Monday 9 July 2012

JAUNDIS DAN PENYUSUAN SUSUIBU

Hello.. Minggu lepas saya terbaca keresahan seorang ibu berkenaan anaknya yang ada jaundis. sebenarnnya ada baby yang mempunyai jaundis sehingga empat lima bulan.

Apa itu Jaundis? - atau nama kampung 'kuning'
 
  • Satu keadaan dimana warna kulit bayi menjadi kekuningan.
  • Disebabkan oleh pengumpulan bilirubin pada darah.
  • Bilirubin adalah pigment yang berwarna kuning, terjadi hasil dari pemecahan sel darah merah yang sudah tua.
  • Adalah normal untuk sel darah merah pecah apabila mencapai usia tertentu. Bilirubin terhasil akan di metabolismakan oleh hati dan dikeluarkan melalui usus.

Terdapat 3 jenis Jaundis.

1) Physiologic Jaundice-
Ini adalah Janudis yang biasa berlaku pada kebanyakkan bayi baru lahir.  Pada usia beberapa hari, enzim hati  belum cukup matang untuk metabolisma biliburin. Lagipula, bayi yang baru lahir mempunyai lebih banyak sel darah merah berbanding orang dewasa, maka lebih banyak pecahan berlaku pada satu masa. Juga sel darah merah bayi juga tidak hidup lama berbanding dengan sel orang dewasa.

Risiko jaundis lebih tinggi sekiranya:-

  • bayi adalah pramatang
  • bayi 'stress' semasa proses kelahiran yang sukar
  • Ibu mempunyai diabetis semasa mengandung
  • bayi mempunyai keadaan dimana banyak sel darah merah pecah pada satu masa

2) Breastmilk Jaundice
Ini adalah jaundis yang berterusan selepas redanya Physiologic Jaundice. Berlaku pada bayi yang sihat dan menyusu sepenuhnya dari ibu. Tiada penyebab yang diketahui untuk jaundis jenis ini walaupun ada SPEKULASI mengatakan ia dikaitkan dengan sesuatu yang terkandung di dalam susu ibu yang menghalang pecahan bilirubin. Jika anak anda mempunyai jaundis jenis ni, tidak bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan susu ibu anda. Tidak bermaksud penyusuan susuibu perlu dihentikan. 

Kebanyakan bayi yang hadir dengan jaundis ni mungkin akan terjadi satu lagi peningkatan dalam tahap bilirubin pada kira-kira 14 hari, tetapi akan menjadi stabil dan akhirnya menurun. Jaundis jenis ini boleh bertahan selama 2 - 3 bulan selepas kelahiran. Selagi bayi menyusu dengan baik dan tahap bilirubin dipantau, jarang sekali akan membawa kepada komplikasi serius. 



3) Breastfeeding Jaundice
Jaundis ini pula disebabkan oleh bayi tidak mendapat susuibu yang cukup dan tidak berkaitan dengan Breastmilk Jaundis. Bayi memerlukan jumlah susuibu yang mencukupi untuk meningkatkan pergerakan ususnya.  Ini membantu dalam mengeluarkan bilirubin dari badan melalui sistem pembuangan. Jaundis jenis ini akan selesai dengan peningkatan dalam supply susuibu atau sekiranya siibu bercadang untuk memberi tambahan susu formula. Jarang sekali jaundis jenis ini memerlukan apa-apa jenis rawatan.


Apakah Rawatan untuk breastfeed baby yang  ada Jaundis?

Jika tahap bilirubin adalah di bawah 20 miligram, rawatan berikut sering digunakan untuk jaundis pada bayi sihat dan bukan pramatang;
 

Tingkatkan penyusuan 8-12 kali sehari. Cara terbaik untuk mengurangkan tahap bilirubin untuk membantu mengeluarkannya darin tubuh badan. Meningkatkan penyusuan akan meningkatkan pergerakan usus, yang mana akan menyingkirkan bilirubin 
 
Pastikan bayi menghisap payudara dengan baik, supaya boleh mendapatkan susu sebanyak yang diperlukan. Hisapan yang tidak betul boleh menjejaskan jumlah susu yang bayi minum.
 
Sekiranya susuibu tidak cukup dan dicadangkan oleh doktor untuk memberi formula, maka terpaksalah siibu mengepam agar  tidak mengganggu penghasilan susuibu. Campuran susu ibu dan formula adalah cara yang terbaik untuk tidak mengganggu hubungan penyusuan.
  

Mungkin doktor akan mengesyorkan sesi fototerapi apabila bilirubin mencapai tahap lebih dari 15-20 miligram. Ada doktor akan mencadangkan untuk berhenti menyusu selama 1 hari.. Namun teruskan mengepam agar supply tidak terjejas dan penyusuan menggunakan botol atau sudu boleh diamalkan. Seorang ibu yang saya kenal di laman facebook, pernah duduk sekali dibawah fototerapi hanya untuk menyusukan anaknya.. Namun saya tidak pasti jika semua doktor akan membenarkan cara ini.

 Rawatan yang tidak digalakkan untuk mengurangkan Jaundis bayi menyusu:
 

  • Memberi dengan air gula sebagai pemakanan. Ini dapat menjejaskan penghasilan susuibu dan seterusnya melambatkan penurunan tahap bilirubin
  • Menghentikan penyusuan susuibu. Ini akhirnya boleh menjadikan jaundis teruk dan boleh mensabotaj usaha ibu untuk menyediakan anak dengan pemakanan yang terbaik. Kerapkan penyusuan susu ibu dengan cara hisapan yang betul, adalah cara terbaik untuk mengurangkan jaundis.



APA-APA PUN JANGANLAH BERHENTI MEMBERI SUSUIBU KEPADA BABY YANG ADA JAUNDIS

Semoga ini dapat memberi info kepada ibu-ibu ya... Sekiranya anda mempunyai masalah penyusuan atau kesihatan jangan segan, dan ingin cuba vitamin Shaklee ni, boleh hubungi saya ya...
 
Nak beli Vitamin Shaklee? Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment