Wednesday 5 February 2014

TIADA SUSUIBU PADA 1-3 HARI PERTAMA...

Hari ni saya ingin share lagi tentang penyusuan susuibu pada 1-3 hari pertama.
Masih ramai lagi ibu-ibu diluar sana yang rasa mereka tidak mampu memberi susuibu pada anak mereka kerana terasa mereka tiada susuibu...



Pada 1-3 hari pertama, selalunya ibu akan merasakan breast mereka berat dan penuh tetapi tidak ada susu yang keluar. Pam pun tiada yang keluar...
Ini merupakan keadaan dimana susu pekat colostrum (kuning)  dalam proses pertukaran kepada susuibu yang berwarna putih.
Namun ada keadaan dimana pertukaran ini mengambil masa lebih lama dari 3 hari. Jangan stress dan terus mengatakan anda tidak mempunyai susu.


Pahami keadaan ini:-

  • Size perut baby adalah sebesar buah ceri
  • Apabila baby menyusu pada hari pertama, baby hanya minum colostrum lebih kurang 5ml (satu sudu teh) sahaja pada setiap kali baby menyusu. Jika ibu terus menyusukan baby, susuibu akan bertambah banyak mengikut kehendak baby.
  • Apabila baby mencapai usia 3 hari, saiz perutnya masih kecil. lebih kurang 20ml sahaja setiap kali baby menyusu. 20ml = 4 sudu teh. Sebab itulah baby menyusu setiap 2 jam (lebih atau kurang). Ini bukan bermaksud baby tidak cukup susu.

sumber : The Zmom



Konsep penyusuan susuibu yang paling utama:-

  • Kuantiti susuibu yang dihasilkan bergantung pada kekerapan breast dikosongkan yakni melalui penyusuan secara lansung mahupun menggunakan pam.
  • Pada masa pantang, masa untuk menstabilkan susuibu, penyusuan secara lansung amat penting. Ini melibatkan ransangan dan penghasilan hormon menyusu siibu justeru itu, lebih banyak susu akan terhasil mengikut keperluan baby.
  • Pemakanan amat penting kerana inilah yang menyokong penghasilan susuibu, kecergasan dan kesihatan ibu.
  • Cuba jangan berikan baby susuibu melalui botol, susu formula atau air pada usia sekecil ini. Ini boleh menyebabkan baby tidak mahu menyusu secara lansung dan menyebabkan susuibu anda akan berkurang. Timbul masalah susuibu tidak cukup pula.

Lastly,
Start Out Right from the very begining...

Setakat ini untuk hari ini. Semoga ia dapat membantu memberi pengetahuan tambahan bagi ada.
Jika anda ingin mencari makanan tambahan sepanjang breastfeeding journey anda, pm2 me ya!

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 


SALAM MESRA YA.....
Julie
HbN


No comments:

Post a Comment