Thursday 21 March 2013

KEMURUNGAN SELEPAS MELAHIRKAN ANAK


Perasaan murung atau 'Baby blues' selepas melahirkan anak adalah perkara yang biasa. Ia adalah sejenis  tekanan yang dirasaii dan selalunya berlaku pada masa dua minggu pertama selepas bersalin. Ia bukan sejenis penyakit ya.. 




SIMPTOM KEMURUNGAN

• Merasa tertekan
• Sukar tidur
• Tidak gemar melakukan aktiviti yang menyeronokkan
• Merasa serba kekurangan sebagai ibu
• Lesu
• Dan lain-lain lagi


PUNCA KEMURUNGAN

Punca sebenar kemurungan tidak diketahui. Ia dikatakan berkaitan dengan perubahan fizikal dan hormon yang dramatik semasa bersalin dan selepas melahirkan anak. Perubahan ini secara tidak lansung menyebabkan perubahan kimia dalam otak siibu, dan ini seterusnya menyebabkan kemurungan. Ditambah dengan perubahan rutin selepas baby dilahirkan, kurang tidur dan pengalaman semasa beranak, semua ini merupakan faktor yang mempengaruhi perasaan seorang ibu.


JAGA DIRI ANDA

Penjagaan diri merupakan cara terbaik untuk mengurangkan kemurungan. Cuba langkah-langkah berikut:-

Dapatkan tidur secukupnya
Kekurangan tidur boleh memburukkan lagi keadaan. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa kekurangan tidur menyebabkan pusat emosi dalam otak menjadi 60% lebih reaktif. Jadi, carilah masa untuk berehat. Melelapkan mata walau hanya sepuluh minit dapat menceriakan anda.


Luahkan perasaan anda dengan suami atau mereka yang boleh dipercayaii. 
Jangan malu untuk berkongsi perasaan anda dengan suami. Bila anda berkongsi apa yang anda rasakan, anda akan merasa kurang tertekan. Malah, anda boleh menyertai kumpulan sokongan. Kumpulan sokongan boleh membantu anda menangani perasaan tertekan dan meluahkan perasaan dan emosi anda dalam suasana yang berpendidikan dan sentiasa memberi sokongan.


Menangislah jika anda ingin. Jika anda rasa ingin menangis, menangislah sepuas hati. Menangis adalah satu bentuk komunikasi. Sama ada anda percaya atau tidak, menangis adalah satu terapi yang boleh membantu anda melegakan ketegangan dan tekanan. Menahan perasaan hanya akan memanjangkan kemurungan.


Makan makanan yang sihat. Apa yang anda makan boleh mempengaruhi mood anda. Hasil kajian menunjukkan bahawa makanan dengan kandungan omega-3 yang tinggi seperti kacang soya, walnut, tauhu dan sardin boleh menaikkan mood anda.

Sangat penting bagi anda tahu bahawa ini adalah perkara normal dan ramai ibu diluar sana yang melaluinya juga.
Jika kemurungan berterusan selepas dua minggu, kemungkinan anda mengalami sesuatu yang lebih serius. Ini dinamakan kemurungan postnatal. Segera dapatkan bantuan, jelaskan pada doktor tentang keadaan anda secara jujur. Jika perkara ini dibiarkan berlanjutan, ia boleh membawa kesan negatif dan memburukkan keadaan hingga menjejaskan pengalaman anda sebagai ibu. 

Ok sekian untuk hari ini.. Jika anda berminat dalam supplement yang sesuai untuk kemurungan mahupun yang lepas bersalin, sila contact saya ya;

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 


SALAM MESRA YA.....
Julie
HbN

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

No comments:

Post a Comment