Sunday 7 April 2013

BABY HANYA MENYUSU BELAH KANAN ATAU KIRI SAHAJA....

Salah satu soalan dari ibu breastfeed: Hi.. Susuibu saya tidak banyak. Tidak cukup untuk baby. Baby pula hanya menyusu sebelah breast sahaja.. Dia tak nak hisap belah yang satu lagi.. Supplement Shaklee boleh tak naikkan supply saya?



Kadang-kadang ada keadaan dimana bayi lebih suka menyusu satu belah breast sahaja. Baby akan menolak atau meragam bila kita tawarkan breast yang satu lagi.
Antara beberapa sebab kenapa baby akan menolak payudara adalah : 
-'let-down' adalah lebih perlahan atau terlalu kuat
-bekalan susuibu kurang
-Baby akan mula memilih breast yang mereka lebih selesa


KENAPA INI BERLAKU

Beberapa sebab kenapa ini berlaku kerana:

Perbezaan anatomi yang normal.  
Semua wanita mempunyai satu payudara yang mempunyai lebih banyak saluran aktif dan alveoli (kebiasaannya sebelah kiri, walaupun ada wanita yang mempunyai belah kanan, mana2 pun ia ada adalah normal). Sesetengah wanita juga mempunyai perbezaan antara kedua-dua areola / puting (leper, puting masuk ke dalam, bentuk / saiz berbeza). Ini membuatkan baby memilih breast yang lebih senang untuk mendapatkan susu.

Bayi lebih selesa
Ada bayi mempunyai pilihan tersendiri. Dari awal, bayi mungkin rasa lebih selesa apabila menyusu di breast yang sama sahaja. Mungkin cara kita pegang bayi membuatkan keselesaan ini.  Keselesaan ini membuatkan baby anda terus nak menyusu pada belah breast tu sahaja.

Keselesaan Ibu
Ibu (secara sedar atau tidak sedar) mungkin menawarkan satu belah breast lebih lama dari yang sebelah kerana ibu rasa lebih selesa. Ini membuatkan baby memilih breast tersebut.

Pembedahan atau kecederaan payudara
Jika satu payudara pernah dibedah atau cedera mungkin ini mempenggaruhi bekalan dan / atau aliran susu.

Jika didapati sejak lahir lagi bayi anda tidak mahu menyusu pada satu belah breast, dapatkan pemeriksaaan doktor. Mungkin terdapat kecederaan semasa lahir yang tidak dikesan dan ini mungkin menyebabkan bayi anda tidak selesa pada satu posisi.

Jika bayi tiba-tiba je mula menolak breast pada belah yang sama, ia boleh disebabkan oleh jangkitan telinga atau penyakit lain pada bayi yang membuatkannya tidak selesa bila menyusu pada posisi tersebut. Kecederaan yang dialami oleh bayi (atau sesuatu yang lain, seperti contoh bayi kena jarum imunisasi) juga boleh menjadi penyebab ketidakselesaan ini.

Selain dari itu, jangkitan payudara boleh juga punca kerana ia boleh membuat rasa susu masin

Walaubagaimanapun, kebanyakkan bayi menolak satu belah breast kerana aliran susuibu pada satu belah lebih cepat atau lebih perlahan, ini bergantung pada keselesaan bayi tersebut.


APA YANG BOLEH DIBUAT??

  •  Mulakan penyusuan bayi anda pada payudara pilihannya. Apabila 'let-down' berlaku, luncurkan bayi ke sisi lain tanpa mengubah kedudukan tubuhnya. Sebagai contoh, mulakan baby dengan pegangan 'cradle' dan kemudian luncurkan ke posisi 'football'.


    Salah satu cara adalah dengan mengubah posisi penyusuan.. 
    dari cradle hold kepada football position


  • Teruskan mencuba posisi lain

  • Tawarkan breast yang tidak digemari apabila baby baru bangun, separa tidur atau hampir-hampir nak tidur.

  • Susukan baby pada keadaan senyap dan samar-samar

  • Susukan belah ni dengan pergerakan mendodoi, atau berjalan, atau apa2 cara pergerakan yang baby selesa untuk tidur.

  • Sekiranya supply di sebelah breast adalah rendah, pam belah ni apabila baby menyusu di belah yang digemari.

  • Jika aliran adalah perlahan, cuba picit breast semasa menyusukan baby untuk melajukan aliran

Sekiranya anda telah mencuba segala diatas, namun baby masih lagi memilih, maka perlulah anda mengepam.. Anda boleh mengepam sambil menyusukan baby di sebelah breast yang digemari. Ingat, amat penting untuk terus berbuat begini untuk nak mantain supply kerana susuibu akan berkurang jika permintaan berkurang ya....

Sekian, moga memberi manfaat pada semua..
Jika anda ingin tahu berkenaan dengan supplement Shaklee yang popular dikalangan ibu menyusu, PM saya.. Consultasi yang detail akan saya berikan....


Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 


SALAM MESRA YA.....
Julie
HbN



**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease



No comments:

Post a Comment