Sunday 23 September 2012

VITAMIN DAN MINERAL YANG MUNGKIN MEMBANTU ANDA MENJADI SEORANG AYAH

Hye.... hari ni lain sikit ya sharing kali ni..  hari ni entry ditujukan khas bagi lelaki yang mendapatkan cahaya mata.. Saya tak tahulah berapa ramai kaum lelaki yang baca blog saya he he he.... Namun para wanita pun boleh juga membaca...

Dalam hal perihal nak mengandung, selalunya kaum wanita akan mengikut kata-kata dan saranan doktor, mengamalkan supplement yang disarankan. Namun dalam mendapatkan cahaya mata, khasnya bagi pasangan yang telah lama mencuba, adalah penting agar sisuami mengambil inisiatif yang sama.

Terdapat beberapa vitamin dan mineral yang membantu dalam meningkatkan kesuburan dan  kesihatan sperma lelaki. Ini adalah diantaranya:-

VITAMIN C

Sudah banyak kajian yang dijalankan di banyak negara berkenaan kesuburan kaum lelaki dan telah disimpulkan bahawa tahap kesuburan lelaki dalam dunia bertamadun ini telah beransur-ansur berkurang sejak tahun 1930an.  

Satu penyebab yang telah ditemui adalah tahap radikal bebas yang tinggi dalam sperma jantan. Sememangnya  radikal bebas memang wujud di sekitaran kita tetapi kini persekitaran kita telah menjadi semakin tercemar dan kualiti pemakanan telah berkurang kerana peningkatan dalam makanan yang diproses. Ini menyebabkan peningkatan radikal bebas dalam tubuh badan kita.

Vitamin C adalah sejenis antioksidan yang kuat. Antioksidan meneutralkan radikal bebas maka pengambilan vitamin C dapat membantu dalam meningkatkan kesihatan dan kualiti sperma.  

Pengambilan vitamin C daripada makanan yang kaya dengan vitamin C merupakan cara yang terbaik untuk mendapatkan keperluan dos setiap hari. Satu gelas perahan jus oren adalah satu pilihan yang baik kerana ia kaya dengan vitamin C dan mengandungi asid folik yang dapat membantu dalam penghasilan sperma sihat.


Vitamin E

Vitamin E memainkan peranan yang besar dalam penghasilan sperma. Jika diet anda kekurangan vitamin E, ini mungkin akan menyebabkan penghasilan sperma  kurang dari yang sepatutnya, dan ini memberi impak kepada keseburan. Broccoli, kekacang and biji bunga matahari merupakan sumber vitamin E yang tinggi dan terbaik.


Selenium

Selenium adalah sejenis mineral, bukan vitamin. Ia dipercayai mempunyai peranan yang penting dalam menjaga kesihatan sperma apabila sperma dihasilkan. Selenium menghalang pengoksidaan sperma dan ini membawa kepada kesihatan sperma yang lebih baik dan lebih kuat. Ini adalah dua faktor yang penting untuk membolehkan  sperma boleh berenang jauh untuk proses persenyawaan.


Vitamin B Complex

Vitamin B complex mengandungi vitamin B12 yang telah diketahui dapat meningkatkan jumlah sperma semasa 'ejaculation'. Lebih banyak sperma maka lebih tinggi peluang untuk berlakunya persenyawaan. Antara makanan yang kaya dengan vitamin B12 adalah Oysters (tiram), daging, salmon, ketam and cereal whole grain.


Zinc 

Zinc adalah satu lagi mineral yang didapati memainkan peranan yang tinggi dalam kesihatan sperma dan kesuburan lelaki secara keseluruhan. Zinc mempunyai kebolehan dalam menggabungkan DNA, RNA dan protin untuk meransangkan pembentukan sel. Ia juga mampu mengaktifkan lebih 200 enzim dalam tubuh badan untuk memelihara metabolisma gigi dan pertumbuhan para remaja.

Zinc juga mampu meningkatkan kemampuan lelaki dan meninggikan kiraan sperma. Banyak fungsi zinc ni untuk lelaki.. (Haii, nak tulis pun tak best.. serious nak tahu Pm saja la...) Apa pun, kekurangan zinc boleh membawa kesan negatif pada kesuburan lelaki dan seterusnya boleh memjejaskan peluang untuk mengandung.

Makanan yang kaya dengan zinc adalah Oysters (sebab tu kalau tengok movie orang puteh, mesti makan oyster kalo nak hmm...). Selain dari tu zinc boleh juga didapati dari kacang, biji bunga matahari, liver dan pada dark chocolate!

Kebanyakkan doktor akan mencadangkan vitamin2 ni bagi kaum lelaki mahupun perempuan untuk tujuan nak pregnant. Juga terdapat banyak dijual di farmasi... Tapi kalau nak yang semulajadi, selamat dan berkesan.. Hmmm pilihlah Shaklee ya...

Vitamin C, Zinc Complex, B complex dan Vitamin E complex
(Vitamin E complex adalah gabungan Selenium dan Vitamin E)

Namun jika kaum lelaki diluar sana tu malas nak makan banyak vitamin (he he he) memadai untuk mengambil Vitamin E Complex dan Zinc complex sahaja ya...

Ok sekian sahaja ya untuk hari ni.. Semoga ni memberi info pada semua....

Interested dengan mana-mana produk Shaklee???.. hubungi saya di..

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com

SMS: 0122395501

Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL

Atau like kat Fan Page: HEALTHY BY NATURE



**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


No comments:

Post a Comment