari saya rasa seolah-olah baby tidak cukup minum susu. Baby menyusu sampai 45 minit pun baby kelihatan menyusu dengan laju seolah-olah tiada apa yang keluar. Ahli keluarga pun menegur. Nasip baik saya ada baca sikit pasal bab-bab breastfeeding ni...

Ini merupakan beberapa info yang perlu diketahui oleh ibu-ibu baru:-

1) Sebenarnya pada beberapa hari selepas melahirkan anak, susuibu an akan dihasilkan selepas menerima ransagan hisapan dari baby ataupun pam (tapi cuba elakkan penggunaan pam).Sebab itu ransangan dari hisapan perlulah dilakukan secepat mungkin, sebaik-baiknya 1 jam selepas bayi di lahirkan.

2) Perut bayi adalah sangat kecil pada masa ini. Maka susu yang diperlukan hanyalah sedikit. Mari lihat gambaran perut bayi yang saya petik dari  Allina Health System.com. Pada hari pertama perut bayi hanyalah sebesar 'almond' dan pada hari ketiga ia sebesar bola ping pong sahaja.


 Ini pula gambaran dalam ukuran oz atau ml kapasiti perut bayi yang berumur dari 1 hari ke seminggu. Saya petik ni dari Kellymom.com


Terkejut tak? Hanya sedikit sahaja susu yang diperlukan oleh baby pada setiap penyusuan. Sememangnya selaras dengan penghasilan susuibu kita yang sedikit sahaja pada masa tersebut.

3) 'Lacthing' adalah sangat penting. Pastikan bayi menghisap dengan betul dimana sebahagian besar aerola masuk didalam mulut bayi dan bukan hanya puting payu dara sahaja. Sekiranya bayi tidak 'latch' dengan betul maka hisapan menjadi kurang efektif, ini bermaksud ransangan pun berkurang menyebabkan kurangnya susuibu terhasil.

4) Kebiasaannya, pada 1-3 hari lepas melahirkan anak, susu yang terhasil hanyalah colostrum, juga dikenali sebagai 'pre-susu'. Kadar aliran colostrum sangatlah perlahan dan ini membolehkan bayi belajar koordinasi menghisap, bernafas dan menelan. Peralihan dari kolostrum kepada susuibu berbeza bagi setiap ibu. Ibu yang melahirkan anak secara Czer mungkin mendapati peralihan ini lebih lama dari 3 hari. Begitu jugalah jika anak kita pra-matang.

5) Penyusuan botol  dan puting (pecifier) boleh menyebabkan kekeliruan yang mungkin akan menyebabkan baby menolak directfeed. Jadi cuba elakan ini sekurang-kurangnya 1 bulan atau selepas penghasilan susuibu telah stabil. Pada keadaan yang tidak dapat dielakkan, dimana terpaksa bagi minum susu bukan secara directfeed, gunakan sudu.

6) Bayi yang menangis tidak semestinya nak minum susu. Mungkin nak kena peluk, sakit perut, hidung tersumbat dlll. 

So... bagi ibu-ibu muda diluar sana janganlah stress k... Paling penting cari pengetahuan pasal penyusuan agar kita bersedia secukupnya... Amalkan pemakanan yang sihat dan cukup.. Paling penting Breastfeed sekerap mungkin...

Nak cuba vitamin Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.