Tuesday 3 July 2012

TOP 4 VITAMIN UNTUK ANAK MEMPUNYAI ASMA

Doktor selalunya akan memberikan ubat seperti inhaler atau saya panggil 'pam' bagi kanak-kanak yang mempunyai asma. Jarang sekali yang mengesyoran pengambilan vitamin.
Menurut pembacaan saya, pengambilan supplement dapat membantu mengurangkan simptom-simpton asma. Ia tidak mungkin akan sembuh dalam seminggu dua kerana fungsi vitamin bukanlah mengubat penyakit. Mungkin perlu berbulan-bulan atau bertahun..... Namun pengambilan supplemen jika diambil seiringan dengan ubat yang diberikan oleh doktor, ia mungkin akan meningkatkan kesihatan dan seterusnya membantu mengurangkan simptom asma anak anda..

TOP 4 VITAMIN UNTUK ANAK-ANAK MEMPUNYAI ASMA

VITAMIN C

Vitamin C boleh mengurangkan 'wheezing'  dan batuk yang merupakan simptom-simpton asma akan berlaku. Vitamin C merendahkan tahap histamine dalam badan. Histamine adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh tubuh badan apabila tubuh badan menghadapi reaksi alahan.



Dalam kajian yang dijalankan di Sekolah Perubatan Harvard, penyelidik mendapati bahawa:-

 orang-orang yang mendapat sekurang-kurangnya 200mg vitamin C sehari, risikonya dari mengalami masalah bronkitis atau 'wheezing' akan berkurang sebanyak 30% berbanding dengan orang-orang yang mendapat kira-kira 100mg harian vitamin. Makanan yang kaya dengan vitamin C dikaitkan dengan penigkatan dalam tahap fungsi paru-paru.

Kanak-kanak boleh diberi tablet kunyah vitamin C, atau meningkatkan pengambilan buah-buahan sitrus, tembikai, strawberi, lada merah, tomato, kubis atau brokoli.

  
VITAMIN E

Vitamin E adalah sejenis vitamin antioksidan sama seperti vitamin C. Walaupun pengambilan vitamin E tidak dikaitkan secara langsung kepada asma, namun terdapat kajian menunjukkan kesan yang positif

Satu kajian yang dibuat oleh para saintis di University of Aberdeen, Scotland, (Diterbitkan pada tahun 2006 dalam  American Journal of Respiratory and Critical Care Medicine):-
 
Didapati bahawa kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai tahap vitamin E yang rendah semasa mengandung mempunyai risiko lima kali lebih tinggi untuk melahirkan anak mempunyai asma atau 'wheezing' berbanding dengan kanak-kanak yang ibu-ibu yang mempunyai tahap vitamin yang tinggi.

Vitamin E boleh didapati dalam bentuk kapsul yang berasaskan minyak, atau dalam kuning telur, biji-bijian, kacang, biji benih, sardin dan sayur-sayuran berdaun hijau. Jangan berikan anak anda lebih daripada 600 IU vitamin E setiap hari tanpa berbincang dengan doktor terlebih dahulu.


VITAMIN B

Vitamin B seperti vitamin B6 dan niasin boleh mengurangkan kekerapan, keterukan dan jangka masa serangan asma anak. 
Menurut kajian oleh PJ Collip and associates, yang disiarkan dalam "Annals of Allergy, Asthma & Immunology" pada bulan Ogos 1975,  

kanak-kanak yang mengambil 100 hingga 200mg vitamin B6 setiap hari mengalami penurunan dramatik dalam gejala asma; Namun terdapat laporan yang mengatakan ini hanya berkesan pada kanak-kanak. Satu lagi kajian yang dilakukan oleh Dr Scott Weiss dan Joel Schwartz of the Environmental Protection Agency,mengatakan bahawa niasin dapat mengurangkan 'wheezing' dan bronkitis.  

Doktor yang mengesyorkan vitamin B untuk asma biasanya mencadangkan dos harian 50mg vitamin B6, atau 100mg daripada niasin. Vitamin B juga didapati dalam makanan yang kaya dengan protein seperti daging, makanan laut, ayam, telur, kacang dan produk tenusu, serta biji-bijian dan sayur-sayuran berdaun hijau.

  
VITAMIN D
Satu kajian yang 
dijalankan oleh Sekolah Perubatan Harvard (disiarkan dalam "American Journal of Respiratory and Critical Care Medicine" pada Mei, 2009), mendapati bahawa 


kanak-kanak yang mempunyai tahap vitamin D yang rendah mempunyai saluran pernafasan hiperaktif dan lebih cenderung untuk dimasukkan ke hospital untuk asma. Kanak-kanak ini juga menunjukkan mempunyai kepekaan lebih tinggi terhadap hama.  

Vitamin D boleh didapati dari susu dan cereal yang diperkukuhkan dengan vitamin Dikan, hati dan kuning telur. Jika anda memilih untuk memberi supplemen kepada anak anda,  400 IU vitamin D3 sudah memadai. Boleh juga mendapatkan dos harian dari menghabiskan masa 10 hingga 15 minit di bawah matahari.


Sumber: Livestrong.com
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Anak saya juga mempunyai asma sejak berumur lebih kurang 2 tahun lagi... Pernah mengambil nebulizers dan mempunyai inhaler yang perlu saya bawa sekiranya kami pergi bercuti. Anak saya juga pernah mengalami serangan asma secara tiba-tiba apabila berjalan-jalan di shopping complex yang baru dilancarkan. Setelah berumur 3 setengah tahun, saya dapati asmanya bertambah ok, jarang-jarang kena serangan. Mungkin kerana imun sistemnya telah bertambah baik.. Namun apabila anak saya mula bersekolah, asmanya datang semula..

Serangan asma anak saya datang apabila anak saya mengalami selsema atau batuk. Jadi doktor telah mengesyorkan saya untuk memberinya sejenis inhaler yang mana seperti antibiotik. Sekiranya anak saya mengalami tanda-tanda selsema sahaja terus bagi inhaler tersebut.  Ini umpama pencegahan dari berlakunya serangan asma.

Saya pun berfikir, sekiranya imun sistem anak saya dipertingkatkan, mungkin akan kurang kena selsema atau batuk.. maka serangan asma akan berkurang... Sebab inilah saya mula memberi supplemen pada anak saya. Untuk mempertingkatkan imun sistemnya dan seterusnya mungkin akan menggurangkan serangan asma. Ini yang saya berikan:-



Nak beli Vitamin Shaklee? Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


No comments:

Post a Comment