Wednesday, 28 August 2013

TURUN 3KG DENGAN LECITHIN DAN ESP, DALAM SEMINGGU!!!!

Sangat terkejut apabila kawan saya menghantar gambar ni pada saya...


Turun berat badan dengan lecithin dan ESP



Saya terus bertanya... Betul ka?? 3 kg dalam seminggu??
Bukan saya tak pernah dengar cerita macam ni, banyak.. tapi saya terkejut kerana apabila kawan saya membeli 2 produk ni, saya jelaskan pada beliau bahawa makan supplement je tak mencukupi. Perlulah jaga diet pemakanan harian. Senaman pun perlu...
Jawap beliau, susah juga sebab dia kuat makan. Selera tinggi..

Namun beliau cuba juga.. Selepas 2 hari, kawan saya ni sms saya.. Rasa kenyang je bila minum ESP.
Minum pukul 10.30pagi, tapi bila dah masa lunch pun tak rasa lapar sangat.
Beliau makan nasi juga untuk lunch, tapi hanya sedikit. Banyakkan sayur katanya.
Kalau tak makan nasi beliau makan oats untuk lunch.

Waktu dinner, beliau tak makan nasi. Makan Lauk je.

Dengan ESP dan Lecithin dan tips diatas, beliau berjaya turun 3kg dalam seminggu pertama beliau consume 2 supplement ni..

Itulah testimoni yang ingin sangat saya share...
Memang banyak jenis diet untuk turunkan berat badan namun jika nak yang selamat dan sihat, cubalah produk shaklee.. Dari pengganti breakfast dan dinner; cinch, hinggalah ke set slimming 'affordable'.... semuanya ada... Just pm saya akan cadangan bersesuaian dengan budget anda...

Sekian saja untuk hari ni ya..
 
Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 


* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Thursday, 22 August 2013

KETAHUI TAHAP KESIHATAN DIRI MELALUI 4 PERKARA INI

Ada beberapa hal yang harus dikenali dan diketahui mengenai tahap kesihatan diri sendiri, iaitu seperti tahap kolesterol, tahap gula, tekanan darah, dan 'waist to hip ratio". Saya terangkan 4 perkara ini ya:-



1. Tekanan darah

Tekanan darah adalah ukuran untuk kesihatan jantung dan kesihatan arteri. Tekanan darah terdiri diukur melalui 2 paras tekanan, tekanan sistolik dan tekanan diastolik. Tekanan sistolik menunjukkan tekanan untuk mengepam darah dari jantung ke seluruh tubuh. Sementara diastolik adalah tekanan pada arteri ketika darah kembali ke jantung. Jika kita lihat tekanan darah 140/70, ini bermaksud Sistolik/Diastolik.

Cuba bandingkan tekanan darah normal dengan bacaan tekanan anda..


Kategori  Sistolik
 Diastolik
 Normal  < 120 And < 80

Jika anda dah berumur macam saya, adalah baik untuk mengetahui tekanan darah dan masa ke semasa.  Pastikan anda menjaga berat badan kerana akan berpengaruh terhadap tekanan darah.

2. Kolesterol

Kolesterol adalah satu substans minyak dalam darah dan sel tubuh badan. Terdapat beberapa jenis kolestrol dalam darah. Kolesterol LDL (kolesterol jahat) perlulah kurang dari 100 mg/dL, sementara kolesterol HDL (kolesterol baik) harus lebih dari 40 mg/dL. Jika kolesterol jahat kita terlalu tinggi ia boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, serangan jantung, mahupun stroke. Kerana kolesterol jahat ini boleh terkumpul dan mengeras sebagai plak pada arteri. Ini menyebabkan tekanan darah tinggi.

DAlam menjaga tahap kolesterol, kita  bukan hanya perlun menghindari makanan yang tak baik, tetapi juga mengamalkan pemakanan harian yang bernutrisi. Hindari makanan yang mengandungi lemak tepu dan tambahkan makanan yang baik untuk kesihatan jantung seperti serat dan asid lemak omega-3.

3. Paras gula dalam darah puasa
Gula darah puasa adalah tingkat gula dalam darah setelah seseorang berpuasa seharian. Biasanya ini dilakukan untuk megetahui jika seseorang itu mempunyai masalah diabetes. Anda harus memiliki tingkat gula darah puasa 80 - 100 mg/dL.

Mengetahui tingkat gula darah puasa penting kerana kebanyakan kita tidak tahu kita memiliki gejala pre-diabetes. Orang yang memiliki gula darah sekitar 100 - 126 mg/dL tergolong dalam kategori pra-diabetes.

4. Waist-to-hip ratio

   ukuran pinggang ÷ ukuran pinggul = Waist to hip ratio
 
Waist-to-hip ratio adalah ratio ukurkeliling pinggang terhadap ukurkeliling pinggul. Biasanya ratio ni digunakan untuk menentukan jenis bentuk tubuh seperti bentuk apel atau pir. Pengukuran ini berdasarkan bahagian tubuh badan dimana lemak terkumpul. Waist-to-hip ratio yang sihat bagi wanita adalah 0.80 ke bawah, sementara untuk lelaki adalah 0.95 ke bawah.

Ratio ini penting untuk mengetahui kecenderungan penyakit yang boleh menimpa anda. Jika ratio lebih tinggi dari keadaan sihat adalah baik untuk membuat senaman. Amalkan pemakanan yang sihat.

Jika anda membuat medical check uambil perhatian pada 4 perkara ini ya. Keempat hal tersebut penting untuk mengetahui tahap kesehatan anda dari masa ke semasa. Empat hal ini juga boleh  berubah bergantung pada gaya hidup dan cara anda menjaga kesihatan.






Sekian saja untuk hari ni ya, moga bagi manfaat. Jika anda ingin mengetahui bagaimana supplement boleh membantu meningkatkan kesihatan anda, PM saya ya...
 
Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 


* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Monday, 19 August 2013

SAKIT / BENGKAK LUTUT BERKURANG SELEPAS JHT

EMPAT tahun lalu, kehidupan Chew Nam Heng, 63, mula suram dan diselubungi kesakitan tanpa mengetahui kesihatan kedua-dua sendi lututnya mula merosot akibat usia yang semakin meningkat. Selepas beberapa lama mengadu sering kesakitan setiap kali berjalan, anak lelakinya mula membawanya bertemu pakar.

Selepas menjalani pemeriksaan termasuk imbasan sinar X, ibu kepada dua anak lelaki ini disahkan menghidap masalah osteoarthritis dan keadaan rawannya sudah merosot dan terjejas.


Itu hanyalah pembuka kata entry saya hari ini... Tiada kena mengena dengan produk Shaklee ya. Saya petik dari Berita Harian...

Pada hari ni, saya hanya nak share testimoni pengguna shaklee... Semakin ramai pengguna yang mencuba Joint Health Tablet.. Golongan Ibu - Ayah dan mereka yang suka bersukan khasnya. Lagi membanyaklah testimoni dari pengguna Joint Health Tablet (JHT). Mari lihat betapa "power"nya JHT ini...



Sakit lutut dan sendi selepas makan JHT



Bengkak lutut sebab air con selepas Joint Health Tablet


Hebat, hebat, hebat kan????

Anda yang menderita kerana sakit atau radang lutut, PM saya, cuba JHT ni... Mungkin ini adalah penyelesaian kepada penderitaan anda selama ni...


Nak tau kandungan JHT?? KLIK SINI YA

Salam Mesra ya...
 
Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 


* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


Friday, 16 August 2013

PSORIASIS BERTAMBAH BAIK : 80% KEPADA 10%

Saya mempunyai 2 kawan yang aktif dalam bershaklee juga... Dan telah nampak bagaimana produk shaklee telah membantu mereka dalam masalah kulit psoriasis.. Mari kenali psoriasis ni...


Psoriasis sebenarnya adalah kondisi di mana sel-sel kulit mengalami proses matang yang lebih cepat dari biasa. Jika sel-sel biasa mengambil proses kitaran selama 28 sehingga 30 hari, sel-sel kulit psoriasis pula mengambil masa 3 sehingga 6 hari sahaja. Sebab tulah kulit jadi begini:-

psorisis dan shaklee
Psoriasis : sel kulit cepat mati
pic credit to: mStar online

Seseorang yang mempunyai penyakit psoriasis biasanya akan mengalami keadaan di mana terdapat di bahagian-bahagian tertentu pada kulit mereka yang bertompok-tompok dan bersisik.
Ia biasanya terdapat pada siku, lutut, kulit kepala, dada dan bahagian bawah belakang badan. Walau bagaimanapun, ianya boleh timbul di mana-mana permukaan kulit termasuk di bahagian sulit. Psoriasis juga boleh melibatkan kuku yang menjadi rapuh dan kekuningan dan ada juga yang mengalami masalah sendi-sendi (arthiritis).


Tompok-tompok merah tu boleh juga keluar kat muka atau mana-mana bahagian kulit. Ada yang rasa malu sehingga segan nak pakai t shirt atau skirt pendek apatah lagi baju renang yang mungkin boleh mendedahkan tompok-tompok merah tersebut. Kawan saya yang sorang tu siap panggil "peta kat muka"...

Kawan saya, Puan Y, sudah pasti telah menjalani rawatan ke pakar kulit. Sudah pastinya lotion atau ubat sapu berasaskan steroid akan diberi. Memang agak terkawal dengan ubat dari doktor pakar tu... Tapi ubat Streroid sapa nak pakai setiap hari kan...

Keadaan kulit bertambah teruk apabila Puan Y mula menyusukan anak. Katanya hormon dah jadi roller coaster.. Jadi lebih banyak tompok-tompok merah keluar .
Kerana tak tahan, Puan Y telah mengamalkan Nutriferon. Beliau juga makan B complex, vitamin C, minum ESP dan Performance drink... Tak kira berapa banyaklah, yang penting hasil yang diperolehi oleh Puan Y sangat memuaskan. Kini psoriasis telah terkawal, biarpun bukan 100% sembuh...

Sorang kawan saya tu.. Katakanlah nama dia Suzanne...
Suzanne sebenarnya order dengan saya Set Menyusu 3M.. Lepas tu tambah vitamin lain....
Tapi bukan saja susuibu bertambah-tambah banyak tapi banyak bonus lain yang beliau dapat... Keadaan kulitnya semakin baik... Jom baca kata-katanya...


Saya: mandak psoriasis ko ada perubahan ka? Apa semua ko makan?

Suzzanne: 
Family wellness + vita e + alfafa + herblax
X baik sepenuhnya. Memang x pandai baik ni. Pandai2 datang balik. Tapi sejak sy mkan shaklee, dia mengurangkan la, kalo dulu 80% badan sy merah2. Sekarang tggl 10% lagi. Buli d kira.
Kalo dulu susah mau d kira.
Sy stop steroid sejak ambi shaklee. doctor pun rekomen ambil supplement.
 
Tu dia... Kata-kata Suzanne.. Ah.. Nak tambah satu lagi bonus yang Suzanne dapat..
 
Sy ada anemia pren
Selalu 9, 10 ja hb sy
Skrg 11 and 1st time 12
Memang berbeza bfore and after shaklee owh.
 
Satu lagi Bonus? Bonus berbentuk wang.. Suzanne dah jadi bisnes partner saya yang mendapat bonus 4 angka setiap bulan.. (Anda nak? Pm saya...)
 
Ni gambar Suzanne dan psoriasisnya sekarang...
 
psoriasis bertambah baik dengan shaklee
sebenarnya vitamin shaklee bukan ubat dia supplement ja. membantu dari segi kesihatan dalaman. bila dalam bersih tu psoriasis pun susah mo tumbuh..
 
Credit:  http://www.sihat2u.com, http://mommydante.blogspot.com
                              
                          
Ok... Ini sahaja untuk hari ni...  Jika anda masih lagi menggunakan ubat dan steroid, tapi kesan masih lagi sama.. Bagi peluang dengan shaklee supplement... Boleh contact saya...
 
Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 


* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 



 
 



Wednesday, 14 August 2013

APA BERLAKU APABILA ANDA BERHENTI PIL PERANCANG

Teringat saya kisah seorang teman yang berhenti dari hormon merancang kerana ingin mengandung semula. Bertahun juga teman saya ni guna kaedah ni. Bila beliau berhenti, hormon beliau memang jadi kacau bilau. Sehingga ada beberapa jenis makanan menjadi alergi. Period memang tak tentu, datang ikut suka je..

pil perancang


Apa sebenarnya berlaku? Saya mulakan dengan bagaimana Pil perancang bekerja...

Birth control pills work by doing three things: Stopping the ovary from releasing an egg (ovulation); preventing the uterus from allowing the fertilized egg to implant; and preventing passage of the sperm through the opening to the uterus (the cervix). Birth control pills contain small amounts of estrogen and progesterone which cause the body, specifically the brain, to register it has already released sufficient hormones. This artificial level of hormones prevents the ovary from releasing an egg.
(quoted from blisstree.com)

Pil perancang membekalkan hormon yang bertindak agar ovari tidak menghasilkan telur supaya tiada persenyawaan akan berlaku.


Apa berlaku bila berhenti Pil PErancang?

Hormon yang menghalang penghasilan telur dari pil perancang tadi akan dikeluar dari tubuh badan dalam beberapa hari sahaja. Tubuh badan akan mula menghasilkan hormon untuk menghasilkan telur dan persediaan untuk pensenyawaan semula. Dan haid pun mula terhasil semula.

Ada wanita yang akan terus menjadi subur semula dalam beberapa minggu sahaja. Namun ada pula yang mengambil masa berbulan. Setiap wanita akan mempunyai situasi yang berbeza.


Adakah normal jika haid datang lambat selepas berhenti pil perancang?

Menurut Mayo Clinic keadaan ini dinamakan 'amenorrhea'. Ini berlaku hanya kerana tubuh badan wanita berkenaan mengambil masa lebih lama untuk menghasilkan hormon kesuburan. Namun jika ini berlaku sehingga 3 bulan, better check jika anda mengandung. Jika ia masih berpanjangan lebih baik dapatkan nasihat dari doktor.


Adakah jerawat akan keluar lepas berhenti pil perancang?

Agak sukar nak katakan jerawat akan keluar atau tidak. Sepertimana yang kita ketahui ketidakstabilan hormon boleh menyebabkan jerawat timbul. Macam zaman remaja dulu.. Ada yang banyak jerawat ada pula kulit bersih je. Kita tidak dapat menghalang jika perkara ini berlaku, namun selalunya semua akan menjadi normal apabila hormon kembali stabil.


Adakah berat akan naik lepas berhenti pil perancang?

Menurut pembacaan saya, selalunya, semasa mengamalkan pil perancang berat badan mungkin akan naik dan 'water retention' boleh berlaku. Berat mungkin akan turun selepas berhenti pil perancang kerana berkurangnya retensi air. Namun ada juga wanita yang berlaku disebaliknya. Berat naik selepas berhenti. Apa-apa pun, amalkan pemakanan seimbang dan buat la senaman.


GLA COMPLEX membantu menstabilkan hormon

GLA membantu menstabilkan hormon slepas berhenti pil perancang



Menstabilkan hormon semula bergantung pada tubuh badan seseorang. GLA Complex dari Shaklee merupakan makanan tambahan yang membantu dalam masalah ini. Ia adalah sumber kepada asid lemak omega-6, antara asid lemak yang digunakan untuk penghasilan bahan kimia dalam badan, termasuklah hormon dan prostaglandins.

Seorang kawan saya telah mengamalkan GLA Complex lepas berhenti pil perancang.. Ini katanya..

Mengandung selepas pil perancang

Nak lebih info atau nak order? Boleh hubungi saya untuk info lebih detail...
(PS: Perniagaan secara jujur adalah polisi saya)

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 


* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease




Wednesday, 7 August 2013

Simply Emo on HAri Raya

Selamat hari Raya 2013


Tadi saya baca blog seorang remaja lelaki, berkenaan Autisme.. Saya sangat tersentuh apabila melihat ni...







Betapa hebatnya keluarga yang membesarkan anak2 special. Saya sangat2 salute mereka. Rasanya jika saya ditempat mereka, saya tidak mungkin ada kemampuan, kesabaran, kekuatan seperti mereka...

Today, I spare some thoughts and prayers to all of these strong parents esp. mothers..
May God grant u peace and happiness always...
Am really proud of u....

Simply emotional on hari raya,
Julie Mauryn
Healthy by Nature




Tuesday, 6 August 2013

SOYA ASAS KESIHATAN DIRI

Berkhasiat memutih, licinkan kulit dan seimbangkan hormon

Itulah tajuk satu artikel yang saya baca semalam. Artikel ini menerangkan kenapa soya itu menjadi makanan asas utuk kesihatan khasnya bagi wanita yang ingin menikmati 'usia muda'

Kenyataannya bila usia hampir mencecah 40-an, memang semua kita ingin kelihatan muda. Seperti seorang wanita yang saya jumpa semalam. Sangat happy bila saya nyatakan dia nampak muda.... Katanya umur anak dia dah hampir 30 tahun. Huh?? umur dia dah 50 tahun.. Tapi kalau tengok muka macam baru 40an.. Tak de kedut kat muka. Katanya sejak beliau teenagers lagi, mak dia bagi dia makan tomato dan minum susu setiap pagi. Sehingga kini dia mengamalkannya.

Pengambilan makanan berkhasiat sudah tentu membantu dalam kesihatan dan kecantikan diri. Sebab itu, pengambilan makanan tambahan (supplemen) juga dikatakan dapat membantu kesihatan diri ke arah yang lebih bermutu.

Soya antara tumbuhan yang dikatakan asas kepada kesihatan kerana sejak berzaman soya di percayai berupaya memutih dan melicinkan kulit. Bahkan ia boleh menggantikan susu lembu sebagai minuman berkhasiat.


esp shaklee - soya untuk kesihatan, kulit cantik, awet muda


Artikel yang saya baca ni mengatakan:


“Bahan berkenaan dinamakan soy isoflavone dan ia boleh ditemui dalam soya. Ekstrak daripada soy isoflavone itu menerbitkan genistein.

“Genistein adalah bahan aktif dalam makanan tambahan berkenaan dan ia menyerupai hormon wanita di dalam badan iaitu estrogen. Ia membantu menyeimbangkan hormon, menjadikan kulit lebih muda, payu dara lebih tegang dan tulang lebih kuat.”

Sehubungan itu, apabila hormon dalam badan seimbang wanita akan mengalami rasa tenang dan tenteram serta isu penuaan bukan lagi menjadi suatu kerisauan kerana keyakinan terhadap kewanitaan yang sempurna sememangnya tidak ternilai.

Secara keseluruhannya, makanan tambahan ini sesuai untuk wanita yang inginkan kulit kelihatan muda berseri, tulang menjadi lebih kuat serta mencegah risiko tulang rapuh, pengurangan ketinggian dan tulang belakang yang bongkok.



Oleh sebab inilah, kenapa produk2 soya diminati oleh ramai. Seperti di Shaklee ESP memang tidak putus-putus orang mengoder. Kalau ada promosi sudah pasti stok kat Shaklee tu habis.. Macam 2 minggu lepas, sebab bulan puasa stok ESP habis.. Syukurlah dah restok semula...


Satu kelainan dalam ESP adalah nutriennya terpelihara kerana produk Shaklee adalah produk natural.. Ia diproses dengan suhu yang terkawal agar ESP yang kita minum tu seakan-akan sama dengan soya yang belum diproses... Hebatkan.... Shaklee : Always safe and Always work...

Selain dari diatas, ini adalah manfaat lain ESP:

  • ESP memberi tenaga, bila diminum badan rasa sihat dan kurang letih
  • ESP bertindak sebagai Breastmilk Booster-penghasilan susuibu menjadi cepat
  • Susuibu akan menjadi pekat dan berkrim
  • ESP menjadikan kulit sihat, gebu dan berseri
  • Juga membantu dalam menganjalkan kulit, juga payu dara
  • Membantu bayi dalam kandungan agar perkembangan dan pertumbuhan yang sihat.
  • Juga menjaga kesihatan ibu mengandung
  • Membantu pembentukkan otot bagi mereka yang ingin membina badan
  • Membantu dalam weight management.
  • Membantu dalam berbagai jenis penyakit seperti  alahan, anemia, osteoporosis, migrane dlll.  

Nak lihat testimoni?? klik sini ya: http://health-wellness-nature.blogspot.com/search/label/Testimoni%20ESP
 
Nak order? Boleh hubungi saya untuk info lebih detail...
(PS: Perniagaan secara jujur adalah polisi saya)

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 


* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease




Thursday, 1 August 2013

TIPS MENJAGA LUKA BERSALIN NORMAL

Terdapat 2 jenis luka bersalin yang sering didengari: Episotomi dan Caesarean. Hari ini saya ingin share tips untk menjaga luka bersalin jenis Episotomi. Saya telah merasaii beranak normal dan c-section. Dan syukurlah kedua-duanya memang cepat sembuh. Memang saya amalkan tips2 yang akan saya sharekan nanti...

Semasa melahirkan anak secara normal, tekanan yang besar dikenakan pada bahagian perineum ibu dan  mungkin menyebabkan ia koyak. Atau mungkin doktor sendiri mengambil keputusan untuk mengunting agar bukaan lebih besar untuk memudahkan baby keluar. Bekas guntingan atau koyakan ini mungkin perlu dijahit dan memerlukan masa untuk sembuh.


Berapa lama ia sembuh bergantung kepada tahap koyakan atau guntingan. Ia berbeza-beza bagi setiap wanita. Bagi kecederaan tahap pertama, dimana hanya sedikit koyakan sahaja yang berlaku, mungkin tidak perlu pun dijahit, dalam beberapa hari sahaja luka akan sembuh.

Kecederaan tahap kedua, yang mana memerlukan jahitan mungkin memerlukan masa 2-3 minggu untuk sembuh.

Berikut saya share beberapa tips penjagaan luka bersalin...

  • Letakkan pek ais pada luka. Ini akan menyebabkan kebas dan mengurangkan rasa sakit dan bengkak pada luka. Sama ada di hospital atau di rumah, tukarkan pek ais yang baru setiap 12 jam. Ini saya tak pernah buat tapi anda boleh cuba. Tapi ingat kebersihan perlu dijaga ya...
  •  Tukar Pad setiap kali ada pergi tandas

  • Paling penting kebersihan luka dan kawasan dikelilingnya. Pembersihan luka perlulah dengan air dan pastikan ia dikeringkan betul-betul sebelum disapu dengan ubat yang diberikan oleh doktor. Sapukan dari depan ke belakang untuk mengurangkan jangkitan kuman dari dubur.

  • Jangan duduk terlalu lama sekiranya rasa sakit pada luka

  • Sekiranya jahitan terbuka, berjumpalah dengan doktor.
  •  Perhatikan jika ada tanda-tanda jangkitan. Tanda-tanda ini termasuklah membengkak, bernanah dan berbau busuk.

  • Jika boleh, cuba dedahkan kawasan luka apabila berada di tandas, agar ia  mengering dengan lebih cepat.

  • Minum air secukupnya. Ini membantu penyembuhan tubuh badan dan mencegah sembelit.

  • Pastikan pengambilan makanan yang berzat terutamanya vitamin C untuk mempercepatkan penyembuhan. Makan banyak sayur dan buah-buahan. Jika ini sukar dipenuhi pengambilan multivitamin boleh membantu.
  •   Sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana takut ada jangkitan.
  •  Semasa mengandung, ibu-ibu hamil mengambil makanan yang berzat dan pastikan kandungan hemoglobin mencukupi agar dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin kelak.

**Biasa rasa sakit akibat episotomi hanyalah selama 2 hari. Tetapi sekiranya kesakitan itu berterusan, mungkin ada jangkitan.

(Sumber: MA & Pa dan lain2 bahan bacaan)

Pengambilan vitamin kini menjadi trend untuk mengembalikan tenaga dan mempercepatkan penyembuhan luka bersalin. Kami di Shaklee pun ada beberapa vitamin yang sesuai dimakan semasa berpantang..
Apa yang best, vitamin Shaklee ni berjenis Natural.. Dari alam semulajadi.. Ia selamat untuk baby anda...



SET BERPANTANG
klik gambar untuk baca testimoni

Boleh hubungi saya untuk info lebih detail...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 



* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease