Wednesday 9 October 2013

KULIT PETUNJUK KEPADA KEADAAN DALAMAN ANDA

Kita sering dengar orang cakap, keadaan kulit kita menunjukkan apa yang berlaku dalam tubuh badan kita.
Ini memang betul. Beberapa keadaan kulit mungkin menunjukkan kita bahawa terdapat beberapa isu kesihatan yang perlu diambil tindakan. Jemput teruskan pembacaan untuk mengetahui keadaan kulit ini.
(Info ni saya odapat hasil dari pembacaan saya ya...)




KULIT KERING

Kulit kering yang bukan disebabkan oleh eczema, proriasis atau elergy, atau masalah cuaca, mungkin petunjuk kepada beberapa masalah kesihatan.
Satu penyebab kulit kering selain dari kurang minum air adalah kekurangan asid lemak Omega-3 dalam tubuh badan kita. Omega-3. Omega -3 memainkan peranan penting dalam menguatkan sel membran dan pembaharuan sel. Ini lah yang memastikan kulit sentiasa lembap dan berseri. Proses pembinaan semula sel kulit lambat berlaku menjadi penyebab kepada kekeringan pada kulit termasuklah kelimumur.

Beberapa masalah kesihatan yang agak serius juga boleh menyebabkan kulit kering seperti kesukaran tubuh badan mengawal gula dalam darah, penyakit berkait dengan hati, masalah buah pinggang, hypothyroid dan lymphoma. Namun ini hanyalah petunjuk ya, tidak semestinya ini sebabnya.


JERAWAT (BAGI DEWASA)

Jika tiba-tiba banyak jerawat keluar pada muka atau bahagian tubuh badan lain, ia mungkin petunjuk kepada kehidupan stress yang tinggi dan pemakanan yang tidak sihat. Pemakanan tidak sihat seperti 'fast food', makanan yang diproses dan sebagainya mungkin menyebabkan toksik dalam tubuh badan meningkat. Toksik ini mungkin dikeluarkan melalui kulit dan boleh menyumbatkan pori-pori kulit.

Stress pula menyebabkan penghasilan sebum yang lebih tinggi. Sebum adalah minyak yang dihasilkan oleh tubuh badan untuk tujuan melindungi tubuh dari infeksi. Tetapi jika berlebihan, ia boleh menyumbatkan liang kulit dan terjadinya jerawat.

Selain dari itu, bagi golongan wanita, ia mungkin petanda kepada ketidakstabilan hormon. Ketidakstabilan hormon juga boleh menyebabkan sebum lebih banyak dihasilkan.


KULIT YANG TERAMAT GATAL

Jika anda rasa kulit gatal bukan seperti biasa, rasa seperti gatal tersebut datang dari dalam kulit anda. Disapukan krim pun masih tidak memberi kelegaan. Ini mungkin disebabkan oleh kehadiran sel yang tidak normal dalam aliran darah.
Jika terdapat simptom lain seperti bengkak, penurunan berat badan tanpa sebab, lesu sukar bernafas, sila berjumpa doktor dengan cepat kerana ia adalah tanda awal penyakit cancer.

Itulah beberapa keadaan kulit yang mungkin petunjuk kepada beberapa masalah kesihatan.
Disamping menyapu skin care pada kulit kita, apa kata cuba selesaikan masalah ini dengan menangani masalah dari dalam tubuh badan kita. Amalkan senaman dan pemakanan yang sihat.
Jika anda rasa ada keperluan untuk mengamalkan supplement,  teruskan amalan ini kerana ia membantu memenuhi keperluan nutrisi yang sukar kita penuhi.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan supplemen, boleh ajukan persoalan pada saya.. Tidak kiralah supplement untuk kulit cantik, menstabilkan hormon, detox... Saya mungkin boleh membantu anda...

Sekian saja untuk hari ni ya..  Nak info lagi, PM saya ya....
 
Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 


* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


 

No comments:

Post a Comment