Friday, 24 May 2013

MASALAH RAMBUT GUGUR YANG TIDAK NORMAL

Hello... Hari ni nak share testimoni yang sangat-sangat mengembirakan....

Lihat gambar ni.....



Masalah: RAmbut gugur terlalu banyak (Tidak normal)
Usia Pengguna: hampir 40thn
Sejarah keluarga: Memang ada keturunan botak
Kisah kejadian:

Pengguna ni adalah seorang ibu yang telah melahirkan 2 orang anak. Masalah rambut gugur sebenarnya telah lama wujud. Rambut nampak menipis sejak usia menjangkau 30an.. Selepas melahirkan anak no. 2 beliau telah menyusukan anak. Lepas beliau berhenti breastfeed, didapati rambut gugur dengan banyaknya. sehingga atas lantai rumah pun banyak rambut kelihatan. Apalagi bila mencuci rambut... 

Sebenarnya beliau ni pengamal produk Shaklee sejak beberapa tahun lagi. Tapi set vitamin yang dimakan adalah set breastfeeding. Selepas berlakunya masalah abnormal ni, beliau menambah beberapa produk lagi. Memang jelas banyak perbezaannya.. Selepas beberapa minggu sahaja nampak anak2 rambut tumbuh terpacak. 

Sebenarnya gambar pertama diatas, kelihatan anak2 rambut yang sudah agak panjang, namun masih kelihatan botak tu sikit. Gambar ni diambil 3 bulan selepas mengambil produk shaklee untuk masalah keguguran rambut. Gambar no 2 tu pula adalah 3 minggu selepas gambar pertama... Anak-anak rambut telah menjadi panjang dan menutupi kebotakkan tu... Rambut yang gugur pun makin kurang katanya..
Biar masih nampak nipis, namun beliau cukup gembira dengan keputusan ini.

Apa produk yang digunakan?? Paling minimum yang perlu diambil adalah Zinc Complex.. Namun jika masalah sangat-sangat serius, mungkin perlu tambah lagi beberapa produk ya.. 

Jika anda ingin tahu produk yang lengkap dimakan oleh pengguna ini, PM saya ya...

Sekian dan salam sayang ya.....

Berminat nak tahu pasal supplement ni?? PM saya ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 






* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


Monday, 20 May 2013

SET BERPANTANG SHAKLEE: MEMBANTU MENANGANI KESAN STRESS

Terdapat banyak perubahan yang berlaku pada tubuh badan seorang wanita selepas melahirkan anak. Ada kalanya perkara seperti discaj varginal yang banyak, perubahan mood, pemulihan luka-luka jahitan, masalah sembelit boleh membuatkan seseorang itu jadi sangat stress. Terdapat ibu yang tidak dapat tidur dengan selesanya kerana sering teringatkan perkara-perkara yang perlu dilakukan.

Disinilah pemakanan menjadi sangat penting dalam membantu anda dalam menangani stress semasa berpantang disamping membekalkan tenaga harian anda. Kesan stress yang serius boleh menyebabkan penghasilan susuibu terjejas. Apabila anda stress, tubuh badan bekerja 2 kali ganda daripada biasa. Dan sudah tentu memerlukan lebih banyak nutrisi untuk tenaga dan pemulihan.

Dalam Set Berpantang Shaklee, ia merangkumi nutrisi yang sangat membantu dalam keadaan ini.
Set ini terdiri dari:

1) Vitalea - Multivitamin yang melengkapkan nutrisi harian untuk tahap kesihatan optimal. Telah terbukti membantu dari segi kesihatan imun, tulang, jantung, meningkatkan tenaga fizikal dan sebagainya.

2) Vitamin C - Selain membantu memulihkan luka, ia juga membantu dalam menangani kesan stress. Ia membantu menurunkan semula tekanan darah dan hormon costisol akibat stress tadi. Dalam kata lain, ia membantu menstabilkan tubuh badan kita semula disamping membantu menghindarkan penyakit serius.

3) B Complex - Vitamin ini sering dikatakan sebagai vitamin penenang atau 'anti stress vitamin'. Ia membantu mengurangkan kesan kemurungan, perubahan mood dan dalam meningkatkan tenaga. Vitamin ini sangat penting untuk penghasilan beberapa hormon yang membantu tubuh badan semasa stress.
Vitamin B6 yang terkandung dalam b complex merupakan nutrisi yang penting untuk penghasilan serotin kimia pada otak. Perubahan pada level serotin adalah atara penyebab 'mood swing' ini.

4) Zinc Complex  - Nutrien semulajadi yang mampu mengaktifkan 200 jenis enzim didalam tubuh kita. Ia juga mempercepatkan penyembuhan luka baik dari dalaman atau luaran. Juga membantu mengembalikan daya ketahanan uterus.

Saya sangat-sangat mengesyorkan untuk menambah Ostematrix dalam set berpantang ini. Ostematrix membantu dalam meringankan stress kerana ia mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa dan macam-macam lagi. Ia juga membantu masalah sembelit.

Itulah setiap satu penerangan tentang produk Set Berpantang Shaklee.. Jika nak meningkatkan susuibu tambah ESP...



Sekian dan salam sayang ya.....

Berminat nak tahu pasal supplement ni?? PM saya ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 





* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease







Wednesday, 15 May 2013

CANTIK DI PERTENGAHAN USIA.... GLA UNTUK MENCANTIKKAN KULIT TERMASUKLAH ECZEMA

Hai.... Selalu tak anda dengar pasal makanan tambahan EVENING PRIMROSE yang selalu dicadang kepada wanita terutamanya di pertengahan usia dan juga menopaus? Ia juga sangat-sangat popular untuk kesihatan kulit.


Minyak Evening Primrose atau dikenali ramai sebagai EPO merujuk kepada minyak yang diperolehi daripada biji tumbuhan yang bernama Evening Primrose.
Minyak ni sebenarnya tinggi kandungan Asid Gama Linolenik (GLA). Asid ni tergolong dalam asid lemak
omega-6 (asid lemak poli tak tepu). Pengambilannya popular di kalangan wanita ekoran hasil penyelidikan yang menunjukkan ia banyak memberi kesan positif ke atas masalah berkaitan wanita.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebelum saya meneruskan kebaikan GLA... Di Shaklee kami tidak mempunyai EPO tapi kami mempunyai GLA COMPLEX... diekstrak dari biji bunga Borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA berbanding EPO... 3 kali lebih berkesan......
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Asid-asid lemak poli tak tepu merupakan komponen penting pada dinding setiap sel kulit. Pengambilan yang mencukupi penting untuk menjadikan dinding-dinding sel lebih lembut dan mengurangkan kehilangan air. Kekurangan asid-asid lemak dalam diet akan menjurus kepada kulit kering, memandangkan dinding-dinding sel akan menjadi kurang berkesan dalam mengekalkan lembapan serta proses penyembuhan yang lemah.

Sebenarnya pengambilan GLA tidak hanya terbatas kepada wanita, tetapi juga lelaki disarankan di atas masalah-masalah tertentu. Penghidap ekzema contohnya seringkali mengalami kulit yang merah, radang, kulit pecah serta merekah dan berdarah. Kawasan lazim yang terjejas termasuklah muka, jari, jari kaki, siku, lutut serta mana-mana bahagian tubuh bagi kes-kes yang ekstrem. Kawasan yang terjejas akan terasa lebih kasar dan kering serta gatal. Bagi kebanyakan penghidap ekzema, kegatalan merupakan simptom paling teruk.


Asid-asid lemak perlu memainkan peranan penting dalam mengubah keadaan kulit seseorang melalui beberapa cara seperti:
"Ia mewujudkan lapisan kulit yang berkesan untuk mencegah kehilangan air. Dengan itu peningkatan paras asid-asid lemak poli tak tepu dalam kulit. Ini boleh mengurangkan kehilangan air dan memperbaiki masalah kulit termasuk kelembapan kulit.

"Pengambilan asid lemak poli tak tepu seperti GLA boleh meningkatkan paras Prostaglandin dan mengurangkan keradangan kulit (Prostglandin adalah bahan anti radang yang dihasilkan oleh tubuh apabila asid lemak mencukupi).

Hasil tindakan antiradang akan mengurangkan tompok kemerahan yang gatal pada kulit di kalangan penghidap ekzema. Kajian telah membuktikan perubahan dalam kelicinan kulit di kalangan mereka yang normal dan juga di kalangan mereka yang mempunyai kulit bermasalah.

Untuk masalah berkait kitaran haid, pengambilanya dicadangkan memandangkan asid lemak ini membantu mengawal penghasilan prostaglandin. Ia membantu mengurangkan kesan hipersensitiviti tisu-tisu tubuh terhadap paras prolaktin yang normal (sejenis hormon dalam tubuh wanita). Selain itu, penghidap artritis reumatoid juga memperolehi manfaat dengan pengambilan asid lemak perlu, terutamanya yang menggabungkan omega-3 dan omega-6.

Itulah beberapa kebaikan GLA ni pada kulit, banyak sebenarnya... Ini beberapa lagi kebaikannya ya....

                                                                 Klik gambar ya....


Sekian dan salam sayang ya.....

Berminat nak tahu pasal supplement ni?? PM saya ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 




* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Monday, 13 May 2013

PLACENTA MASIH DIDALAM RAHIM SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

Jika anda pernah membaca kisah saya melahirkan anak pertama, sudah pasti anda tahu kenapa saya menulis entry ni.. Saya tak tahulah jika yang tertinggal dalam rahim tu adalah placenta, namun pengalaman tu amat ngeri bagi saya... so, better share sikit info ni...



APA ITU PLACENTA MASIH DIDALAM RAHIM SELEPAS MELAHIRKAN ANAK?

Placenta masih didalam rahim selepas melahirkan anak atau 'retained placenta' adalah satu keadaan dimana semua placenta atau sebahagian placenta atau membran placenta tidak dikeluarkan dari rahim ibu pada peringkat ketiga dalam melahirkan anak.
Peringkat ketiga dalam proses melahirkan anak adalah proses dimana anda  melahirkan atau 'push' keluar placenta dan membran. Secara natural atau normal, proses ini mengambil masa 10 - 20 minit tetapi ada juga yang mengambil masa sehingga sejam. Ramai ibu yang telah experience nurse akan memicit-micit perut untuk membantu dalam proses pengeluaran placenta. Proses ini amat penting agar untuk mengelakkan pendarahan yang berat kelak.



KENAPA PLACENTA TERTINGGAL DALAM RAHIM BERLAKU?

Terdapat 3 sebab utama:-
  • Uterine Atony - bermaksud kontraksi uterus berhenti atau kontraksi tidak cukup kuat untuk memisahkan placenta dari dinding uterus
  • Trapped Placenta - Placenta telah terpisah dari rahim tapi terperangkap kerana cervix tertutup. Juga boleh berlaku jika salur 'cord' antara bayi dan placenta terputus.
  • Placenta Accreta - sebahagian placenta masih melekat pada dinding rahim kerana ia melekat dengan dalamnya pada dinding. Mungkin kecil sahaja membran atau fragmen placenta yang tertinggal, sebab itu doktor perlu meneliti placenta yang keluar.

Kewujudan fibroid atau cysts juga boleh menyebabkan sebahagaian placenta tertinggal dalam rahim. Adakalanya pundi kencing yang penuh juga boleh menyekat kelahiran placenta.


APA MASALAH AKAN BERLAKU?

Selalunya selepas melahirkan placenta, kontraksi uterus akan menurun/berkurang untuk menutup semua saluran darah dalam rahim. Jika sebahagian placenta masih terperangkap, uterus tidak dapat kontrak dengan betul, menyebabkan saluran darah terus dalam rahim terus 'bleeding'. 'Heavy bleeding' atau pendarahan yang berat boleh berlaku.

Sekiranya hanya fragmen yang kecil tertinggal dalam rahim dan ianya tidak dikesan, heavy bleeding akan terus berlaku berlaku dan infection mungkin terjadi.


APA BOLEH MEMBANTU?

Jika proses kelahiran peringkat ketiga mengambil masa lama dari yang sepatutnya, cuba breastfeed anak anda atau gosok ('rub') nipples anda. Ini boleh menyebabkan kontraksi pada uterus dan mungkin membantu mengeluarkan placenta yang tertinggal. Cuba dapatkan posisi menegak agar tarikan graviti dapat membantu.

Atas arahan doktor, penggunan ubat oxytoxic (diberikan dengan kaedah suntikan) digunakan untuk menghasilkan kontraksi pada rahim dan doktor akan menggunakan cara 'controlled cord traction' untuk menarik placenta keluar dengan perlahn-lahan.

Jika placenta masih tidak dapat dikeluarkan lagi, maka doktor terpaksa mengeluarkannya secara manual. Mungkin anda akan di beri ubat pelali seperti epidural. Anda juga akan diberi antibiotik untuk menggelakan terjadinya infeksi. Selepas proses ni, anda akan diberi ubat lagi untuk menurunkan kontraksi rahim.

Jika pendarahan berpanjangan selama beberapa hari atau minggu, anda perlu membuat scan untrasound untuk memastikan jika masih ada fragment atau membran yang tertinggal. Jika masih ada, maka anda akan admit dihospital lagi untuk mengeluarkannya. Anda akan diberi ubat pelali dan antobiotik untuk tujuan ini.



ADAKAH INI AKAN BERLAKU LAGI?

Sekiranya perkara ni berlaku semasa anda melahirkan anak pertama, ada kemungkinan ia akan berlaku lagi. Atau risiko untuk berlaku adalah tinggi.

Sekiranya ia berlaku disebabkan oleh Placenta Accreta atau terdapat fibroid, maka amat sukar untuk menggelakkan perkara ni berlaku lagi.

Masalah ni selalunya berlaku apabila baby dilahirkan lebih awal dari sepatutnya. Sebab kontraksi belum matang lagi. Jika berlaku lagi kelahiran pre-mature maka risikonya untuk berlaku adalah tinggi.

(Sumber: babycenter.com)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

Itulah yang saya mampu share pada anda semua.. Saya sangat menyesal sebab tidak tahu apa-apa info pasal ni semasa melahirkan anak pertama saya.. Now u know, share it k....

Sekian dan salam sayang ya.....

Berminat nak tahu pasal supplement berpantang atau breastfeeding?? PM saya ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 



















Saturday, 11 May 2013

FAHAMI SISTEM PERTAHANAN ANAK ANDA


Fahami Sistem Pertahanan Anak Anda
Memahami sistem pertahanan anak anda membolehkan
anda melindunginya dengan lebih baik lagi.
Oleh Profesor Madya Dr Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Imunologi
Pediatrik & Presiden Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia.



Persekitaran hidup kita penuh dengan ‘musuh kecil’, dalam bentuk virus, bakteria dan parasit, yang boleh ‘menyerang’ kita pada bila-bila sahaja.

Si manja terdedah kepada musuh ini, menjadikan dia mudah mendapat jangkitan kerana sistem imunnya belum cukup matang.

Selain mendapatkan pengimunan atau pelalian, anda boleh melindungi sistem imun si manja anda secara berkesa.

Bagaimana ia bertindak

Pada asasnya, badan si manja anda boleh melindungi dirinya sendiri menerusi sistem pertahanan badan – yang terbina daripada rangkaian sel, tisu dan organ.

Sistem imun kita melindungi kita, mula-mula dengan membina benteng sekatan – yang menghalang ‘penyerang’ daripada memasuki badan kita.

Benteng sekatan ini mematahkan serangan daripada luar badan kita.

A. Benteng pertahanan pertama: Imuniti tidak spesifik (imuniti semulajadi)
  • Kulit. Sekatan fizikal, yang mengeluarkan sebum dan peluh antiseptik yang ringan.
  • Mata. Air mata membersihkan kotoran dan mengandungi bahan antiseptik.
  • Mulut. Air liur, campuran mukus & enzim bantu membersihkan mulut.
  • Saluran pernafasan. Mukus yang dikeluarkan di sini memerangkap organisma, yang dihantar ke tekak oleh bulu halus dinamakan silium.
  • Perut. Asid hidroklorik dalam perut membunuh kebanyakan organisma yang menyerang.
  • Saluran kemaluan dan kencing. ‘Bakteria baik’ di dalamnya mencegah pertumbuhan organisma yang bahaya.
  • Usus. Mukus melindungi dinding usus daripada bahan kimia penghadaman dan organisma berbahaya.
  • Pertahanan selular. Jika penyerang membolosi benteng pertahanan awal ini, sistem imun mengeluarkan sel darah putih, bahan kimia lain dan protein untuk menentang dan membinasakan patogen. Penyerang dicari dan dihapuskan sebelum ia boleh membiak. Malah, jika ia sempat membiak, sistem imun bertindak balas dengan meningkatkan produktiviti untuk memusnahkannya.
B. Benteng pertahanan kedua: Imuniti spesifik (imuniti diperolehi)
  • Limfosit. Sejenis sel darah putih. Jenis utama sel T dan B akan kenalpasti dan memusnahkan molekul asing (antigen). Ini berlaku beberapa hari selepas pendedahan mikroorganisma asing.
  • Antibodi. Protein dihasilkan oleh sel jenis B memusnahkan mikroorganisma dengan mengikat pada antigen. Hanya sel T menyerang secara langsung.
  • Sel memori T dan B. Apabila mikroorganisma dimusnahkan, beberapa sel aktif T dan B menjadi sel memori. Jika pertemuan mikroorganisma yang sama berlaku, pertahanan benteng kedua akan bertindak lebih pantas.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Itu adalah artikel yang saya telah petik dari sebuah majalah. Seperti yang diterangkan, nutrisi adalah asas kepada kesihatan. Nutrisi awal adalah amat penting untuk pertumbuhan optimum dan menguatkan imun sistem..
Di Shaklee terdapat kumpulan vitamin yang boleh diambil oleh kanak-kanak untuk membantu meningkatkan lagi kesihatan mereka. (Nampak banyakkan?? camna anak nak mkn?? tak pe PM saya untuk consultasi.....)


Manfaat Vitamin ni adalah:


Meningkatkan daya ingatan dan keupayaan pembelajaran
Meningkatkan tahap kepekaan
Menggalakkan tumbesaran dan perkembangan yang sihat
Menguatkan fungsi imun



Sekian dan salam sayang ya.....

Berminat nak tahu pasal supplement ni?? PM saya ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 



* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


Friday, 10 May 2013

SET SUPPLEMEN SEMUA PERINGKAT HIDUP WANITA...

Hi... Happy Mother's day !!!!

He he, 1 hari advance ya....

Sempena hari ibu ni, saya share satu set supplemen yang sangat penting bagi kesihatan wanita. Wanita ni lain dari lelaki, tersangat-sangat lah special... 

Wanita biar apa jua umur, ketinggian, berat, dan tahap aktivitinya, mempunyai sekurang-kurangnya satu persamaan: Kita memerlukan nutrien tertentu yang badan kita tidak mampu menghasilkannya. Nutrien ini sangat penting agar tubuh badan dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya.



 sumber: shutterstock.com


Wanita terdedah kepada pelbagai permasalahan kesihatan dalam pelbagai peringkat kehidupan kita..

- Akil Baligh
- Pra Kehamilan
- Kehamilan
- Pra-menopos
- Menopos
- Selepas menopos

Setiap stage kehidupan diatas akan membawa perubahan dalam hormon wanita... Tak yah cakap peringkat kehidupan lah, setiap bulan pun level hormon berubah menyebabkan perubahan dalam mood, libido dan pemikiran kita... 


Dalam bab ni, ada beberapa produk Shaklee yang memenuhi keperluan kita pada semua peringkat kehidupan.. 





3 produk ni sangat membantu dalam:

Melegakan senggugut dan menepos *
Menggalakkan kulit yang cantik *
Menggalakan tulang yang kuat *
Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung *
Melegakan sakit-sakit sendi *
Menstabilkan hormon *

Semperna hari ibu ni, bagi yang ingin hadiahkan ibu mereka sesuatu, boleh beri 3 supplements ni. Nak dapatkan diri sendiri pun boleh juga ya...

Sekian dan salam sayang ya.....

Berminat nak tahu pasal supplement ni?? PM saya ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 


* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease






Tuesday, 7 May 2013

MENINGKATKAN SUSUIBU: KESABARAN, KETEKUNAN DAN ESP

Hi there.. thanks for clicking / reading this entry ya...

Hari ni really nak share about ketekunan my friend dalam meningkatkan supply susuibunya... Hmmm.. Lets say nama kawan saya ni Miz...

why ah... 6 hari suda sa pam susu tp dpt 2-4oz per sesion ja... baby is 5mo..fully bf..  (January 9, 2013) 

Itulah kata Miz yang baru masuk kerja dan baru mula pam.. Hmm...
Jadual penyusuan dan pengepaman Miz adalah seperti berikut:

baru start pump.. mcmna suda tu power pump? haha... 7.30 direct bf, 10am pump, 1.00pm direct bf, 4pm pump n 6 pm direct bf lg.. tp at night sa x pump.. plg awal pn jam 5.. mcm x ngam bh jadual sa kan.. i tried to relax but still get 2oz? lps tu kdg2 guna hand press lg kasi cukup smpi 4oz..


Masalah seperti ini memang normal dan sering berlaku apabila baru nak mula pam.. Tubuh badan kita memang perlukan masa untuk adjust sikit.. Apalagi bila kita start mengepam pada umur baby 5 bulan.. Breastfeeding ni memerlukan kesabaran, begitu jugalah dengan pumping. Perubahan dari direct latch kepada pumping memang banyak bezanya. Dari sentuhan kulit ke kulit dengan baby, kekuatan mengepam yang tidak sama dengan hisapan baby, pemikiran siibu, semuanya berbeza.. Ini menyebabkan hormon penyusuan untuk mencapai let down terjejas.

Jadi apa yang dibuat oleh Miz????

stiap tgh hr sa akn balik hantar susu n ks direct bf.. sa salu bt tu power pumping..once a day..minum sup byk2, air byk2, n mnum susu + esp shaklee.. n sa bersabar ja n skg dr 3oz sampai 8oz suda.. dlu sa rasa mcm mustahil..tp grup ni buat sa bsemangat... 


Ini adalah hasil perahan yang diperolehi oleh Miz..  Note Tarikh: 14 February 2013... Satu bulan Miz berusaha, akhirnya nampak kesannya.. 3oz kepada 8oz....



Setalah berPM dengan Miz, saya simpulkan apa yang Miz buat ya....

1) Banyakkan Direct Feeding - Supply susuibu Miz seperti kata, 'kais pagi makan pagi'... Pada lunch time, Miz terpaksa menghantar hasil perahan di waktu pagi untuk diminum oleh anaknya diwaktu petang. Miz mengambil kesempatan untuk menyusukan anaknya pada masa ini. Dan bila Miz bersama dengan babynya, Miz akan directfeed sahaja...

2) Rajin mengepam dan buat power pumping - Miz akan mengepam pada waktu subuh, jam 10 pagi dan 3.30 pagi. Selain ni Miz directfeed.. Miz juga tekad membuat power pumping sekurang-kurangnya sekali sehari..

3) Minum Banyak air, sup dan makanan berkhasiat - Makanan adalah kunci kepada kesihatan siibu. Maka amat penting untuk mendapatkan makanan seimbang dan cukup setiap hari.

4) Minum ESP - ESP adalah Protin soya. Saya telah memperkenalkan Set Penyusuan Shaklee pada Miz. Tapi sebab budget, Miz hanya minum ESP. Saya nasihatkan Miz untuk mengamalkan pemakanan seimbang memandang Miz tidak mengambil full set. Miz mula minum ESP pada 9 January.. Pada 18 January, Miz kata breast dah mula rasa berat.. 




Well... Itulah antara yang mampu saya simpulkan dan diharap dapat memberi gambaran betapa pentingnya untuk  bersabar dan terus mengepam.. Bagi ibu yang belum masuk kerja, anda boleh mula mengepam 2 minggu sebelum bekerja (Namun ada yang masa pantang dah mula pam).. Buat secara berperingkat.. Hari pertama hanya pam pada waktu pagi, selainnya direct feed. Esok atau lusa pam 2 kali sehari, selainnya direct feed... Biar sedikit, lama2 akan jadi banyak ya...

Sekian dan salam sayang ya mommies... Keep it up breastfeeders....

Berminat nak tahu pasal supplement ni?? PM saya ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease