Tuesday 31 July 2012

SUSU IBU BERKURANG DIBULAN PUASA..

Beberapa hari yang lepas, beberapa kawan bertanya berkenaan susuibu mereka drop banyak pada bulan puasa ni... Mereka kata minum air memang cukup... Namun masih lagi berlaku...

Sememangnya apa yang ditulis di laman2 web menyusu seperti baby center mengatakan ibu menyusu biasanya dapat bertahan biarpun berpuasa kerana Wanita yang menyusu badan didapati mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak menyusu badan atau yang sedang hamil. 

Namun penghasilan susuibu boleh menyebabkan siibu dahaga dan mungkin ternyahhidrat.

Apa yang disarankan bukan setakat minum banyak air semasa tidak berpuasa (iaitu di waktu petang, malam dan subuh) tetapi perlu juga minum banyak air semasa berbuka dan SAHUR... 

Apa yang dimakan masa sahur adalah sangat penting kerana inilah yang membantu membekalkan keperluan tenaga semasa berpuasa disiang hari..

Baby center.com menyarankan untuk memakan makanan yang mempunyai indeks glicemik (glycemic index - GI) yang rendah. 
GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah. 
Makanan yang rendah GI termasuk banyak jenis sayur-sayuran dan kekacang, kacang pis, mi dan nasi.

Jangan sekadar minum sahaja. Penting untuk anda mendapatkan nutrien, kalori dan serat daripada makanan. 

Satu lagi pasal ni: ' Drink sufficient fluids. Avoid caffeine, soft drinks, tea. Caffeine will drain you off valuable minerals needed to sustain the fasting body during the day.'
Petikan ini menasihatkan kita untuk cuba menggelak meminum minuman berkaffein, minuman bergas dan teh kerana ia akan menggangu penyerapan nutrien yang mana diperlukan oleh badan semasa berpuasa.

Selain dari pemakanan dan minuman, jangan sekali-kali lupa tentang 'supply dan demand'. Kunci utama penghasilan susuibu. PAstikan sesi pengepaman dijalankan seperti hari-hari biasa. Banyakkan pengepaman pada waktu malam. Pam sebelum tidur, selepas menyusu atau semasa menyusukan anak. Dan minum air sebelum mengepam.

Saya juga ingin kongsikan tips-tips dari kawan saya, Norita,.. Mungkin sedikit sebanyak akan membantu anda ya...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Benarkah puasa boleh membuatkan pengeluaran susu berkurang?





Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI terutama jika si ibu memastikan perkara berikut dilakukan. Tips mudah ini nampak mudah namun untuk dapatkan hasil pengeluaran yang berterusan si ibu perlu istiqamah.

a. Memastikan ibu minum sekurang-kurangnya 1-2 liter bermula dari jam 8 pm sehingga waktu sahur   [ hari sebelum berpuasa]

b. Memastikan bangun sahur dan mengambil makanan yang membantu ibu bertenaga sepanjang hari. Nasi berlauk, sayuran dan buah , sedikit kurma dan air glukos jika ada.

c. Ibu tetap mengepam dengan konsisten di pejabat. Elakkan mempunyai sesi perahan yang lama iaitu melebihi 3 jam kerana ini akan menyebabkan hormon prolaktin menurun.

d. Amalkan berbuka dengan makanan yang seimbang, lengkap dengan sayur dan buah. Ibu perlukan makanan yang membantu membekalkan tenaga.

e. Memandangkan adakala kita makan sedikit sahaja ketika berbuka, maka pastikan selepas solat terawih, kita mendapatkan makanan yang seimbang pada ketika moreh.

f. Banyakkan berdoa dan solat sunat sepanjang berpuasa , semoga rezeki anak kita sentiasa melimpah dan dirahmatiNya. Sesungguhnya rezeki ini datang dari ALLAH jua.


Perlukah si ibu mengambil supplement?






Jawapannya, bergantung kepada si ibu sendiri. Tiada paksaan dan ianya bukan satu kewajipan sama sekali.

Jika si ibu mampu melaksanakan perkara yang disarankan di atas dan mendapati tubuhnya tetap bertenaga dan mampu melaksanakan tugas harian dengan baik, maka tidak perlu mengambil supplement.

Ibu yang memerlukan supplement ialah ibu yang mendapati dirinya lemah longlai, tidak bertenaga, mudah moody dan keletihan sehingga tidak dapat melaksanakan tugas sebagai ibu dan isteri di rumah. Namun ada juga golongan yang tetap mengambil supplement walau mempunyai kesihatan fizikal yang baik atas sebab mahukan stamina yang berterusan.

Bagi saya secara peribadi, jika nak amalkan supplement...ia adalah hak individu. Tiada siapa yang lebih memahami diri kita kecuali kita sendiri. Jika kita sihat dan tetap nak amalkan supplement, tidak salah kerana kita memegang pada prinsip dalam tawakal perlu ada usaha. Ia sebagai satu usaha agar badan kita bertahan terutama bagi ibu yang menyusu.


Sumber: anakkuwiraku

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok, sekian untuk hari ini semoga memberi manfaat ya.. Selamat berpuasa dan Keep Healthy....

Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




No comments:

Post a Comment