Wednesday 27 February 2013

Asma - Omega 3 bantu cegah

Rata-rata bila saya bertanya nasihat pada kaum ibu yang mempunyai anak mengidap asma, nasihat mereka lebih kurang sama:-




1) Jangan bagi anak sejuk. Sapu vicks pada hadapan, tepi, belakang dada.
2) Kesihatan anak perlu dijaga. Jika anak selalu selsema maka itu antara penyebab serangan asma
3) Bagi supplement seperti multivitamin, vitamin c dan minyak ikan.
4) Bagi anak belajar berenang
5) Jika anak mengguna inhaler, bagi inhaler sebelum serangan asma menjadi teruk.



Sememangnya bila dibaca, kita dapat simpulkan bahawa asma tidak ada ubatnya selain dari pencegahan. Saya ingin menarik minat anda tentang pencegahan melalui supplement minyak ikan.

Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.
Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.



Asma ni tidak berjangkit, cuma ia boleh diwarisi. Kanak-kanak lah yang mempunyai risiko tinggi.

Berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat lebih daripada 100 juta penghidap asma di seluruh dunia.
Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun.
Didapati juga asma adalah penyebab utama kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana sakit.

Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut.
Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan masalah pernafasan.
Hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan.
Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil.
Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.
Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA).
Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya.
Antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel.

Sumber: UtusanOnline
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sememangnya sudah terkenal pada para ibu dalam memberi anak mereka supplemen minyak ikan. Bahkan kini ramai ibu mengandung dan menyusu mengamalkan supplemen minyak ikan untuk kesihatan dan perkembangan anak mahupun masih dalam kandungan lagi.

Saya kenal seorang makcik ni, anaknya hingga berusia 18 tahun mempunyai masalah asma ni. Makcik ni kata dia tak pernah memberikan inhaler pada anaknya. Beliau memberikan supplement minyak ikan pada anaknya. Selain dari itu Beliau juga sapu pada dada anaknya. Tidaklah asma tu hilang tapi sekurang-kurangnya dari tahap kronik telah berkurang serangannya.

Jika anda ingin, mencuba supplemen minyak ikan dari Shaklee ini rupanya ya...





Sekian sahaja untuk hari ni.. Semoga diberkati selalu dan Salam Mesra.....

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


No comments:

Post a Comment