Monday 13 May 2013

PLACENTA MASIH DIDALAM RAHIM SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

Jika anda pernah membaca kisah saya melahirkan anak pertama, sudah pasti anda tahu kenapa saya menulis entry ni.. Saya tak tahulah jika yang tertinggal dalam rahim tu adalah placenta, namun pengalaman tu amat ngeri bagi saya... so, better share sikit info ni...



APA ITU PLACENTA MASIH DIDALAM RAHIM SELEPAS MELAHIRKAN ANAK?

Placenta masih didalam rahim selepas melahirkan anak atau 'retained placenta' adalah satu keadaan dimana semua placenta atau sebahagian placenta atau membran placenta tidak dikeluarkan dari rahim ibu pada peringkat ketiga dalam melahirkan anak.
Peringkat ketiga dalam proses melahirkan anak adalah proses dimana anda  melahirkan atau 'push' keluar placenta dan membran. Secara natural atau normal, proses ini mengambil masa 10 - 20 minit tetapi ada juga yang mengambil masa sehingga sejam. Ramai ibu yang telah experience nurse akan memicit-micit perut untuk membantu dalam proses pengeluaran placenta. Proses ini amat penting agar untuk mengelakkan pendarahan yang berat kelak.



KENAPA PLACENTA TERTINGGAL DALAM RAHIM BERLAKU?

Terdapat 3 sebab utama:-
  • Uterine Atony - bermaksud kontraksi uterus berhenti atau kontraksi tidak cukup kuat untuk memisahkan placenta dari dinding uterus
  • Trapped Placenta - Placenta telah terpisah dari rahim tapi terperangkap kerana cervix tertutup. Juga boleh berlaku jika salur 'cord' antara bayi dan placenta terputus.
  • Placenta Accreta - sebahagian placenta masih melekat pada dinding rahim kerana ia melekat dengan dalamnya pada dinding. Mungkin kecil sahaja membran atau fragmen placenta yang tertinggal, sebab itu doktor perlu meneliti placenta yang keluar.

Kewujudan fibroid atau cysts juga boleh menyebabkan sebahagaian placenta tertinggal dalam rahim. Adakalanya pundi kencing yang penuh juga boleh menyekat kelahiran placenta.


APA MASALAH AKAN BERLAKU?

Selalunya selepas melahirkan placenta, kontraksi uterus akan menurun/berkurang untuk menutup semua saluran darah dalam rahim. Jika sebahagian placenta masih terperangkap, uterus tidak dapat kontrak dengan betul, menyebabkan saluran darah terus dalam rahim terus 'bleeding'. 'Heavy bleeding' atau pendarahan yang berat boleh berlaku.

Sekiranya hanya fragmen yang kecil tertinggal dalam rahim dan ianya tidak dikesan, heavy bleeding akan terus berlaku berlaku dan infection mungkin terjadi.


APA BOLEH MEMBANTU?

Jika proses kelahiran peringkat ketiga mengambil masa lama dari yang sepatutnya, cuba breastfeed anak anda atau gosok ('rub') nipples anda. Ini boleh menyebabkan kontraksi pada uterus dan mungkin membantu mengeluarkan placenta yang tertinggal. Cuba dapatkan posisi menegak agar tarikan graviti dapat membantu.

Atas arahan doktor, penggunan ubat oxytoxic (diberikan dengan kaedah suntikan) digunakan untuk menghasilkan kontraksi pada rahim dan doktor akan menggunakan cara 'controlled cord traction' untuk menarik placenta keluar dengan perlahn-lahan.

Jika placenta masih tidak dapat dikeluarkan lagi, maka doktor terpaksa mengeluarkannya secara manual. Mungkin anda akan di beri ubat pelali seperti epidural. Anda juga akan diberi antibiotik untuk menggelakan terjadinya infeksi. Selepas proses ni, anda akan diberi ubat lagi untuk menurunkan kontraksi rahim.

Jika pendarahan berpanjangan selama beberapa hari atau minggu, anda perlu membuat scan untrasound untuk memastikan jika masih ada fragment atau membran yang tertinggal. Jika masih ada, maka anda akan admit dihospital lagi untuk mengeluarkannya. Anda akan diberi ubat pelali dan antobiotik untuk tujuan ini.



ADAKAH INI AKAN BERLAKU LAGI?

Sekiranya perkara ni berlaku semasa anda melahirkan anak pertama, ada kemungkinan ia akan berlaku lagi. Atau risiko untuk berlaku adalah tinggi.

Sekiranya ia berlaku disebabkan oleh Placenta Accreta atau terdapat fibroid, maka amat sukar untuk menggelakkan perkara ni berlaku lagi.

Masalah ni selalunya berlaku apabila baby dilahirkan lebih awal dari sepatutnya. Sebab kontraksi belum matang lagi. Jika berlaku lagi kelahiran pre-mature maka risikonya untuk berlaku adalah tinggi.

(Sumber: babycenter.com)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

Itulah yang saya mampu share pada anda semua.. Saya sangat menyesal sebab tidak tahu apa-apa info pasal ni semasa melahirkan anak pertama saya.. Now u know, share it k....

Sekian dan salam sayang ya.....

Berminat nak tahu pasal supplement berpantang atau breastfeeding?? PM saya ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 



















No comments:

Post a Comment