Saturday 11 May 2013

FAHAMI SISTEM PERTAHANAN ANAK ANDA


Fahami Sistem Pertahanan Anak Anda
Memahami sistem pertahanan anak anda membolehkan
anda melindunginya dengan lebih baik lagi.
Oleh Profesor Madya Dr Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Imunologi
Pediatrik & Presiden Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia.



Persekitaran hidup kita penuh dengan ‘musuh kecil’, dalam bentuk virus, bakteria dan parasit, yang boleh ‘menyerang’ kita pada bila-bila sahaja.

Si manja terdedah kepada musuh ini, menjadikan dia mudah mendapat jangkitan kerana sistem imunnya belum cukup matang.

Selain mendapatkan pengimunan atau pelalian, anda boleh melindungi sistem imun si manja anda secara berkesa.

Bagaimana ia bertindak

Pada asasnya, badan si manja anda boleh melindungi dirinya sendiri menerusi sistem pertahanan badan – yang terbina daripada rangkaian sel, tisu dan organ.

Sistem imun kita melindungi kita, mula-mula dengan membina benteng sekatan – yang menghalang ‘penyerang’ daripada memasuki badan kita.

Benteng sekatan ini mematahkan serangan daripada luar badan kita.

A. Benteng pertahanan pertama: Imuniti tidak spesifik (imuniti semulajadi)
  • Kulit. Sekatan fizikal, yang mengeluarkan sebum dan peluh antiseptik yang ringan.
  • Mata. Air mata membersihkan kotoran dan mengandungi bahan antiseptik.
  • Mulut. Air liur, campuran mukus & enzim bantu membersihkan mulut.
  • Saluran pernafasan. Mukus yang dikeluarkan di sini memerangkap organisma, yang dihantar ke tekak oleh bulu halus dinamakan silium.
  • Perut. Asid hidroklorik dalam perut membunuh kebanyakan organisma yang menyerang.
  • Saluran kemaluan dan kencing. ‘Bakteria baik’ di dalamnya mencegah pertumbuhan organisma yang bahaya.
  • Usus. Mukus melindungi dinding usus daripada bahan kimia penghadaman dan organisma berbahaya.
  • Pertahanan selular. Jika penyerang membolosi benteng pertahanan awal ini, sistem imun mengeluarkan sel darah putih, bahan kimia lain dan protein untuk menentang dan membinasakan patogen. Penyerang dicari dan dihapuskan sebelum ia boleh membiak. Malah, jika ia sempat membiak, sistem imun bertindak balas dengan meningkatkan produktiviti untuk memusnahkannya.
B. Benteng pertahanan kedua: Imuniti spesifik (imuniti diperolehi)
  • Limfosit. Sejenis sel darah putih. Jenis utama sel T dan B akan kenalpasti dan memusnahkan molekul asing (antigen). Ini berlaku beberapa hari selepas pendedahan mikroorganisma asing.
  • Antibodi. Protein dihasilkan oleh sel jenis B memusnahkan mikroorganisma dengan mengikat pada antigen. Hanya sel T menyerang secara langsung.
  • Sel memori T dan B. Apabila mikroorganisma dimusnahkan, beberapa sel aktif T dan B menjadi sel memori. Jika pertemuan mikroorganisma yang sama berlaku, pertahanan benteng kedua akan bertindak lebih pantas.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Itu adalah artikel yang saya telah petik dari sebuah majalah. Seperti yang diterangkan, nutrisi adalah asas kepada kesihatan. Nutrisi awal adalah amat penting untuk pertumbuhan optimum dan menguatkan imun sistem..
Di Shaklee terdapat kumpulan vitamin yang boleh diambil oleh kanak-kanak untuk membantu meningkatkan lagi kesihatan mereka. (Nampak banyakkan?? camna anak nak mkn?? tak pe PM saya untuk consultasi.....)


Manfaat Vitamin ni adalah:


Meningkatkan daya ingatan dan keupayaan pembelajaran
Meningkatkan tahap kepekaan
Menggalakkan tumbesaran dan perkembangan yang sihat
Menguatkan fungsi imun



Sekian dan salam sayang ya.....

Berminat nak tahu pasal supplement ni?? PM saya ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 



* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


No comments:

Post a Comment