Thursday 13 December 2012

ANAK SEMBELIT

Memang sedih bila melihat anak cuba nak 'poo-poo' hingga muka mengerut namun tidak juga berhasil. Pastu berkali-kali lagi tu.. Kalau anak yang masih kecil lagi, di bawah 2 bulan, lagilah berat hati...



Inilah antara cabaran seorang ibu dalam membesarkan anak.. Dua-dua anak saya pun pernah melalui masalah ini. Yang sulung tu berlaku bila berusia 1 bulan lagi. Anak no 2 pula pada usianya setahun setengah. Antara penyebab sembelit ni adalah:-

  • Pengenalan kepada makanan pejal - Ini berlaku kerana sistem pencernaan baby masih baru lagi dalam pencernaan makanan pejal
  • Diet pemakanan yang rendah serat/fiber
  • Anak kurang minum air 
  • Kesesuaian susu formula


Terdapat beberapa cara natural untuk mengelak dan merawat sembelit ni.

Bersenam 
Jika anak dah boleh merangkak, galakkan baby merangkak. Jika yang dah boleh berjalan, berlari ajaklah anak buat aktiviti yang melibatkan pergerakkan badan. Bagi anak yang masih kecil lagi, masaj perut baby ikut bulatan arah jam dan buat gerakan basikal pada kaki baby.


Kesesuaian Susu Formula
Tanya pendapat doktor berkenaan susu formula yang diberikan. Mungkin ada kandungan yang tidak bersesuaian dengan  baby


Diet Pemakananan
Jika anda memberi nasi bubur atau cereal pada baby, cuba tambah buah-buahan dan sayuran yang dikisar 'puree'. Pilih buah atau sayuran ikut kesesuaian umur baby ya. Galakkan anak makan buah, buat jus buah dll.


Pastikan baby minum cukup air
Ini adalah bagi anak yang sudah mula makan pejal ya. Baby 6 bulan kebawah tidak wajar diberi minum air. Galakkan anak minum air dengan mengisi air pada botol kegemaran mereka. Setkan masa seperti setiap satu jam perlu minum air. Jika boleh, penjaga juga minum untuk menggalakkan anak lagi.


 Itulah beberapa cara merawat sembelit ya.. Pengalaman saya dengan anak sulung, masa tu umur baby baru 1 bulan, atas nasihat doktor, saya terpaksa tukar kepada susu formula khas untuk baby sembelit. Saya guna formula tu selama sebulan, lepas tu tukar kepada formula yang diminum sebelum masalah sembelit tu.. Ok je...

Anak kedua pula, berumur setahun setengah, mula2 saya bagi ubat yang masuk kat 'bum-bum' baby. Sehari je ok.. esoknya masih lagi sembelit... saya bagi makan buah tembikai dan bagi minum jus. Saya juga lumatkan bayam dan campur dalam nasinya. Tambahan pula, saya sentiasa pegang botol air.. ada saja kesempatan bagi minum khasnya semasa dia bermain.. Beberapa hari dah ok....

Setakat ni je la hari ni... Jika anda memberi supplemen atau vitamin pada anak, pastikan mereka minum banyak air ya agar vitamin diserap dengan baik..

Jika anda berminat mana-mana produk Shaklee atau nak tanya pasal membership, boleh contact saya ya:-


EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.





No comments:

Post a Comment