Wednesday 20 February 2013

PENGAWALAN KOLESTROL

Tahap Kolestrol kini menjadi satu kerisauan khasnya pada golongon yang sudah berumur. Jika saya bercerita berkenaan kesihatan dengan beberapa kawan yang sebaya dengan saya, ramai yang takut tahap kolestrol tinggi walaupun mereka belum lagi membuat pemeriksaan kolestrol. Jika nak order makanan di restoren, mesti cakap, udang biar seorang makan satu je, kolesterol tinggilah...

Ramai yang mencari vitamin atau suplemen terlebih dahulu sebagai pencegahan.




PENGAWALAN KOLESTEROL; APA YANG BOLEH MEMBANTU???


Makanan Seimbang dan Aktiviti Fizikal

Makanan seimbang yang disertai dengan aktiviti fizikal merupakan aspek yang harus diutamakan dalam usaha menangani kebanyakan penyakit masyarakat masa kini. Mungkin kita sudah jemu mendengar cadangan ini, namun percayalah ia masih relevan dan terbukti berkesan hingga kini.

Kebanyakan daripada kawan-kawan yang beragama Islam boleh melihat perubahan yang positif selepas sebulan berpuasa. Penurunan berat badan atau perut yang lebih kempis antara kesan yang sering diperolehi. Namun, selepas berhari raya selama sebulan,  ramai juga yang akan mengeluh keadaan kembali kepada asal. Begitu juga dengan masalah kesihatan lain seperti diabetes dan kolesterol.

Makan secara berlebihan, tidak terkawal dan tidak sihat memang agak sukar untuk ditolak.  Makanan yang sedap-sedap seperti kek, pelbagai biskut, kuih-muih banyak mengandungi lemak trans akan meningkatkan pengambilan lemak yang tidak sihat. Tidak terkecuali hidangan lain seperti rendang ayam, daging, sate yang rata-ratanya mengandungi kolesterol dan lemak tepu yang sukar ditentukan kandungannya. Oleh yang demikian, hadkan pengambilannya dan makanlah secara sederhana.


Supplement Untuk Pengawalan Kolestrol


Selain pengawalan dalam pemakanan, mengambil suplemen untuk mengawal kolesterol mungkin berbaloi untuk dipertimbangkan. Antara yang telah dikaji dan disyorkan adalah Red Yeast Rice yang mengandungi sejenis statin semula jadi hasil dari penapaian beras dan yis merah. (Sumber: UtusanOnline - saya tak jual beras ni ya)

Kita dinasihatkan agar menjauhi pengambilan lemak berbahaya, sebaliknya pengambilan lemak baik seperti asid lemak omega-3 akan memberi manfaat kesihatan.

Asid lemak omega-3 tergolong dalam kumpulan asid lemak yang diperlukan tetapi tidak boleh dihasilkan tubuh. Kita perlu memperolehinya daripada makanan. Bagi masalah kolesterol, pengambilan asid lemak omega-3 seharusnya diambil sebagai suplemen harian kerana ia membantu dalam mengawal peningkatan kolesterol.

Hasil kajian menunjukkan bahawa pengambilan kombinasi Red yeast rice dan asid lemak omega-3 dengan dos yang sesuai boleh bantu mengawal peningkatan kolesterol setara dengan pengambilan ubat anti kolesterol.

Asid lemak omega-3 daripada ikan atau suplemen minyak ikan boleh membantu mencegah masalah jantung di kalangan individu yang sihat dan juga bermanfaat kepada mereka yang sudah ada penyakit jantung. Asid Eikosapentaenoik (EPA) dan Asid Dokosaheksaenoik (DHA) yang terkandung dalam minyak ikan dari kumpulan omega-3 dibuktikan bermanfaat kepada jantung dengan menstabilkan plak pada arteri dan tekanan darah.

Amalan pengambilan minyak ikan juga diketahui mengurangkan risiko aterosklerosis; iaitu pembekuan arteri akibat pemendapan lemak, serangan jantung dan kegagalan jantung. Sumber omega-3 yang baik termasuklah salmon, sardin, trout, herring dan beberapa lagi. Bagaimanapun, ramai yang mempertimbangkan pengambilan suplemen minyak ikan untuk memperolehi jumlah yang mencukupi untuk perlindungan jantung yang optimum.

Sumber Rujukan: UtusanOnline

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sememangnya minyak ikan sudah terkenal dalam membantu meningkatkan kesihatan semua golongan umur.. Mungkin anda tidak kenal tapi suda pasti anda pernah dengar Scott Emulsion, Cod's liver oil.. Ini semuanya supplement minyak ikan.. 
Di Shaklee pula, terdapat produk Minyak Ikan yang bernama OMEGAGUARD... Membekalkan minyak ikan yang terbaik...
 
 
 
 

Cara Penghasilan OmegaGuard:
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan...

Satu kapsul mengandungi:
Omega 3 fatty acids, EPA dan DHA 
 
Jika anda nak dapatkannya, cuba dapatkan di bulan February ni... ADA PROMOSI!!!!!!



Sekian sahaja untuk hari ni.. Semoga diberkati selalu dan Salam Mesra.....

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

No comments:

Post a Comment