Friday, 29 June 2012

KESUBURAN ANTARA ASPEK UTAMA UNTUK MENDAPAT CAHAYA MATA

Hello...
Saya ada beberapa kawan yang ingin sangat mendapat cahaya mata. Sudah bertahun-tahun mencuba namun belum ada rezeki... Apabila mereka berjumpa doktor beberapa sebab yang sering kedengaran adalah kesuburan atau ketidakstabilan hormon.

Saya cuba baca info berkenaan perkara ini termasuklah jenis vitamin yang sesuai. Namun apa yang saya baca bukan sekadar vitamin yang boleh membantu dalam vitamin ini. Banyak perkara yang perlu ditikberatkan. Pasangan suami isteri perlu bersama-sama menjaga diet, amalkan bersenam, kurangkan caffein dan alkohol, kurangkan tekanan dan stress dan lain-lain lagi.



Namun dari segi vitamin, jika ada yang bertanya bagaimana nak menigkatkan kesuburan, saya akan cadangkan pengambilan vitamin asas  seperti multivitamin, b, c dan protein. Namun adalah baik jika dapat menambah zinc, selenium dan Vitamin E (khasnya kaum lelaki)...

Kenapa?  kerana:-

Zinc (15 – 30mg/day) - penting untuk maintain pengeluaran testosterone pada lelaki. Juga boleh mempenggaruhi 'sperm count and motility'. Pada wanita, membantu tubuh badan dalam pengunaan estrogen and progesterone yang lebih effektif.

 Selenium (55 – 100mcg/day) - Antioksidan yang membantu melindungi tubuh badan dari radikal bebas. Juga dapat mengurangkan 'birth defects', meningkatkan 'sprem count' bagi lelaki yang bermasalah.

Vitamin E (15mg/day) - Salah satu vitamin yang disertakan apabila menjalani program kesuburan 'Vitro Fertilization'. Juga sebagai antioksidan.

Saya ingin share sedikit info dalam pengambilan Vitamin E. Vitamin E akan diserap dengan lebih efektif dengan adanya kehadiran Selenium. Selain dari itu, kedua-dua vitamin ini akan saling mempertingkatkan fungsinya apabila dimakan bersama.

Apa-apa pun saya nyatakan semula, vitamin hanyalah salah satu usaha dalam mendapatkan zuriat. Bukan dengan memakan vitamin akan gerentikan seseorang itu boleh mengandung, namun saya hanya berkongsi atas pembacaan saya. Manalah tau ia dapat membantu...

Jika anda berminat untuk dapatkan vitamin E yang lengkap dengan Selenium... PM saya.. Ambil peluang Harga Offer yang masih ada ok...



Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-


EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE


Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Thursday, 28 June 2012

SET PENYUSUAN 3M: TESTIMONI SUSUIBU BERTAMBAH (Juga dapat Bonus lain)


Testimoni dan pujian2 banyak sangat diluahkan oleh ibu-ibu yang telah mencuba 3M. Ramai yang gembira telah mendapat kesan supply susuibu mereka bertambah. Stok pun makin banyak khasnya pada masa pantang...
Selain dari tu ramai juga yang dapat kebaikan (yang saya panggil BONUS) seperti kesihatan bertambah baik, sakit belakang hilang, rasa lebih cergas, kurang penat, kulit jadi lebih cantik dan anjal.. Breast jadi anjal he he he.. Namun semuanya berbeza dari seorang ibu ke seorang ibu..

Yang paling ketara adalah pertambahan hasil perahan.

Ini satu dari seorang ibu menyusu yang telah meningkatkan hasil perahan dari 3oz ke 5 oz...






























Itulah beberapa testimoni 3M... 3M ni terdiri daripada
Multivitamin Vitalea Iron Formula
Vitamin C
Vitamin B complex
Alfalfa
Ostematrix
Energizing Soy Protein

Sebenarnya kesemua supplemen diatas boleh dimakan oleh semua termasuk yang tidak menyusu, lelaki, mak, ayah, kaum remaja...Kecuali ada kes tertentu ya...  Sebab itu kesannya bukan setakat pada susuibu saja...

 Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.







Wednesday, 27 June 2012

TIPS UNTUK MENGUMPUL STOK SUSUIBU YANG BANYAK

Hello.. Hari ni saya nak share beberapa tips untuk mengumpulkan stok yang banyak....



Sebenarnya nak dapatkan supply susuibu yang banyak adalah sesuatu yang perlu diusahakan. Penghasilan ini melibatkan otak, hormon dan tubuh badan kita yang kita tidak dapat kawal dengan butang 'on-off'. Perlu banyak usaha untuk memberi signal pada otak dan hormon. Disini saya nak kongsikan beberapa tips-tips yang dari ibu-ibu yang telah berjaya dalam mengumpul stok yang banyak. Moga ini dapat memberi sedikit info pada ibu-ibu ya:-

1) Setkan minda untuk menyusukan baby dari awal lagi. Dapatkan ilmu dan fahami berkenaan konsep-konsep penyusuan sejak mengandung lagi terutamanya konsep 'Lebih kerap payudara dikosongkan-Lebih banyak susuibu akan terhasil'. Ini membuatkan anda lebih bersedia mengatasi sebarang cabaran.

2) Berinteraksilah dengan golongan ibu-ibu yang menyusukan anak. Ini secara tidak lansung mendorong anda untuk terus menyusukan anak anda. Menyertai kumpulan menyusu dalam Facebook adalah salah satu cara.

3) Persediaan awal sejak mengandung lagi, khasnya dalam mendapatkan badan sihat, cergas dan fit semasa pantang. Ini memerlukan pemakanan yang seimbang. Jangan abaikan supplement (baik dari doktor mahupun dari selainnya) ketika mengandung kerana ia adalah penyumbang kepada nutrisi dalam badan. Nutrisi inilah yang digunakan untuk perkembangan baby semasa mengandung dan juga untuk penghasilan susuibu.

4) Dapatkan pam yang sesuai dan efektif bagi anda. KLIK DISINI  untuk mendapat tips untuk memilih jenis pam.

5) HAnya beri susuibu pada bayi anda. Ini adalah kerana bayi anda sendiri sedang belajar cara menyusu, apa susu yang nak diminum. Jika baby terbiasa dengan rasa susu formula, mungkin baby akan menolak susuibu. Begitu jugalah dengan pengunaan botol susu atau puting, ini mungkin akan menyebabkan baby keliru puting dan seterusnya menolak penyusuan secara direct atau lansung dari ibu.

6) Ambil peluang mengumpul stok semasa berpantang. Jika baby tidur pada waktu malam lebih dari 2 jam, anda boleh mengepam. Ataupun pam selepas bayi habis menyusu. Biarpun pada mulanya hanya mendapat 1 oz atau tiada lansung, lama-lama akan bertambah.

7) Satu lagi cara adalah beri baby di salah satu payudara dan pada waktu yang sama pam payudara yang satu lagi. Ini akan meningkatkan hormon penyusuan anda. Namun pastikan baby cukup minum ya.

8) Jaga minum anda sepanjang perjalanan penyusuan. Air pastikan cukup, ikut rasa haus anda. Namun secara rawak, 8 gelas setiap hari. Tetapi jika anda mengambil supplement adalah lebih baik minum lebih banyak air, sekurang-kurangnya 3 liter.

9) Jaga pemakanan anda.Pelbagaikan makanan anda untuk memenuhi semua keperluan nutrisi. Pastikan ianya seimbang. Sekiranya anda ni jenis makan cincai, kurang makan sayur atau buah, tidak suka minum susu dan lain-lain lagi masalah pemakan, maka pengambilan supplement amat digalakkan. Cubalah mengambil supplemen SHAKLEE untuk memenuhi keperluan nutrisi harian anda.
Ingat, anda memerlukan 500 extra kalori untuk menghasilkan susuibu. Jadi jika nak diet, jangan amalkan makan sedikit tapi amalkan diet yang sihat: kurang minyak, kurang nasi, banyak sayur, protin dan kalsium cukup dlll. 

10) Cuba elakkan rasa stress. Dapatkan rehat yang cukup. Stress akan menyebabkan tubuh badan bekerja dua kali ganda dari biasa. Ini sudah tentu menjejaskan penghasilan susuibu.

11) Kosongkan payudara sekerap mungkin. Jika baby tidak menyusu, perlu pam untuk keluarkan susuibu. Ini adalah konsep no. 1... Kalau makan supplemen banyak-banyak pun, jika tiada permintaan untuk membanyakkan susuibu, maka penghasilan susuibu tidak akan bertambah atau dalam kes lebih teruk, akan berkurang.

12) Sekiranya anda bekerja, maka perlu ada masa untuk pam ditempat pekerjaan anda. Kalau boleh amalkan rutin yang sama pada setiap hari. Seperti contoh pam pada masa yang sama, minum air sebelum mengepam dan lain-lain lagi. Dan pamlah setiap 2-3 jam.

13) Amalkan teknik Power Pumping.  KLIK DISINI untuk tahu teknik ini ya. Ini telah membantu ramai ibu-ibu khasnya bila susuibu mereka merundum dan ibu-ibu yang mengepam sahaja tanpa penyusuan secara lansung.

14) Berdoalah ikut kepercayaan masing-masing. Kalau anda tidak mengamalkan doa, mungkin anda boleh setkan minda positif. Mungkin baca ayat seperti, "saya boleh tingkatkan hasil perahan saya" setiap hari.. 


Disini saya kongsikan gambar dari Ibu Zatul menunjukkan stok yang dikumpul semasa pantang. Ini adalah hasil dari tips-tips diatas dan dengan memakan SET 3M... Apa itu set 3M?  KLIK DISINI




Sekian sahaja ya.. Semoga tips-tips ini dapat memberi manafaat pada semua ok...

 Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Tuesday, 26 June 2012

PERFORMANCE DRINK




Performance® Maximum
Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan

Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
      hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
      kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik

Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

 


Nak tahu harga? atau Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com

SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

PRODUK TERBARU SHAKLEE: COLLAGEN DAN JOINT HEALTH TABLET

Nah... Ada 2 produk baru dari Shaklee.. Baru dipasarkan di Malaysia di bulan Jun ini. Bila saya postkan di wall facebook, ramai yang berminat. 2 produk ini adalah:- (KLIK pada gambar untuk besarkan gambar  ya)





--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan. Selepas menggunakan selama 8 minggu, keputusan menunjukkan kulit lebih baik secara menyeluruh
  • Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
  • Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
  • Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
  • Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
  • Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
  • Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
  • Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
  • Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
  • Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan - 18%



Ok, setakat ini sahaja untuk pengenalan produk baru ini.. Saya sendiri belum mencubanya  sebab kena tunggu hingga anak saya berhenti menyusu. Namun ada rakan saya yang telah cuba collagen selama seminggu telah merasa kulit muka semakin tegang (Firm) dan pori-pori menjadi kecil...

Nak tahu harga? atau Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com

SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, 25 June 2012

PERCUTIAN MENYUSU ATAU NURSING VACATION: ANTARA CARA MENINGKATKAN SUSUIBU ANDA

Salam sayang semua.... Pernah tak ibu-ibu dengar istilah 'Nursing Vacation' atau jika saya terjemahkan adalah 'Percutian Menyusu'? Nursing Vacation adalah salah satu cara yang boleh dibuat untuk meningkatkan penghasilan susuibu anda.



Nursing Vacation boleh dilakukan pada hujung minggu atau pada masa anda bercuti dari pekerjaan harian anda. Konsepnya adalah mudah, anda cuma perlu meluangkan sepenuh masa anda dengan bayi anda semasa percutian ini. Ini bukan bermaksud anda perlu tempat peranginan ok.. Dirumah saja.... Apa yang perlu dibuat apabila anda dalam Nursing Vacation adalah:-
 

1) Susukan bayi atau pam sekerap mungkin.
 Susukan anak anda sekurang-kurangnya setiap 1 1/2 hingga 2 jam pada siang hari dan sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada waktu malam. Ini perlu dibuat walaupun anda terpaksa menyedarkan bayi anda dari tidur. Setiap 1 1/2 - 2 jam diukur dari setiap permulaan waktu bayi menyusu. Jika boleh, susukanlah bayi dengan cara 'direct' atau lansung dari ibu. Ini adalah lebih baik berbanding mengepam kerana akan merangsang payudara anda dengan lebih berkesan agar lebih banyak susuibu akan terhasil.
 

2) Susukan bayi pada kedua-dua  payudara sehingga bayi sendiri berhenti menyusu dan menarik dirinya sendiri daripada payudara anda, atau sehingga bayi tertidur.

3) Susukan bayi dengan kedua-dua payudara setiap kali menyusu.




4) Sekiranya bayi tidak boleh menyusu secara direct, gunakan pam elektrik untuk mengepam. Double pumping adalah lebih effektif (seperti Pam Freestyle Madela, Ameda dual Pump dlll). Pengepaman kedua-dua payudara secara serentak telah terbukti dapat meningkatkan tahap Prolaktin. Prolaktin adalah hormon yang merangsang pengeluaran susu. Pamlah selama 10-15 minit setiap sesi.

5) Sekiranya bayi tidak dapat memenuhi penyusuan setiap 1 1/2 - 2 jam, mungkin kerana bayi tidur lama, gunalah pam untuk mengosongkan payudara. Anda juga mungkin perlu mengepam beberapa minit tambahan (5-10) selepas bayi selesai menyusu secara direct. Ini akan memberi signal pada otak untuk menghasilkan lebih banyak susu.

6) Selalunya bayi suka menghisap untuk tujuan menyusu mahupun untuk merasa selesa. Biarkan bayi memenuhi semua keperluan menghisapnya di payudara anda. Elakkan dari memberi sebarang botol atau puting pada masa ini. Ini akan memberi ransangan kepada payudara dan justeru itu penghasilan susuibu pun boleh meningkat.

 
7) Makan secukupnya dan makanlah makanan yang kaya dengan protein dan kalsium.
 

8) Minum cukup air untuk memuaskan dahaga anda. 

9) Berehat dengan seberapa banyak yang boleh. Tidurlah bersama bayi anda dalam tempoh masa ini. Ini akan meningkatkan hubungan kulit ke kulit antara bayi dan ibu. Selain memberi ransangan pada hormon penyusuan, ia juga menggalakkan bayi untuk menyusu lebih kerap.

 10) Sesetengah ibu mendapati bahawa herba atau halba, membantu untuk meningkatkan penghasilan susuibu. Kesann ini bertindak lebih baik apabila siibu kerapkan penyusuan atau pam. Kebanyakan ibu notis pertambahan susuibu selepas memakan herba atau halba selama 1-3 hari. Ia adalah selamat untuk bayi anda. Namun ada ibu mengadu mengalami cirit-birit ketika mengambil herba ini. Ceret beret ini akan hilang apabila mereka berhenti mengambilnya. Jika anda menghidap asma, gejala anda mungkin menjadi lebih buruk dengan halba. Antara herba yang sering digunakan untuk meningkatkan bekalan susu adalah fenugreek, Blessed Thistle dan Alfalfa. Bagi sesetengah ibu, kombinasi herba beberapa herba berfungsi lebih baik daripada penggunaan satu herba sahaja.

Saya ingin mengambil perhatian anda pada makanan yang kaya dengan protein dan kalsium, yang mana kita jarang beri perhatian.



Ibu menyusu memerlukan 1200mg kalsium sehari. Ini adalah bersamaan dengan jumlah yang terkandung dalam empat gelas susu rendah lemak. Jika pengambilan kalsium anda rtidak mencapai jumlah yang disyorkan, maka kalsium akan ditarik dari tulang dan gigi anda, ini menyebabkan kesihatan tulang anda akan terjejas.

Untuk protin pula, sebanyak 70 gram protein yang diperlukan untuk ibu-ibu yang menyusu. Sebagai contoh, ini adalah bersamaan dua gelas susu, 5-auns daging ayam dan dua cawan yogurt.

Saya sendiri sebenarnya tidak dapat mengikuti diet ini. Sebab itulah (pendapat saya ok), bekalan susu badan saya pernah berkurang pada tahap kritikal. Saya telah memutuskan untuk mengambil pemakanan tambahan Shaklee untuk mengisi jurang pemakanan harian saya.

Selepas melihat hasilnya, dari 6 oz meningkat kepada 12 auns setiap hari, saya meletakkan kepercayaan saya dalam supplement Shaklee kerana ia sumber asli dan terbukti berkesan pada saya ....


 Sekian saja untuk hari ini.. Jumpa lagi.... Cubalah Nursing Vacation ini untuk meningkatkan susuibu anda...

Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com


SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, 24 June 2012

PENYUSUAN DI BULAN PUASA (ENTRY 2)

Hello, sekali lagi.... Kesinambungan dari entry saya berkenaan penyusuan dan berpuasa, hari ini saya ingin kongsikan apakah produk Shaklee yang dapat membantu anda dalam nak mantainkan supply susuibu anda.

Dalam nak mantainkan supply susuibu, konsep utama penyusuan masih perlu dipegang iaitu:-

1) Perlu kosongkan payudara sekerap mungkin
2) Perlu penuhi keperluan kalori harian
3) Perlu penuhi keperluan air harian
4) Perlu mendapat rehat yang mencukupi dan jangan stress

Semasa berpuasa sudah pasti susah untuk memenuhi keperluan ini. Terutamanya dalam keperluan makan dan minum. Ya la kan, macam mana nak minum air semasa berpuasa kan..Namun, saya mempunyai beberapa kawan, yang telah mengharungi bulan puasa dengan bantuan produk shaklee dan ianya telah membantu dalam penghasilan susuibu mereka. Ini adalah cara pengambilan supplement semasa mereka berpuasa:-

a) Waktu Sahur
 Juadah sahur (sprt nasi, kuih muih dan sebagainya)
 Kurma - sekurang2nya 3 biji
 Bancuhkan ESP + Performance Drink (jika ada Meal Shake tambahkan 1 sudu) dalam satu bancuhan
 Makan 3 biji Alfalfa.
 Air segelas

b) Waktu Berbuka
  Kurma terlebih dahulu.
  Makan juadah berbuka seperti biasa.
  Bancuhkan ESP + Performance Drink(jika ada Meal Shake tambahkan 1 sudu) dalam satu bancuhan
  Makan 2 Biji Alfalfa.

c) Sebelum Tidur
  Bancuhkan ESP segelas
  Makan vitamin lain (Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Ostematrix)

*Ambil peluang untuk minum air sepanjang masa tidak berpuasa ini untuk memenuhi keperluan ok...

Apa Bancuhan ESP + Performance drink dan Meal Shake??? Ini gambar 3 produk ini....



 3 produk dalam bentuk powder, boleh dibancuh sebagai minuman.. Bagaimana setiap satu ini membantu di masa bulan puasa adalah;-

Meal Shake – membekalkan Tenaga kepada tubuh. Disamping itu ia memberi kekenyangan

Performance Drink
- Semasa Sahur : mengekalkan air dalam badan dan membantu mencegah pendehidratan(prevent dehydration)
- Semasa Berbuka :  mengantikan air yang telah hilang,memberi tenaga karbohidrat yang badan perlukan dan juga daya ketahanan serta keseimbangan unik elektrolit (balance of electrolytes) untuk mencegah pendehiratan(dehydration)

Energizing Soy Protein – memberi anda tenaga yang anda perlukan sambil merasa kenyang.

Inilah 3 gabungan minuman yang boleh membantu rasa kenyang, bertenaga dan cergas dengan lebih lama. Performance drink pula mencegah penghidratan, macam 100 plus. Hanya 100 plus ni bergas, ada ibu-ibu yang risau ganggu sistem peryt mereka dan membuat anak meragam.

Saya sendiri pun minum ni di pagi hari untuk mencegah serangan gastrik. Ada juga yang ingin turunkan berat badan, minum set ini untuk rasa kenyang supaya tidak makan banyak nasi.

Sekian saja untuk hari ini.. Jumpa lagi.... Entry ini credit kepada Puan Norita, 13 tahun telah bersama Shaklee..

Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com

SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, 21 June 2012

SEMBELIT? MENGAPA SEMBELIT MASA MENGANDUNG ATAU LEPAS BERSALIN? BAGAIMANA NAK MENGELAK DAN MENGATASINYA..

Sembelit berlaku apabila terdapat ketidak selesaan atau sakit perut, kesukaran dan pengurangan dalam membuang air besar dan najis yang menjadi keras.  
Malangnya, Hampir separuh dari wanita yang mengandung mengalami masalah sembelit pada satu ketika dalam kehamilan mereka. Ada juga wanita yang mengalami masalah ini berterusan sehingga lepas bersalin. Dan ada juga hanya mengalaminya selepas bersalin sahaja.


Secara umumnya, kebimbangan, kerisauan, kurang senaman fizikal dan diet yang rendah serat boleh menyebabkan sembelit. Namun, sembelit di kalangan wanita hamil berlaku disebabkan hormon wanita berubah semasa mengandung. Hormon akan melonggarkan/me'relax'kan otot agar otot pada bahagian abdomen dapat berkembang apabila bayi membesar. Ini secara tidak lansung me'relax'kan otot pada usus juga.  Ini menyebabkan makanan dan bahan buangan bergerak perlahan melalui sistem anda. Selain dari itu, uterus yang berkembang juga memberi tekanan pada usus dan ini menyebabkan usus tidak dapat bergerak seperti biasa.

Bagi yang baru melahirkan anak, sembelit berlaku mungkin kerana kesan dari kesinambungan semasa mengandung. Juga kerana secara semulajadinya, pergerakan sistem pembuangan kita menjadi perlahan semasa melahirkan anak dan ini mungkin memerlukan masa untuk pulih semula. Penggunaan beberapa jenis ubat yang boleh menyebabkan pergerakan usus menjadi perlahan juga antara sebab berlakunya sembelit. 

BAGAIMANA NAK MENGELAK DAN MENGATASI MASALAH SEMBELIT


Makan makanan yang berserat tinggi: Sebaik-baiknya, makan 25 - 30 gram makanan mengandungi serat  setiap hari. Ini termasuklah daripada buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin sarapan pagi, roti gandum, prun danlain-lain lagi.

Minum banyak air/cecair: Minum banyak cecair adalah penting, terutamanya bila kita makan banyak serat. Minum 10 hingga 12 cawan air setiap hari. Dengan kombinasi pemakanan serat yang tinggi dan meminum banyak cecair adalah cara yang terbaik dalam membantu mengurangkan sembelit. Berpeluh, iklim panas / lembap, dan senaman boleh meningkatkan keperluan anda untuk cecair bertambah.

 Buat senaman: Bersenam  secara bersesuaian seperti berjalan, berenang dan lain-lain membantu dengan memberi ransangan pada usus anda. Ini memudahkan proses pembuangan. Cuba bersenamankan tiga kali seminggu selama 20-30 minit. 

Mengambil produk yang dapat membantu: Terdapat produk yang boleh membantu melembutkan pergerakan usus anda dan mengurangkan sembelit. Namun pastikan anda dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan sebarang produk khasnya bagi yang mengandung dan menyusukan anak.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

 ADA TAK PRODUK SHAKLEE YANG BOLEH MEMBANTU?.... ADA....

Saya ingin berkongsi berkenaan Ostematrix: mengandungi Kalsium, Magnesium, vitamin D dan lain-lain mineral yang diperlukan untuk kesihatan tulang dan gigi. Magnesium adalah mineral yang boleh membantu dalam  menjalankan fungsi normal otot dalam tubuh badan termasuklah usus. Magnesium juga berupaya menarik air, maka penyerapan air dalam usus akan menyebabkan sisa buangan kita menjadi lembut... 

Ramai ibu yang telah memakan  Ostematrix dan sembelit mereka telah membantu dalam masalah sembelit. Bukan setakat ibu, suami pun boleh makan juga... Ini antaranya...




Ini ostematrix....




Sekian untuk hari ini ok...

 Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com

SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Wednesday, 20 June 2012

SEKALI PAM DAPAT 15oz

Hasil perahan Ibu Norul di pejabat.......


Ibu Norul hanya berhenti minum ESP beberapa hari dan nampak kesan pengurangan dalan hasil perahannya. Apabila beliau minum semula ESP, terus dapat 15oz..

Supplement yang Ibu Norul makan adalah special 3M... Iaitu terdiri daripada:-

1) Mealshake (Mengantikan Vitalea Iron Formula) - Membekalkan vitamin dan mineral harian agar kesihatan siibu terjaga dan memastikan semua nutrisi yang diperlukan untuk baby membesar dipenuhi

2) Vitamin b Complex - Digunakan oleh badan agar untuk menukarkan makanan kepada tenaga. Selain dari ini ia juga sebagai membantu menangani kesan yang disebabkan oleh stress.

3) Vitamin C - Merupakan pagar kepada jangkitan virus atau bakteria. Jika ibu sentiasa sakit, mungkin akan memberi kesan kepada penghasilan susuibu.

4) Alfalfa - Milk booster yang kaya dengan kalsium dan protin

5) Ostematrix - Mengandungi Kalsium, Magnesium dll untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat. Ia juga membantu dalam meningkatkan tenaga, membantu dalam masalah sembelit dan lain-lain lagi.

6) Energizing Soy Protein - Sumber protin berasaskan soya. Mudah dihadam dan ini mempercepatkan penghasilan susuibu kerana entiti utama dalam susuibu adalah protin.

Tengah-tengah buat entry ni teringat pula pengalaman sendiri, kini anak saya sudah berusia 2 tahun. Masih lagi breastfeed. Dulu saya juga mengalami masalah supply kurang... Saya stress sangat. Minum teh dah 3 jenis tapi sama juga... Bila orang cakap anak kecil, napa tiada gigi, rasa macam nak stop Breastfeed je.... Nasiplah bertemu dengan Shaklee ni, amat-amatlah bersyukur... Masa tu macam nak menangis kegembiraan bila supply meningkat...

Namun meningkatkan supply susuibu bukan setakat makan vitamin k.. Cuba beberapa perkara ni:-

1) Yakin boleh. Inilah yang paling penting.. Setiap usaha pasti ada kejayaan, jangan berputus asa...
2) Kosongkan payu dara setiap 2 - 3 jam
3) Jaga makan dan minum - jangan sampai berdiet hingga tak cukup kalori
4) Kaji apa menyebabkan supply kurang
5) Relax, berdoa, buat meditasi.. atau apa cara yang sesuai untuk anda

Sekian untuk hari ini ok...

 Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.






Tuesday, 19 June 2012

KEGEMBIRAAN SEORANG ISTERI APABILA TEKANAN DARAH SUAMINYA TELAH STABIL SEMULA...

Hari ni saya nak share kegembiraan seorang isteri, kawan saya di laman internet ni.
Teeny merupakan seorang yang sangat mengambil berat berkenaan akan kesihatan dirinya dan keluarga. Bahkan kadang-kadang beliau rasa beliau lebih prihatin dalam bab-bab kesihatan berbanding suaminya yang mempunyai masalah kasihatan darah tinggi.



Suami Teeny memang terpaksa memakan ubat darah tinggi untuk mengawal tekanan darahnya. Namun walaupun suami Teeny mengambilan ubat ini setiap hari, tekanan darahnya masih akan meningkat pada tahap yang tidak sihat apabila beliau berasa penat, tidak cukup tidur atau pemakanan tidak dijaga.

Pasa bulan 21 April 2012, Teeny telah berhubung dengan saya berkenaan kesihatan Teeny dan suaminya. Saya telah mencadangkan beberapa supplement khas untuk suami Teeny. Ini termasuklah Set Kesihatan Asas, OmegaGuard, Lecithin dan Alfalfa.. Pada mulanya Teeny agak sukar untuk memujuk suaminya untuk makan kesemua supplemen ini.. Biasalah kan, bukan semua kita gemar makan pil-pil vitamin ni, apa lagi kalau perlu makan begitu banyak....

Namun semua ini berubah apabila kesan positif dapat dilihat.
Setelah memakan supplement ni selama 2 bulan, didapati tekanan darah suami Teeny sentiasa dalam keadaan normal, biar pun corak kehidupannya masih lagi sama.
Sisuami pun terus memuji isterinya dan supplemen Shaklee ni...

Kalau dulu suami akan kata, "aik, banyak juga vitamin kamu bagi saya ni"
Sekarang dia mesti duluan tanya, 'mana vitamin saya'...he..he.. lucu juga. 
Siap dia kasi ingat saya..bulan ni order lagi.

Itulah kata-kata Teeny yang masih dalam keadaan puas hati dan gembira akan perubahan tersebut. Sape tak gembira bila dah kena puji oleh suami dan mak mentua sekali tau....he he....

Adakah anda atau suami anda mengalami masalah tekanan darah tinggi? Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan supplement untuk tekanan darah tinggi, boleh lah hubungi saya ye..
Sekian sahaja untuk hari ini, semoga semuanya sihat selalu ya....


Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.





Monday, 18 June 2012

TOLONG: BABY TAK NAK MENYUSU SECARA DIRECT (SECARA LANSUNG)

Hi.. Ini lagi satu masalah yang ramai ibu alami. Baby tidak mahu menyusu secara direct, atau kata lain, tak nak menyusu badan. Contoh situasi baby tidak mahu menyusu badan adalah:-



- Bayi baru lahir; masih belajar bagaimana nak menyusu
- Bayi yang sebelum ini telah cerai susu tapi siibu ingin breastfeed lagi
- Bayi yang memang tidak mahu menyusui badan walaupun telah dipegang pada posisi menyusu
- Bayi yang mempunyai masalah 'nipple confusion' (keliru dengan puting botol dan puting payu dara)
- Bayi 'fussy nurser'(bayi yang cerewet dalam menyusu)
- Bayi sedang 'nursing strike' (tiba-tiba tidak mahu menyusu)

Jangan risau ya ibu-ibu, jika anda mengalami masalah ini, perkara ini boleh diselesaikan cuma memerlukan masa dan kesabaran.


Sebelum saya mula dengan tips-tips ini, terdapat 2 perkara yang sangat penting yang perlu dipatuhi iaitu:-

1) Sekiranya baby tidak mahu menyusu secara direct, pastikan baby diberi minum susu dengan cara lain. Jangan biarkan baby kelaparan kerana ini membawa kepada kemudaratan. Sebaik-baiknya berilah susuibu, dan kalau boleh guna sudu atau srynge.

2) Pastikan anda terus mengepam untuk memastikan penghasilan susuibu tidak berkurang. Boleh guna SET 3M dalam membantu melancarkan penghasilan susuibu.


TIPS-TIPS MEMUJUK BABY UNTUK MENYUSU SECARA DIRECT (SECARA LANSUNG)

Matlamat anda adalah untuk memujuk bayi ke payudara. Jangan cuba untuk memaksa bayi anda untuk menyusu lansung dari payudara kerana ini tidak berfungsi, membuat bayi stress, dan boleh meyebabkan kebencian kepada payudara.

1) Pakai baju yang mudah akses pada payudara. Bayi mungkin akan menjadi tidak sabar biar pun beberapa minit sahaja siibu menyelak baju dan membuka klip bra menyusu. Jika boleh luangkan masa di tempat dimana ibu dan bayi tidak memakai baju dari pinggang keatas. Pastikan suhu bilik adalah sesuai ya.



2) Banyakkan sentuhan kulit ke kulit kerana ini boleh membantu dalam penyusuan bayi dengan lebih baik. Pastikan bayi dekat dengan anda, seberapa banyak yang boleh. Ini akan memberinya banyak peluang untuk menyusu (walaupun anda tidak berjaya). Ini sesuai dibuat apabila bayi menyusu dengan cara disuap atau botol, dan hendak tidur. Biarkan bayi terus tidur dalam sentuhan kulit ke kulit pada dada ibu. Ini membuatkan bayi tidur dan bangun dengan gembira. 


Cuba tangkap isyarat kelaparan yang terawal. Jika bayi bergerak ke arah payudara dan kemudian tertidur sebelum menghisap puting, atau selepas menghisap dua kali, maka ini adalah langkah-langkah bayi yang positif.


3)  Cuba berikan/tawarkan payudara sekerap mungkin. Juga cuba menyusukan bayi di tempat kegemarannya, dalam kedudukan kegemaran bayi, ketika sedang mandi, ketika berjalan di sekeliling, sambil berbaring, dengan kedudukan bayi tegak, bayi baring rata di belakangnya, semasa bayi tidur, atau pada masa bayi nak bangun dari tidur, pada bayi masa kelihatan seolah-olah dia mungkin berminat atau apa-apa cara lain yang boleh anda fikirkan; pada bila-bila masa, di mana jua.


4)  Elakkan memberi tekanan pada bayi untuk braestfeed. Tawarlah dengan cara yang sangat kasual dan berpura-pura anda tidak keberatan jika dia enggan (lebih mudah berkata daripada dilakukan, tetapi cuba jangan tuunjukkan sebarang kekecewaan). 
Jangan pegang belakang kepala bayi atau menolak atau tahan bayi ke payudara.
Jika bayi menarik diri dari payudara, jangan cuba untuk membuat bayi kembali ke payudara pada masa itu - cuba lagi kemudian.  
Jika bayi seolah-olah kecewa dengan payudara anda, jangan beri tekanan padanya. Banyakkan sentuhan kulit-kulit khasnya dikawasan payu dara. (Tanpa tawaran untuk menyusu ok). Biar bayi merasai pelukan pada kawasan payudara tanpa bayi perlu menyusu. 



5)  Boleh cuba menggunakan baby sling untuk membuat bayi sentiasa dekat pada anda biar apa anda buat.

6) Tidur berhampiran dengan bayi anda. Kalau boleh tidur sekatil. Jika baby tidur di katil sendiri, letakkan katil disebelah anda. Ini boleh membuatkan anda mengesan isyarat kelaparan dengan cepat.


7) Gunakan sistem ganjaran awal. Cuba urut atau pam payudara agar anda capai 'reflux let down' dimana susu keluar dengan banyak dan laju, dan barulah beri pada bayi untuk menyusu. Ini adalah kerana ada bayi tidak sabar menghisap payudara sehingga ibu mencapai 'reflux let down'. 
Jika bayi berjaya menyusu dengan cara ini tetapi berhenti apabila susuibu keluar dengan perlahan, cuba lajukan penggeluaran susuibu dengan mengurut payu dara semasa bayi menyusu.

8) Pastikan bahawa masalah fizikal tidak penyebab bayi untuk menentang breastfeed secara direct. Cuba periksa beberapa perkara seperti berikut:-
Adakah kecederaan kelahiran atau keadaan lain yang menjadikan kedudukan untuk menyusu menyakitkan. Adakah bayi yang mempunyai masalah dengan pernafasan semasa menyusu atau semasa menyelaras menghisap dan menelan?
Adakah bayi mempunyai refluks teruk yang membuat makanan menyakitkan?  
Adakah bayi mempunyai sakit tekak semasa menyedut?
Dan lain-lain lagi

Inilah antara cara-cara memujuk bayi untuk kembali menyusu secara direct. Memang bukan senang dan memerlukan banyak kesabaran. Ini jugalah antara sebab kenapa ramai ibu mengambil keputusan untuk menjadi exclusively pumping mum.. Memang ramai yang telah berjaya, bahkan ada yang hingga mencapai 2 tahun.. Cuba untuk berjaya sebagai EP mum ini, usaha berlipat-lipat ganda perlu di terapkan. 

Bagi ibu-ibu diluar sana yang masih ingin baby menyusu secara direct, bolehlah cuba tips-tips ini ya.. Tapi jangan lupa


Jangan paksa baby tapi pujuk bayi untuk menyusu...


Happy breastfeeding semua....

Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-



EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.






Sunday, 17 June 2012

BREASTFEEDING DAN BULAN PUASA

Hello.. Bulan puasa akan tiba tidak lama lagi. Ramai ibu-ibu menyusu sudah mula rasa risau berkenaan supply susuibu mereka akan menurun pada bulan puasa ini. Tambahan pula stok mereka pada masa kini tidak banyak..

Menyusukan anak yang bergantung sepenuhnya pada susuibu adalah lebih mencabar berbanding menyusukan anak berumur 1 tahun keatas. (1 tahun keatas boleh mendapat sumber makanan lain selain susuibu.)

Disini saya tuliskan beberapa faktor yang perlu anda tahu sekiranya anda menyusukan anak di bulan puasa.


Adakah berpuasa akan membahayakan bayi yang menyusu?

Berpuasa tidak akan membawa kesan pada bayi anda ataupun menjejaskan mutu susuibu anda.

Menurut babycenter.com, satu kajian telah menunjukkan bahawa berpuasa selama 20jam tidak membawa kesan kepada penghasilan susuibu. Tetapi kajian ini dibuat dengan membenarkan wanita meminum air. Kesimpulan dibuat adalah: Tubuh badan akan menyesuaikan kekurangan makanan atau cecair dengan menghasilkan lebih banyak tenaga.


Adakah berpuasa dan menyusukan anak membahayakan kesihatan siibu?

Berpuasa dan menyusukan anak boleh membuatkan anda berasa dahaga. Apabila anda 'dehydrated' atau ternyahhidrat, ini akan membuatkan anda berasa tidak sihat. Apabila ini berlalu beberapa simptom yang berlaku adalah:-

  • Rasa dahaga
  • Air kencing akan menjadi pekat atau berwarna kuning gelap dan barbau bau kuat
  • RAsa pening, nak pengsan, lemah atau letih
  • Sakit kepala atau demam panas dan terasa amat lesu

Untuk mengelak berlakunya dehydration ini, adalah penting untuk minum sekurang-kurangnya 12 gelas jus buah-buahan, susu, minuman bernutrien  dan air sebelum puasa bermula dan perlu dilakukan setiap hari setiap hari. Juga penting untuk mendapatkan nutrien, kalori daripada makanan pepejal. Perlu memakan kira-kira 400-500 kalori tambahan. Amat sukar untuk memenuhi keperluan pemakanan ini kerana anda juga perlu tidur di malam hari.

Terdapat pengesyoran untuk bersahur dengan makanan yang indeks glisemik rendah (GI). GI adalah pengukuran kesan karbohidrat keatas tahap gula dalam darah kita. Secara umumnya, karbohidrat yang cepat dicernakan mempunyai GI yang tinggi. Manakala karbohidrat yang dicernakan perlahan dan melepaskan glukosa secara perlahan ke dalam saluran darah, mempunyai GI yang rendah. Beberapa contoh makanan dengan GI yang rendah adalah sebilangan sayur-sayuran, kacang, dal, mee dan nasi.

Apabila berbuka pula, adalah penting untuk minum jus bernutrien sama ada jus buah-buahan, yogurt atau air barli – tujuannya ialah untuk mendapatkan semua nutrien dan cecair dalam satu minuman.




Adakah penghasilan susuibu akan terjejas jika berpuasa?

Sekiranya keperluan pemakanan dan minuman dipenuhi pada waktu malam (tidak berpuasa), penghasilan susuibu sepatutnya tidak akan terjejas. Apa yang terjejas adalah lemak dalam susuibu akan berkurangan. Ini bukanlah satu masalah, hanya bayi mungkin akan cepat rasa lapar dan kerap menyusu. Atau bayi mungkin akan meragam kerana tidak puas menyusu. Ini dapat diminimakan dengan memakan diet yang mengandungi lemak yang cukup. Tambahlah mentega, keju atau minum milkshake untuk memenuhi keperluan ini.

Tanda-tanda bayi tidak mendapat susu yang cukup:-

  • Bayi tidak kerap buang air ( Bayi baru lahir perlu buang air kecil sekurang-kurangnya lapan hingga 10kali sehari)
  • Tangisan nyaring yang berpanjangan atau meragam
  • Penurunan berat badan atau berat tidak bertambah
  • Bayi mahu menyusu lebih kerap atau resah dan meragam setelah menyusu

Tips untuk menggelak masalah kesihatan dan supply susuibu

Persediaan awal sebelum masa berpuasa dapat membantu agar masalah tidak timbul

  • Selesaikan tugas-tugas berat, yang memerlukan tenaga sebelum puasa bermula, supaya boleh berehat semasa puasa.
  • Sentiasa bertenang dan berehat sebanyak mungkin pada waktu siang
  • Amalkan membuat diari pemakanan supaya anda boleh memastikan jumlah makan dan minum cukup pada malam hari

Sumber: Babycenter.com

Ini sahaja buat hari ini.. Saya akan buat beberapa entry lagi berkenaan bebepara produk Shaklee yang boleh membantu semasa bulan puasa ini.. Nantikan ya...

* Penulisan saya berkenaan penyusuan dan puasa adalah berpandukan lamn-laman web berkenaan penyusuan, pengalaman kawan-kawan yang telah mengharungi menyusukan anak di bulan puasa.

Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-



EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, 15 June 2012

LINDUNGI DIRI DARI KESAN JEREBU

Beberapa hari ni matahari makin panas membakar, jerebu pun makin jelas kelihatan. Hari ini saya nak cerita sikit pasal jerebu. Sebenarnya walaupun jerebu nampak macam tidak serious, sedikit sahaja, ia masih boleh membahayakan kesihatan kita dalam jangka masa panjang.

Menurut pembacaan saya (info dari the straits times Singapore), masalah pernafasan boleh disebabkan oleh partikel dalam jerebu yang dipanggil PM10.


Apabila PM10 masuk kedalam badan kita melalui pernafasan dalam jumlah terlalu banyak, risiko serangan jantung, kegagalan jantung, kanser paru-paru dan strok juga akan meningkat. Ini juga boleh menjadikan seseorang lebih senang dijangkiti virus dan bakteria. 


Memang agak sukar untuk melarikan diri daripada masalah jelebu ini, sebab itu langkah-langkah seperti pakai mask, lebihkan masa indoor dicadangkan. Perlu juga minum banyak air agar tubuh badan dapat mengeluarkan bahan-bahan cemar dari badan kita. 

Selain dari ini pengambilan makanan yang mengandungi antioksidan seperti Vitamin C dan E sangat digalakkan. Begitu jugalah dengan pengambilan Omega -3.   


Vitamin C merupakan pagar kepada jangkitan penyakit. Ia membantu meningkatkan imun sistem kita agar dapat melawan jankitan virus atau bakteria.


Vitamin E pula dapat menuetralkan bahan-bahan cemar dan melawan kesan-kesan bahaya toksin.

Omega-3 digalakan kerana ia dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan memperbaiki kesihatan kardiovaskular. 


Memanglah kita digalakkan untuk mendapatkan vitamin ini dari pemakanan kita, namun sekiranya kita ni jenis tak jaga makan, selalu makan luar, tak suka makan sayur, hanya memakan satu jenis buah dll.... maka adalah lebih baik memakan supplement tambahan... Supplement dari Shaklee semuanya dari bahan natural, selamat untuk tubuh badan kita. Ini Vitamin C, E dan OmegaGuard untuk perlindungan di musim jerebu...






Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-


EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, 14 June 2012

NUTRIWHITE: PRODUK KECANTIKAN KULIT SECARA LUARAN

Dari masa ke masa, jika tidak dijaga, kulit kita akan hilang seri, tekstur dan ton. Melanin atau pigmentasi sering terhasil dan perubahan warna muncul pada kulit. Ini termasuklah tompokan mahupun bintik-bintik coklat dan tompok penuaan pada permukaan kulit muka


Penyebab utama terjadinya tompokan ini adalah faktor usia, pendedahan pada sinar matahari dan turun naik hormon. Faktor tersebut boleh mencetuskan pengeluaran melanin yang berlebihan. Selain dari itu, kulit juga menjadi lebih kering dengan usia dan kerosakkan pada struktur kolagen menyebabkan garis halus dan kedutan terhasil. Dengan tekstur kulit yang tidak sekata ini menyebabkan kulit kelihatan kusam. Ton kulit sering menjadi tidak sekata, kehilangan 'glow'. (Glow tu rasanya gebu ye???)

Selain dari itu, faktor tekanan, persekitaran dan isu-isu genetik adalah beberapa penyebab kulit nampak kusam atau tidak sihat.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------


NUTRIWHITE : Produk kecantikan dari asas semulajadi

Produk skincare ini dibangunkan oleh para saintis dan pakar penjagaan kulit dari Jepun dan Amerika Syarikat, NUTRIWHITE. Pemilihan campuran nutrien dari 16 negara yang berlainan. Kombinasi nutrien yang unik dipanggil White-N 16. Formula ini diperkaya dengan vitamin C. Skincare memberi penekanan dalam kecerahan kulit, membantu melicinkan permukaan kulit agar lebih segar dan 'glowing'.

Setiap produk Nutriwhite membantu dalam mencerahkan kulit kusam dan meratakan tona kulit yang tidak sekata dengan lima cara berbeza. Apabila kesemua kombinasi produk ini digunakan, 5-cara tindakan tersebut akan memutihkan kulit dengan lebih cepat dan berkesan.


5 CARA NUTRIWHITE BERTINDAK KEARAH KECANTIKAN KULIT


*Klik untuk besarkan imej


7 PRODUK LENGKAP NUTRIWHITE 



*Klik untuk membesarkan imej

Itulah produk skincare NutriWhite dari Shaklee. 

Ada seorang ahli sukan yang telah membeli 2 jenis produk sahaja iaitu NutriWhite Daytime Whitening Lotion dan NutriWhite Renewal Whitening Cream. 
Katanya, kulitnya sering rasa terbakar kerana latihan sukan pada siang hari. 
Selepas menggunakan 2 produk tersebut, beliau kata kulitnya tidak rasa terbakar semasa sesi latihan. Dan pada waktu malam, bila memakai cream, terasa sejuk dan lembap je kulit.. 


Beliau telah membeli dari saya pada bulan Disember 2011 dan pada bulan Jun 2012, barulah beliau membuat pembelian semula kerana produk baru habis digunakan.. Beliau juga menambah pembelian Whitening Essence pula. Tidak kurang dari itu, kawannya juga membeli produk ini kerana melihat kesan yang baik pada kulitnya...

Jika anda masih mencari-cari skincare bagi kulit muka anda, apa kata cuba NutriWhite, produk dari asas semulajadi....


Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-


EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, 12 June 2012

Akhirnya disahkan bebas dari penyakit THYROID

Selamat pagi.. Saya nak share cerita Miss A tentang penyakit yang dialami olehnya THYROID.
Miss A telah disahkan mempunyai penyakit thyroid dan thallasemia sejak tahun 2002. Umurnya pada masa itu adalah lebih kurang 20 tahun. Penyakit ini telah Miss A rasiahkan dari beberapa ahli keluarganya, sebab itulah saya terpaksa guna nama samaran untuk entry ini. Miss A tidak mengambil apa-apa ubat kerana sangat berharap penyakit ini akan sembuh dengan sendirinya.

Pada tahun 2010, Miss A telah membuat pemeriksaan semula, namun thyroid masih lagi belum sembuh. Walapun dinasihati oleh Doktor untuk mengambil ubat thyroid seumur hidup, Miss A masih mengelak kerana tidak mahu terikat dengan pengambilan ubat seumur hidup.

Beberapa kesan yang dirasai oleh Miss A disebabkan oleh thyroid adalah penurunan berat badan. Beliau telah mencuba memakan beberapa produk untuk menambah berat badan namun tidak berkesan. Satu lagi kesan adalah tangangnya sering menggeletar.

Miss A telah berinteraksi dengan saya pada bulan Disember 2011 kerana ingin mencuba set kecantikan shaklee. Katanya pigmennya banyak di muka. Setelah memakan set ini, Beliau sangat berpuas hati dengan kesan positif yang dapat dilihat. Pigmennya ternyata telah menjadi pudar dan kulit menjadi gebu. Ramai yang menegur akan perubahan Kulit Miss A.

Pada bulan Mac 2012, Miss A telah meluahkan kerisauannya berkenaan penyakit thyroid beliau. Saya pun  rekomenkan la produk yang membantu dalam menstabilkan hormon dan beberapa produklain yang dapat membantu. Namun saya juga meminta agar kami sering berdoa agar kesihatannya bertambah baik.

Pada awal bulan Mei 2012, Miss A telah memberitahu saya bahawa tangannya kini kurang bergetar, dan ingin membuat pemeriksaan semula...

Pada 23 Mei 2012, saya sangat gembira dan amat-amat bersyukur apabila menerima sms dari Miss A mengatakan;-

"Anty. I just got my report for medical check up. Doctor bilang saya normal, tiada thyroid. Only minor thallasemia. what a miracle..."

Di laman FBook pula ditulisnya:-



Itulah satu lagi kegembiraan yang saya ingin share dengan you all..  Sekiranya anda ingin mengetahui tentang thyroid teruskan membaca... Info ini saya petik dari KLIK DISINI
------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kelenjar Tiroid Tak Berfungsi  

Gejala leher depan bengkak, selalu menggeletar, kuat makan, panas, cepat berpeluh dan mudah marah antara tanda seseorang itu mengalami masalah kelenjar tiroid.

Masalah kelenjar tiroid tidak berhenti di situ saja kerana ia turut menyukarkan seseorang wanita untuk mengandung.

Tiroid ialah kelenjar kecil yang terletak di pangkal leher. Ia ada dua lobus, di kiri dan kanan trakea (tenggorok) yang disambungkan dengan satu genting (ismus).

Ia merembeskan hormon tiroid yang berfungsi mengawal kadar metabolik, mental dan perkembangan fizikal yang normal.

Kelenjar tiroid bertugas mengambil iodin daripada makanan dan menukarnya ke hormon tiroid iaitu tiroksina (T4) dan triiodotironin (T3).

Sel tiroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodin. T3 dan T4 kemudian dihantar ke seluruh badan melalui salur darah dan mengawal proses metabolisme.

Setiap sel dalam badan bergantung kepada hormon tiroid untuk menjalankan metabolisme (penukaran kalori ke tenaga). Kelenjar tiroid yang normal menghasilkan 80 peratus T4 dan 30 peratus T3. Bagaimanapun, hormon T3 mempunyai fungsi empat kali ganda berbanding T4.

Aktiviti kelenjar tiroid sebenarnya dikawal oleh kelenjar pituitari di pangkal otak. Apabila paras hormon tiroid terlalu rendah, kelenjar pituitari memberi rangsangan supaya kadar ini ditingkatkan dan sebaliknya.

Untuk melakukan tugasnya, tiroid memerlukan bahan penting iaitu iodin yang diperoleh daripada makanan dan minuman. Badan mempunyai 50 miligram iodin. Antara 20 hingga 33 peratus (antara 10 hingga 15 miligram) iodin ini disimpan dalam kelenjar tiroid. Iodin ini kemudian bergabung dengan asid amino tiroksin untuk menghasilkan hormon.

Hormon tiroid yang dirembeskan akan memasuki aliran darah sebelum dihantar ke sel. Ia membantu mengawal pertumbuhan dan pembentukan struktur tulang, akil baligh dan fungsi badan yang lain. Selain itu, ia membantu sel menukar tenaga dalam badan bagi memastikan anggota badan berkembang secara normal.

Hormon tiroid juga mengambil bahagian aktif dalam kebanyakan fungsi organ, termasuk membantu sel menukarkan oksigen dan kalori ke bentuk tenaga. Jadi, jika kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik, ia akan menjejaskan fungsi banyak anggota badan.


Terdapat 2 jenis Thyroid, Hyperthyroid dan Hypothyroid

Antara gejala masalah hipertiroidisme ialah:

* Selera makan semakin bertambah
* Berat badan mula menurun
* Kerap membuang air besar
* Mudah marah
* Jari tangan menggeletar
* Berdebar-debar
* Terasa panas
* Sering berpeluh
* Mata terjojol atau kelihatan terbeliak
* Penglihatan terjejas kerana saraf mata tertekan
* Kelainan pada jari tangan dan kulit pada depan betis
* Lumpuh kaki, terutama di kalangan lelaki

Hipotiroidisme

Antara simptom hipotiroid ialah:

 * Pesakit menjadi gemuk (kadar metabolisma sangat perlahan)
* Badan sering terasa sejuk
* Malas
* Kuat tidur
* Muka bengkak
* Lembap
* Ingatan terganggu dan lemah
* Kaki membengkak
* Boleh merosakkan jantung jika tidak mendapat rawatan segera kerana ia meningkatkan paras kolesterol dalam darah
* Kulit kering
* Pertumbuhan badan remaja terganggu dan menjadi perlahan
* Haid tidak menentu di kalangan remaja, sama ada terlalu sedikit atau banyak
* Keguguran rambut
* Sukar menumpukan perhatian
------------------------------------------------------------------------------------------------------------


 Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.