Monday, 17 December 2012

Pemakanan Semasa Laktasi (Menyusukan Anak)

Saya mendapat banyak komen dari beberapa pihak mengatakan saya sekadar menjual produk atas keuntungan... Mereka kata tidak perlu makan supplement ni kalau menyusu... 
Saya sangat2 setuju dengan kata mereka, memang ramai yang tidak makan supplement pu tapi berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun... 

Namun pengalaman saya sendiri, seorang suri rumah, memamng sudah sangat saya nak memenuhi keperluan pemakanan saya. Kadang-kadang saya dahulukan anak-anak, masak untuk mereka dulu, bila tiba nak masak untuk diri sendiri, kadang kala masak cincai2 saja. Sehingga saya rasa kesihatan saya terjejas sebab ni... Sebab inilah saya ambil supplement... Dan sebab inilah juga saya share kebaikan supplement  ni pada semua orang, memanglah nak bisnes jugakan.

Jika anda adalah ibu menyusukan anak, ini adalah garis panduan pemakanan seorang ibu sepanjang masa laktasi... 


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengapakah Pengambilan Makanan Yang Seimbang Penting Semasa Menyusukan Bayi ?
Ini adalah kerana :
  • Untuk membekalkan diet yang mencukupi bagi menggantikan simpanan tenaga yang berkurang semasa menyusu bayi
  • Bagi menggalakkan pemberian dan penghasilan susu badan yang mencukupi untuk perkembangan bayi
  • Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal ( iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung)
  • Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal ( iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung)
Apakah Panduan Asas Pemakanan Semasa Saya Menyusukan Bayi?
  • Kepelbagaian - Hendaklah makan dari semua kumpulan makanan makronutrien dan mikronutrien
  • Mengikut porsi - Digalakkan meningkatkan pengambilan makanan dari kumpulan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh.
  • Kesederhanaan - Mengehadkan pengambilan kuantiti makanan yang mengandungi tinggi lemak tepu, kolesterol, gula, garam dan alkohol
  • Aktiviti - Menyeimbangkan aktiviti fizikal dan pengambilan diet dalam seharian
Berapa Banyakkah Penambahan Kuantiti Makanan Dalam Diet Sehari Perlu Di ambil?


Paras Piramid Makanan
 Contoh Sumber Makanan Bagi Satu Hidangan
Paras 1: Bijirin, hasil bijirin dan roti
Saranan sukatan: 12 hidangan/sehari

Satu hidangan Bijirin:
  • ½ cawan nasi
  • ½ cawan mi/mihun/pasta
  • ½ tosai
  • ⅓ capati
  • 1 keping roti (putih/gandum)
  • 1 cawan bubur nasi kosong
  • 3 biskut tawar
  • 3 sudu makan oat (tidak dimasak)


Paras 2 : Buah dan Sayur
Saranan sukatan: 3 - 4 hidangan/sehari

Satu hidangan Sayur : (3 - 4 hidangan) /sehari
  • ½ cawan sayur berdaun hijau (sudah dimasak)
  • 1 cawan sayur berdaun hijau atau ulam (belum dimasak)
Satu hidangan Buah : (3 - 4 hidangan) /sehari
  • 1/2 biji jambu, mangga
  • 1 biji pisang, epal, lai, pir, oren pear, orange
  • 1 potong betik, nenas, tembikai
  • 3 biji kurma
  • 4 ulas nangka, cempedak 8 biji langsat, longan, anggur


Paras 3 : Ikan, Ayam, dan Daging
Saranan sukatan : 5 hidangan/sehari

Satu hidangan Ikan, Daging, Ayam:
  • ½ ketul paha ayam (saiz sederhana)
  • ½ ekor ikan kembung (saiz sederhana)
  • 2 ketul daging tanpa lemak (saiz kotak mancis)
  • 1 biji telur
Paras 4 : Susu dan Hasil Tenusu
Saranan sukatan : 3 hidangan/sehari

Satu hidangan Susu dan Produk Susu
  • 1 gelas susu (250ml)
  • 4 sudu makan susu tepung
  • 1 cawan dadih
  • 1 keping keju
Paras 5: Minyak, Garam dan Gula
Saranan sukatan : Kurangkan





Apakah Kumpulan Makanan Yang Perlu Saya Makan Lebih Semasa Menyusukan Bayi?

Perlu meningkatkan pengambilan makanan yang bersumberkan bahan nutrien seperti :
Kalsium
Sumber : susu, produk kacang soya, keju, dadih dan sayuran hijau. Pilihla produk yang diperkaya dengan kalsium. Kalsium suplemen di sarankan bagi ibu yang kurang pengambilan diet
Vitamin A
Sumber : hati, sayur berdaun gelap, buah dan sayur berwarna oren
Vitamin B Kompleks
Sumber: ikan, daging tanpa lemak, susu dan hati Suplemen perlu di sarankan bagi ibu mempunyai simpanan vitamin B komples yang rendah (terutamanya ibu yang mengamalkan vegetarian)
Vitamin C
Sumber :buah–buahan (oren, betik, kiwi) Tambahan suplemen tidak perlu bagi ibu yang mengambil makanan seimbang mencukupi


Adakah Perlu Mengambil Suplemen (Makanan Tambahan) Dalam Diet ?
  • Bagi ibu yang mengambil makanan mengikut saranan panduan pemakanan semasa laktasi, suplemen tidak diperlukan.
  • Tetapi, terdapat ibu menyusu yang perlu mengambil nutrien tambahan (suplemen) bagi memenuhi keperluan nutrien khusus, jika pengambilan diet tidak mencukupi.
  • Perlu diketahui, suplemen tidak boleh menggantikan hidangan makanan yang tetap.
  • Suplemen boleh diambil menurut nasihat Doktor atau Pegawai Dietetik
Bagaimana Pula Dengan Pengambilan Cecair Semasa Menyusukan Bayi?
  • 87 % daripada susu ibu adalah air.
  • Di sarankan 8 – 10 gelas air setiap hari dan di galakkan minum segelas air setiap kali menyusukan bayi.
  • Anda juga boleh mengambil jus, susu, sup dan teh herba.
  • Minum lebih air bila bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.
Adakah Saya Perlu Berpantang Mengambil Makanan Selepas Bersalin?


  • Adakah Saya Perlu Berpantang Mengambil Makanan Selepas Bersalin?
    • Makanan 'sejuk' - kangkung, tauge, kubis, timun, betik,nangka
    • Makanan 'panas' - telur, ayam, daging, organ dalaman
    • Makanan 'berangin' - teh, sayuran berkanji
    • Makanan 'tajam' - nanas
    • Makanan beracun - makanan laut dan kebanyakan jenis ikan
  • Tradisinya, para ibu akan mengelak mengambil makanan 'sejuk' dan digalakkan mengambil makanan 'panas' semasa berpantang.
  • Kesimpulannya, berpantang ini adalah hanya mengikut kepercayaan. Ibu yang menyusu dinasihatkan jangan hanya mengambil makanan daripada satu kumpulan sahaja
  • Hendaklah pelbagaikan makanan seimbang terutama dari kumpulan buah dan sayur yang membekalkan serat, vitamin dan mineral yang penting bagi tubuh badan.
(Sumber: myhealth.gov.my)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi ibu2, jelas sekali supplement ni sekadar memenuhi keperluan nutrien... Ia membantu mengisi lopong-lopong diet bagi menggantikan simpanan tenaga yang berkurang semasa menyusu bayi. Juga meningkatkan imun sistem agar tubuh badan sihat selalu. Dengan itu, proses penghasilan susuibu lebih lanca...

Namun jika anda antara yang tidak dapat memenuhi keperluan makanan yang disarankan dan ingin menambah supplement dalam diet harian.. Inilah yang saya dan ramai ibu-ibu ambil...




 Jika anda berminat mana-mana produk Shaklee atau nak tanya pasal membership, boleh contact saya ya:-



EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  

Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Healthy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Thursday, 13 December 2012

ANAK SEMBELIT

Memang sedih bila melihat anak cuba nak 'poo-poo' hingga muka mengerut namun tidak juga berhasil. Pastu berkali-kali lagi tu.. Kalau anak yang masih kecil lagi, di bawah 2 bulan, lagilah berat hati...



Inilah antara cabaran seorang ibu dalam membesarkan anak.. Dua-dua anak saya pun pernah melalui masalah ini. Yang sulung tu berlaku bila berusia 1 bulan lagi. Anak no 2 pula pada usianya setahun setengah. Antara penyebab sembelit ni adalah:-

  • Pengenalan kepada makanan pejal - Ini berlaku kerana sistem pencernaan baby masih baru lagi dalam pencernaan makanan pejal
  • Diet pemakanan yang rendah serat/fiber
  • Anak kurang minum air 
  • Kesesuaian susu formula


Terdapat beberapa cara natural untuk mengelak dan merawat sembelit ni.

Bersenam 
Jika anak dah boleh merangkak, galakkan baby merangkak. Jika yang dah boleh berjalan, berlari ajaklah anak buat aktiviti yang melibatkan pergerakkan badan. Bagi anak yang masih kecil lagi, masaj perut baby ikut bulatan arah jam dan buat gerakan basikal pada kaki baby.


Kesesuaian Susu Formula
Tanya pendapat doktor berkenaan susu formula yang diberikan. Mungkin ada kandungan yang tidak bersesuaian dengan  baby


Diet Pemakananan
Jika anda memberi nasi bubur atau cereal pada baby, cuba tambah buah-buahan dan sayuran yang dikisar 'puree'. Pilih buah atau sayuran ikut kesesuaian umur baby ya. Galakkan anak makan buah, buat jus buah dll.


Pastikan baby minum cukup air
Ini adalah bagi anak yang sudah mula makan pejal ya. Baby 6 bulan kebawah tidak wajar diberi minum air. Galakkan anak minum air dengan mengisi air pada botol kegemaran mereka. Setkan masa seperti setiap satu jam perlu minum air. Jika boleh, penjaga juga minum untuk menggalakkan anak lagi.


 Itulah beberapa cara merawat sembelit ya.. Pengalaman saya dengan anak sulung, masa tu umur baby baru 1 bulan, atas nasihat doktor, saya terpaksa tukar kepada susu formula khas untuk baby sembelit. Saya guna formula tu selama sebulan, lepas tu tukar kepada formula yang diminum sebelum masalah sembelit tu.. Ok je...

Anak kedua pula, berumur setahun setengah, mula2 saya bagi ubat yang masuk kat 'bum-bum' baby. Sehari je ok.. esoknya masih lagi sembelit... saya bagi makan buah tembikai dan bagi minum jus. Saya juga lumatkan bayam dan campur dalam nasinya. Tambahan pula, saya sentiasa pegang botol air.. ada saja kesempatan bagi minum khasnya semasa dia bermain.. Beberapa hari dah ok....

Setakat ni je la hari ni... Jika anda memberi supplemen atau vitamin pada anak, pastikan mereka minum banyak air ya agar vitamin diserap dengan baik..

Jika anda berminat mana-mana produk Shaklee atau nak tanya pasal membership, boleh contact saya ya:-


EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.





Wednesday, 12 December 2012

COLLAGEN POWDER SHAKLEE: Lebih dari sekadar Kolagen....

Memang banyak produk kolagen di pasaran sekarang.. Shaklee pun ada produk kolagen.. Mahal atau murah?? Saya ingin katakan ia setanding dengan kualiti dan keberkesanannya..

Kolagen shaklee diperbuat dari sisik ikan merah.. Kenapa ikan merah? Kerana:

Ikan merah boleh hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5000m.
Ini kerana ikan merah mempunyai kekuatan untuk menampung tekanan air yang tinggi, menjadikan ia sumber kolagen yang sangat lasak

  • Sangat lasak dan elastik
  • Kepaduan sel yang sangat tinggi
  • Kapasiti dalam mengekalkan kelembapan
  • Jisim molekul yang sangat rendah

Ini menyebabkan jisim molekul kolagen shaklee sangat rendah dan ini senang diserap dengan berkesan didalam usus dan seterusnya disalurkan ke dermis kulit.

Namun itu hanyalah ingridient utama kolagen Shaklee... Sebenarnya ia lebih dari sekadar kolagen ikan...

Untuk mendapatkan kulit yang tegang, kulit perlu mengekalkan kelembapannya. Ini memerlukan asid hialuronik yang mampu menahan air yang banyak. Shaklee menyediakan 7 ramuan untuk membantu kolagen bertindak dengan lebih berkesan untuk mendapatkan kulit mendapat KEANJALAN, PENGHIDRATAN dan ANTIOKSIDAN.



Keanjalan: Menyokong pembentukan tisu penyambung pada kulit

1) Kolagen Ikan - Membekalkan kolagen agar kulit lebih elastin dan lebih anjal

2) Ekstrak Kulit Kerangan Laut - Selain menganjalkan kulit, ia juga mengandungi glukosamia sebagai bahan pelincir bagi sendi, menghidrat mata & melegakan keselesaan mata

3) Lactobacillus Acidophilus - Sejenis probiotik atau bakteria yang baik yang meningkatkan penyerapan pada usus. Ini mambantu meningkatkan penyerapan kolagen.


Penghidratan : Satu kombinasi yang menyokong penghasilan kolagen dan asid hialuronik

4) Ekstrak biji Camellia Japonica - Mengandungi asid oleik dan isoflavon. Ini membekalkan nutrisi dan penghidratan untuk kulit

5) Ekstrak Pfaffia: Digunakan secara traditional untuk merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon dan meningkatkan tenaga batin. Juga meningkatkan prestasi dan tenaga.


Antioksidan: Membekalkan nutrisi untuk menghasilkan kolagen dan melawan radikal bebas

6) Vitamin C - Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit

7) Vitamin B2, B6 - Bergabung dengan karbohidrat, lemak dan metabolisme protin umtuk membekalkan tenaga yang penting dalam penghasilan kolagen didalam sel tubuh.


Itulah kelebihan Collagen Powder Shaklee. Bila makan ni, ia bukan sahaj kolagen tapi ia membekalkan nutrisi yang diperlukan untuk menghasilkan kolagen kulit. Ini lah yang membuatkan ia  mempunyai penyerapan yang unggul dan keberkesanan yang tinggi.

Ini adalah beberapa testimoni pengguna kolagen Shaklee...












Berminat??? Contact saya ya:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, 9 December 2012

BREASTFEEDING DAN MENGEPAM: 7 Tips untuk sukses

Penyusuan susuibu adalah satu komitmen - usaha anda memang berbaloi.

-Mayo Clinic




Penghasilan susuibu adalah berasaskan kepada konsep 'supply and demand'. Lebih banyak baby anda menyusu - atau pam ketika baby berjauhan dengan anda - lebih banyaklah susu akan terhasil. Disini disenaraikan 7 tips untuk menjayakan pengepaman.

1. Relax

Stress dapat menghalang keupayaan natural tubuh badan untuk mengeluarkan susuibu dari breast.  Cari tempat yang tidak bising untuk mengepam. Massage breast dan cuba fikirkan tentang baby, lihat gambar baby atau dengar muzik yang buat anda relax..

2. Kerapkan Mengepam

Lebih banyak anda mengepam, lebih banyak susu akan dihasilkan - terutamanya bila anda menggunakan pam yang tinggi kualitinya. Cuba pam selama 15 minit setiap beberapa jam (kalau boleh 2 jam). Cuba gunakan double pam sebab ini akan memberi ransangan pada kedua-dua breast secara serentak. Ini juga membantu meningkatkan penghasilan susuibu dan mengurangkan masa mengepam berbanding single pump.

3. Bila Baby Bersama Anda, Breast feed la secara direct apabila baby lapar

Lebih banyak anda menyusukan anak secara direct, lebih banyak susuibu akan terhasil apabila anda mengepam. Bergantung kepada jadual anda, cuba susukan baby dengan lebih kerap pada waktu petang, awal pagi dan dihujung minggu. Jika boleh, sebaik saja balik dari tempat kerja, susukan baby secara direct.

4. Elakkan Memberi Formula (kecuali terpaksa)

Pemberian susu Formula akan mengurangkan permintaan baby kepada susuibu, dan seterusnya mengurangkan penghasilan susuibu. Untuk nak maintain supply susuibu, amat penting untuk mengepam setiap kali baby minum susu formula atau hasil perahan. Maksudnya setiap kali baby menyusu bukan secara direct, setiap kali itulah anda perlu mengepam...

5. Minum Banyak Air / Cecair

 Air, jus dan susu boleh membantu anda sentiasa hydrated. Kurangkan meminum soda, kopi dan lain-lain minuman berkaffein. Kaffein yang terlalu tinggi boleh menggangu tidur baby dan membuat baby kurang selesa.

6. Jangan Merokok

Kesan merokok boleh menggurangkan penghasilan susuibu. Ia juga mengubah rasa susuibu dan menggangu tidur baby. Perokok pasif juga kena ambil perhatian ya.. Sekiranya nak juga merokok, cuba elakkan merokok sebelum atau semasa menyusukan anak

7. Jagalah Diri Anda Sebaik Mungkin

Makanlah diet yang sihat, ni termasuklah pelbagai jenis buah, sayuran dan 'whole grain'. Cuba amalkan senaman setiap hari. Tidur bila baby tidur dan jangan segan untuk meminta pertolongan apabila anda perlukannya. Jika anda ingin mengambil ubat birth control, bincang dengan doktor mana satu yang sesuai. Sebab ada pil-pil ni menggandungi estrogen yang boleh menggangu penghasilan susuibu.


Itulah beberapa tips mudah untuk menjaya penyusuan direct dan pumping... Namun semua ni memerlukan komitmen yang tinggi.... Biarpun usaha para ibu hanya tahan beberapa hari atau bulan, saya tetap saya salute.. Sebab bukan mudah, sangat tinggi cabarannya....

Jika anda tengah mencari supplement untuk ibu menyusu....  Selamat untuk anda dan baby, dan mungkin boleh membantu melancarkan penghasilan susuibu.... Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-


EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, 4 December 2012

TIPS MENCEGAH KULIT 'SAGGY' (KENDUR)

Semakin tua usia kita, semakin menjadi-jadi masalah kulit 'saggy'...  Kulit 'saggy' terjadi apabila kulit muka mula kehilangan elastisiti apabila umur meningkat dan otot pada muka tidak berupaya memegang kulit muka seperti kita muda dahulu...
 
 
 
Ini adalah kesan dari pembentukan garis-garis muka dan kedut yang mana akan membentuk lipatan yang dalam dan akhirnya kulit menjadi 'saggy'...
 
Salah satu sebab kenapa terjadi begini adalah kerana kekurangan kolagen dalam tubuh kita. Terdapat banyak jenis kolagen dalam badan, tetapi semuanya membekalkan kekuatan struktur, sokongan dan keanjalan bagi tisu-tisu badan. Kolagen dalam tulang-tulang, tendon, otot-otot dan saluran darah. kolagen juga membantu menyokong ketegangan kulit. Semakin meningkat usia, semakin kurang kolagen dihasilkan oleh tubuh badan.
 

Beberapa Tips Mencegah Kulit Saggy

Cara terbaik untuk menghadapi kulit saggy ialah untuk memastikan bahawa anda ambil satu pendekatan proaktif dalam penjagaan kulit. Beberapa langkah-langkah mudah dapat membantu mencegah kulit 'saggy' dari awal usia lagi. Di sini ialah beberapa petua membantu mengekalkan ketengan kulit:


Pastikan sentiasa cukup hidrasi (hydrated)

Penting bagi orang dewasa minum sekurang-kurangnya 8 gelas air penuh satu hari. Air ialah pembersihan semula jadi kulit dan sistem tubuh badan. Air sentiasa bekerja untuk mengeluarkan toksin-toksin dan sisa buangan agar kulit jadi lembut dan sihat.

Lindungi diri anda dari Matahari

Kerosakan matahari ialah satu daripada sebab-sebab utama terjadinya tanda-tanda awal kulit 'saggy' dan kedut-kedut muka. Gunakan 'sunscreen' dengan penarafan SPF sekurang-kurangnya 15 jika anda merancang untuk mengadakan aktiviti luar lebih daripada 30 minit. Ini merupakan salah satu daripada senjata-senjata yang paling berkuasa terhadap kulit saggy dan bintik-bintik penuaan.

Jangan Merokok

Elakkan merokok. Merokok meningkatkan tanda-tanda penuaan dan boleh meningkatkan risiko tanda-tanda penuaan dan kulit 'saggy' yang nyata.
 
Amalkan Penjagan Kulit Yang Bersih

Pastikan muka dicuci dan dibersihkan selalu. Jangan masuk tidur dengan 'make up' kerana ini memberi stress pada kulit, menyebabkan pori-pori tersumbat dan menjadi infeksi, jerawat pun timbul. Basuh keseluruhan muka dengan pencuci lembut. Kunci utama di sini adalah untuk tidak menggosok atau mengikis dengan terlalu kuat semasa mencuci muka. Kesederhanaan merupakan kunci untuk mencapai keputusan-keputusan jangka panjang yang baik.

Pemakanan


Pemakanan sihat membantu dalam pembentukan kulit yang cantik. Banyakkan pemakanan sayuran dan buah-buahan kerana ia mengandungi antioksidan, vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan kulit. Protin juga antara vitamin yang membantu pengingkatan kulit.


Jika anda berminat untuk menggambil supplement, PM saya ya.. Terdapat banyak supplement dari produk Shaklee untuk menyokong kesihatan kulit. Ini termasuklah Collagen Powder...
 
 
 
Secara ringkasnya:
 
  • Collagen Powder Shaklee bermolekul yang sangat rendah, 1000 Dalton
  • Mudah diserap
  • Membantu peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan lebih berkesan
  • Gabungan 7 bahan utama untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS, menyokong kecantikan dari dalaman dan luaran
 
Kesan dan faedah mengambil Collagen Powder
 
  • anti penuaan - menggurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan
  • menghidratkan - melembapkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan terkupas pada muka
  • mengembali keanjalan, ketegangan dan kelembutan kulit
  • melicinkan - meningkatkan kelicinan kulit
  • menyuburkan - menggalakkan kuku yang kuat, rambut tebal dan bersinar
  • mencerahkan - mencerahkan pigmen, jerangat dan meratakan tana kulit
  • menegangkan - membantu menegangkan dan menganjalkan payudara
  • Menyokong kesihatan sendi danmenguatkan tulang
  • Membantu mengekalkan otot pada mata

Disarankan bahawa collagen tidak sesuai untuk diminum oleh ibu menyusu dan mengandung, Namun jika nak, boleh digunakan sebagai MASKER...

Bagi ibu menyusu, boleh amalkan vitamin lain untuk kecantikkan kulit dan imbuhan pada nutrisi susuibu.. Klik Disini jika andan masih tercari-cari supplement untuk ibu menyusu...

Saya pengedar sah produk Shaklee.. Saya membuat penghantaran keseluruh Malaysia. Jangan segan untuk menghubungi saya untuk maklumat yang lebih lanjut ok....

 Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



 

Monday, 3 December 2012

DIET YO YO: Kitaran Diet Yang Ditakuti

Seringkali apabila kita ingin turunkan berat badan, kita akan mula kurangkan pemakanan harian kita. Selalunya kita tidak sedar pemakanan kita tersebut menyebabkan diet kita gagal. Mula-mula nampak penurunan, tetapi bila dah kembali ke diet asal, berat naik badan naik lagi....  Ini mungkin kerana:

-Kekurangan  Nutrisi
-Sukar untuk diikuti
-Kadar metabolisma menurun


Kitaran diet yang ditakuti

Apabila kita amalkan diet untuk menurunkan berat badan, ditakuti kita kehilangan lemak dan otot. Otot membakar lebih banyak lemak apabila kita dalam proses menurunkan berat badan. Apabila kita kehilangan otot, kita akan kehilangan keupayaan untuk membakar lemak, dan merendahkan kadar metabolisma kita.

OTOT = METABOLISMA

Bila kita rasa jemu dan kembali kepada pemakanan asal kita, tidak lagi menjaga pemakanan harian, maka tubuh badan tidak dapat membakar lemak seperti sebelumnya.. Ini menyebabkan berat badan kita mungkin akan bertambah berat pula. Kitaran ini berulang setiap kali kita meneruskan diet. Inilah yang dinamakan kesan yo-yo...



Antara celebriti yang telah melalui diet yo yo....



Sebab inilah Shaklee memperkenalkan Cinch Inch Loss Plan


Konsepnya:
1) Mengekalkan jisim otot tanpa lemak
2) Menghilangkan berat daripada lemak
3) Diperkaya dengan Leucine

Secara ringkas:
-Membantu mengawal lapar
-Meningkatkan tenaga
-Menyokong metabolisma
-Membekalkan 24 jenis vitamin dan mineral
-Memebekalkan Fiber


Cinch Inch Loss Plan membantu memecahkan kitaran diet agar 
    
KEEP MUSCLE YOU HAVE
BURN FAT YOU DON'T NEED
LOSE INCHES YOU DON'T WANT

Ini merupakan kumpulan supplement untuk menurunkan berat badan.. Jika tidak mampu untuk amalkan kesemua supplement ini, mulakan dengan Cinch Mix, Herb lax dan Lecithin... Atau Set Slim Asas Budget.. PM saya untuk info..



 Mari lihat Testimoni......



Mari baca pula artikel dari Majalah....




Nak cuba?? Contact saya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Sunday, 2 December 2012

Anak Enggan Makan