Tuesday, 12 June 2012

Akhirnya disahkan bebas dari penyakit THYROID

Selamat pagi.. Saya nak share cerita Miss A tentang penyakit yang dialami olehnya THYROID.
Miss A telah disahkan mempunyai penyakit thyroid dan thallasemia sejak tahun 2002. Umurnya pada masa itu adalah lebih kurang 20 tahun. Penyakit ini telah Miss A rasiahkan dari beberapa ahli keluarganya, sebab itulah saya terpaksa guna nama samaran untuk entry ini. Miss A tidak mengambil apa-apa ubat kerana sangat berharap penyakit ini akan sembuh dengan sendirinya.

Pada tahun 2010, Miss A telah membuat pemeriksaan semula, namun thyroid masih lagi belum sembuh. Walapun dinasihati oleh Doktor untuk mengambil ubat thyroid seumur hidup, Miss A masih mengelak kerana tidak mahu terikat dengan pengambilan ubat seumur hidup.

Beberapa kesan yang dirasai oleh Miss A disebabkan oleh thyroid adalah penurunan berat badan. Beliau telah mencuba memakan beberapa produk untuk menambah berat badan namun tidak berkesan. Satu lagi kesan adalah tangangnya sering menggeletar.

Miss A telah berinteraksi dengan saya pada bulan Disember 2011 kerana ingin mencuba set kecantikan shaklee. Katanya pigmennya banyak di muka. Setelah memakan set ini, Beliau sangat berpuas hati dengan kesan positif yang dapat dilihat. Pigmennya ternyata telah menjadi pudar dan kulit menjadi gebu. Ramai yang menegur akan perubahan Kulit Miss A.

Pada bulan Mac 2012, Miss A telah meluahkan kerisauannya berkenaan penyakit thyroid beliau. Saya pun  rekomenkan la produk yang membantu dalam menstabilkan hormon dan beberapa produklain yang dapat membantu. Namun saya juga meminta agar kami sering berdoa agar kesihatannya bertambah baik.

Pada awal bulan Mei 2012, Miss A telah memberitahu saya bahawa tangannya kini kurang bergetar, dan ingin membuat pemeriksaan semula...

Pada 23 Mei 2012, saya sangat gembira dan amat-amat bersyukur apabila menerima sms dari Miss A mengatakan;-

"Anty. I just got my report for medical check up. Doctor bilang saya normal, tiada thyroid. Only minor thallasemia. what a miracle..."

Di laman FBook pula ditulisnya:-



Itulah satu lagi kegembiraan yang saya ingin share dengan you all..  Sekiranya anda ingin mengetahui tentang thyroid teruskan membaca... Info ini saya petik dari KLIK DISINI
------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kelenjar Tiroid Tak Berfungsi  

Gejala leher depan bengkak, selalu menggeletar, kuat makan, panas, cepat berpeluh dan mudah marah antara tanda seseorang itu mengalami masalah kelenjar tiroid.

Masalah kelenjar tiroid tidak berhenti di situ saja kerana ia turut menyukarkan seseorang wanita untuk mengandung.

Tiroid ialah kelenjar kecil yang terletak di pangkal leher. Ia ada dua lobus, di kiri dan kanan trakea (tenggorok) yang disambungkan dengan satu genting (ismus).

Ia merembeskan hormon tiroid yang berfungsi mengawal kadar metabolik, mental dan perkembangan fizikal yang normal.

Kelenjar tiroid bertugas mengambil iodin daripada makanan dan menukarnya ke hormon tiroid iaitu tiroksina (T4) dan triiodotironin (T3).

Sel tiroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodin. T3 dan T4 kemudian dihantar ke seluruh badan melalui salur darah dan mengawal proses metabolisme.

Setiap sel dalam badan bergantung kepada hormon tiroid untuk menjalankan metabolisme (penukaran kalori ke tenaga). Kelenjar tiroid yang normal menghasilkan 80 peratus T4 dan 30 peratus T3. Bagaimanapun, hormon T3 mempunyai fungsi empat kali ganda berbanding T4.

Aktiviti kelenjar tiroid sebenarnya dikawal oleh kelenjar pituitari di pangkal otak. Apabila paras hormon tiroid terlalu rendah, kelenjar pituitari memberi rangsangan supaya kadar ini ditingkatkan dan sebaliknya.

Untuk melakukan tugasnya, tiroid memerlukan bahan penting iaitu iodin yang diperoleh daripada makanan dan minuman. Badan mempunyai 50 miligram iodin. Antara 20 hingga 33 peratus (antara 10 hingga 15 miligram) iodin ini disimpan dalam kelenjar tiroid. Iodin ini kemudian bergabung dengan asid amino tiroksin untuk menghasilkan hormon.

Hormon tiroid yang dirembeskan akan memasuki aliran darah sebelum dihantar ke sel. Ia membantu mengawal pertumbuhan dan pembentukan struktur tulang, akil baligh dan fungsi badan yang lain. Selain itu, ia membantu sel menukar tenaga dalam badan bagi memastikan anggota badan berkembang secara normal.

Hormon tiroid juga mengambil bahagian aktif dalam kebanyakan fungsi organ, termasuk membantu sel menukarkan oksigen dan kalori ke bentuk tenaga. Jadi, jika kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik, ia akan menjejaskan fungsi banyak anggota badan.


Terdapat 2 jenis Thyroid, Hyperthyroid dan Hypothyroid

Antara gejala masalah hipertiroidisme ialah:

* Selera makan semakin bertambah
* Berat badan mula menurun
* Kerap membuang air besar
* Mudah marah
* Jari tangan menggeletar
* Berdebar-debar
* Terasa panas
* Sering berpeluh
* Mata terjojol atau kelihatan terbeliak
* Penglihatan terjejas kerana saraf mata tertekan
* Kelainan pada jari tangan dan kulit pada depan betis
* Lumpuh kaki, terutama di kalangan lelaki

Hipotiroidisme

Antara simptom hipotiroid ialah:

 * Pesakit menjadi gemuk (kadar metabolisma sangat perlahan)
* Badan sering terasa sejuk
* Malas
* Kuat tidur
* Muka bengkak
* Lembap
* Ingatan terganggu dan lemah
* Kaki membengkak
* Boleh merosakkan jantung jika tidak mendapat rawatan segera kerana ia meningkatkan paras kolesterol dalam darah
* Kulit kering
* Pertumbuhan badan remaja terganggu dan menjadi perlahan
* Haid tidak menentu di kalangan remaja, sama ada terlalu sedikit atau banyak
* Keguguran rambut
* Sukar menumpukan perhatian
------------------------------------------------------------------------------------------------------------


 Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment