Wednesday 24 April 2013

BENGKAK SUSU : APA NAK BUAT?

Ibu menyusu.... Pernah tak anda rasa breast anda keras, bengkak dan sakit sangat?? Sehingga kelihatan urat-urat hijau di breast anda seolah-olah nak meletup??? he he he...



Bengkak susu atau 'Engorgement' adalah masalah yang biasa dalam breastfeeding. Selalunya keadaan ini berlaku pada minggu pertama breastfeeding (baru nak mula breastfeed) dimana supply susuibu tengah nak adjust. Keadaan ini juga boleh berlaku jika anda 'termiss' bagi baby minum susu / breast tidak dikosongkan atau pada waktu malam hingga ke subuh dimana anda tidak menyusukan anak.

Biasanya bila terjadinya bengkak susu, nak pam pun susah.. Susu tak keluar. terasa seolah-olah ia tersubat atau susu menjadi keras. Hanya hisapan dari baby sahaja dapat menyelesaikan masalah ini.



Cuba amalkan beberapa petua untuk meredahkan bengkak susu.. Saya petik dari majalah PA MA...

1. Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

2. Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.

3. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.

Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

4. Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.

5. Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya.

6. Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).

7. Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).

8. Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.

9. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

10. Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.

Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan NASIHAT DARI DOKTOR.

Itulah beberapa petuanya ya.. Saya pun pernah mengalaminya... Baik dari minggu pertama breatfeed, semasa termisS nak bagi baby minum sebab pergi dinner, atau susu tak habis diminum oleh baby hingga jadi ketulan keras..  Namun saya dah cuba beberapa tips diatas dan hanya satu je yang mujarap.. BAGI BABY BREASTFEED....

Sekian untuk hari ni.. Berminat nak tahu pasal supplement sepanjang breastfeeding journey?? PM saya ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 


SALAM MESRA YA.....
Julie
HbN





**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

No comments:

Post a Comment